Agak-agak kome la kan siapa agaknya terawal berjaya ‘menghidu’ kehadiran puak pengganas militan Sulu di sini?
awapannya ada pada dua orang anggota polis bantuan FELDA yang ketika itu sedang memancing ikan kira-kira pukul 4 pagi berhampiran Kampung Tanduo yang terletak tidak jauh dari Felda Sahabat. Mereka berdua ketika itu sedang bercuti.
Ketika sedang leka memancing, mereka ternampak sekumpulan lelaki bersenjata itu tiba dengan bot panjang, lengkap berpakaian celoreng.
Menyedari kehadiran ramai lelaki yang ‘mencurigakan’ di kawasan tersebut, anggota polis bantuan FELDA berkenaan berjaya menyusup keluar dari situ dan memaklumkan apa yang mereka saksikan kepada pihak polis, tanpa langsung disedari oleh pengganas yang rata-ratanya bersenjata api.
Tindakan berani anggota berkenaan tidak berakhir di situ, khidmat pasukan polis FELDA juga kemudiannya terus digunakan untuk menjejaki mereka yang terlibat.
Bagi Ketua Polis Bantuan FELDA, Datuk Jalaluddin Ibrahim, beliau menghargai tindakan berani pegawai dan anggotanya walaupun mereka berhadapan dengan risiko yang sangat besar.
Lagi KLIK DISINI
No comments:
Post a Comment