Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 12 March 2013

Apa dah jadi!!! Rosmah mengalir air mata sebab apa pulak???



Perasaan hiba, sebak dan sayu menyelubungi ahli-ahli Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI) dapat dilihat ketika pertubuhan itu menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil bagi perwira-perwira negara yang gugur dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Yang Di Pertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor, yang sememangnya dari awal insiden ini berlaku sudah begitu prihatin dan mendalami perasaan ahli keluarga mangsa.

Sebelum ini setiap kali memperkatakan tentang perjuangan anggota keselamatan sama ada PDRM ataupun ATM yang menjadi mangsa kekejaman tentera Sulu, sudah beberapa kali Rosmah mengalirkan air matanya.

Apatah lagi, apabila Isteri Perdana Menteri itu bersua muka dengan ibu, bapa, balu mahupun anak-anak pejuang negara berkenaan sudah pasti perasaan hiba itu tidak dapat dibendung lagi.

Bagi menghargai serta meringankan bebanan ahli keluarga 8 perwira negara yang gugur ketika menentang pengganas Tentera Sulu di Lahad Datu, BAKTI sekali lagi melaksanakan Majlis Bacaan Yaasin dah Tahlil.

Majlis yang bermula di Kompleks Seri Perdana itu turut disertai oleh ahli-ahli keluarga kelapan-lapan pejuang negara.

Dalam majlis yang sama, BAKTI turut menyumbangkan dana bantuan sebanyak RM 20 ribu kepada setiap ahli keluarga anggota keselamatan yang gugur itu.

Kelihatan, setiap ahli keluarga yang menerima bantuan terbabit begitu terharu dan sebak dengan sumbangan yang BAKTI berikan lantas ada diantara mereka yang menangis di bahu Rosmah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget