Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 24 April 2013

Perlembagaan Mungkin Diubah-Dr.M



Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat negara ini yang Perlembagaan Persekutuan mungkin diubah dan digantikan dengan dasar-dasar yang merugikan mereka jika pakatan pembangkang dibiarkan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Bekas Perdana Menteri berkata, dasar meritokrasi yang sering dilaung-laungkan pembangkang juga mungkin dilaksanakan sehingga menyebabkan segala peluang hanya diberikan kepada kumpulan terbaik manakala kurang cemerlang akan terus ketinggalan.

Menurut beliau, berdasarkan dasar kongsi kuasa dan kekayaan yang diamalkan Barisan Nasional (BN) selama ini, golongan kurang cemerlang tetap diberikan peluang untuk berjaya termasuk memegang jawatan-jawatan tinggi dalam pentadbiran kerajaan.

"Kalau parti lawan berkuasa dan laksanakan meritokrasi, segala peluang diberikan kepada yang terbaik. Maka, kita kurang baik dan ramai daripada kita bukanlah yang terbaik, mereka yang kurang kebolehan tidak akan mendapat peluang.

"Mereka tidak akan dapat peluang pegang jawatan ketua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan naib canselor universiti kalau dasar meritokrasi dilaksanakan. Kita bukan tidak mahu meritokrasi, tetapi kita juga beri pertimbangan kepada mereka yang baik tetapi bukan yang terbaik," katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan Ceramah Perpaduan Ummah Menjelang PRU-13 yang dihadiri kira-kira 3,000 warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut.

Yang turut hadir, Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Dr. Mahathir berkata, tiada sesiapa boleh memberikan jaminan yang pakatan pembangkang tidak akan meminda Perlembagaan Persekutuan.

"Sama ada diubah atau tidak bergantung kepada rakyat. Kalau rakyat memberikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen kepada parti lawan, mereka berhak mengubah perlembagaan," katanya.

Dalam ucapannya, Dr. Mahathir turut mengingatkan umat Islam di negara ini tentang bahaya yang bakal dihadapi mereka sekiranya terus berpecah-belah kepada tiga parti seperti berlaku sekarang.

Menurut Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini boleh melihat sendiri nasib umat Islam di selatan Thailand dan Singapura yang tidak mendapat layanan baik kerana menjadi golongan minoriti dan diperintah pihak lain.

Beliau berkata, apabila parti umat Islam menjadi parti minoriti, mereka terpaksa menagih sokongan daripada pihak lain untuk mendapat kuasa dan sudah tentu pihak berkenaan mengharapkan balasan yang akan mengenepikan kepentingan umat Islam.

"Kalau satu pihak mempunyai kekuatan menentukan parti mana akan menang, maka mereka akan minta kepada parti yang memohon bantuan dan parti itu berjanji akan memberi bermacam-macam kepada mereka. Dengan itu, negara kita akan berat sebelah kerana puak majoriti sudah menjadi minoriti kerana sudah tidak ada kekuatan," katanya.

Beliau berkata, bukan sesuatu yang mustahil untuk umat Islam di negara ini bersatu di bawah satu parti seperti yang pernah berlaku semasa menentang pelaksanaan Malayan Union oleh penjajah British dahulu.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget