Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 4 March 2013

Pihak Berkuasa berkeras akan menghantar lebih ramai tentera



Kenyataan Ketua Polis menyebut situasi di ketiga-tiga kawasan iaitu di Lahad Datu, Semporna dan Kunak yang diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu berada dalam keadaan terkawal. Teman juga berharap tiada lagi insiden berdarah berlaku. harap-harap la..

Dari sumber, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin telah dipanggil untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Beliau juga turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini. Orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain. Beliau mengesahkan polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.

Beliau berkata penduduk di Lahad Datu, Semporna dan Kunak tidak perlu risau dan boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa kerana pasukan tentera dan polis bekerjasama rapat dalam meningkatkan tahap keselamatan di sana terkawal.

"Ketua Polis Negara dan saya menyusun operasi dan kami boleh mengatasi situasi ini dengan mengenakan kawalan keselamatan yang lebih ketat," katanya.

Kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri; sementara lima anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...