Pada 1 Mac lalu, dua orang pegawai dan anggota polis terbunuh dalam tipu perdaya lanun Sulu di Kampung Tandou apabila mereka terkorban di tangan penembak tepat lanun-lanun Sulu setelah diumpan dengan kibaran bendera putih oleh pengganas-pengganas tersebut sebagai isyarat untuk menyerah diri.
Manakala pada 2 Mac pula, enam orang pegawai dan anggota polis terbunuh dalam satu serangan hendap di Kampung Simunul, Semporna.
Kejadian terbaru ini menjadikan jumlah anggota keselamatan Malaysia yang terkorban kerana mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia sebagai 9 orang. Manakala pengganas-pengganas lanun Sulu itu pula adalah seramai 59 orang telah berjaya dibunuh mati, manakala lebih 100 orang yang lain telah ditahan termasuklah empat orang wanita yang disyaki mempunyai hubungan dengan lanun-lanun Sulu tersebut.
No comments:
Post a Comment