Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 2 April 2013

Terkini !!! Pengalaman Sebenar Anggota Penguatkuasa Di Lahad Datu???


"Pada mulanya saya tidak sangka situasi di sana teruk. Keadaan lebih dahsyat dari apa yang saya bayangkan sebelum tiba di sana," katanya kepada pemberita pada majlis menyambut kepulangan anggota pasukan Polis Marin yang menyertai Operasi Daulat, di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, di sini, semalam.

Selama 10 tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Marin, pengalaman di Lahad Datu antara kejadian yang akan kekal terpahat dalam kenangan Koperal Mohd Shahrizan Abd Ghani, 31.

Beliau merupakan seorang daripada 21 anggota Unit Gempur Pasukan Polis Marin Wilayah Dua yang terlibat dalam Operasi Daulat, menentang pencerobohan pengganas Sulu, di Lahad Datu, Sabah.

Menceritakan pengalamannya, Mohd Shahrizan yang berlepas ke Lahad Datu pada 20 Feb lepas, berkata walaupun ditugaskan mengawal pesisir pantai sepanjang Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, bunyi letupan yang begitu dekat kedengaran, memberitahunya akan situasi bahaya yang dihadapi.

Turut menyambut kepulangan anggota polis itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Komander Polis Marin Wilayah Dua ACP Zainul Abidin Hasan.

Seorang lagi anggota unit itu, Lans Koperal Mohd Hafizi Abdullah, 31, berkata beliau bangga dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mempertahan kedaulatan negara daripada penceroboh.

Mereka ditugaskan ke Sabah lapan hari selepas insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.Sementara itu, Mohd Mokhtar yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengucapkan syabas kepada semua anggota polis terbabit.

Beliau berkata semangat juang yang ada pada semua anggota berkenaan perlu dijadikan tauladan bagi semua pihak.
-- BERNAMA

1 comment:

  1. Keadaan memang teruk sebelum ini, namun semua itu macam tiada kalau dibandingkan pertempuran diLahad Datu dalam tahun 1985. Lahad Datu diserang, bank dirompak, dan dalam usaha melarikan diri bot pancung 'mundu' Filippina ini dikejar oleh kepal ronda PX polis marin, sampai memasuki sempadan dan berada didalam kawasan Filipina. Polis marin serang pulau tersebut dan habiskan 8,000 butir peluru GPMG. Kapal PX juga mengalami kerosakan kerana diserang balas. Semua mundu berjaya ditawan selepas 1 platun PPH menyelinap masuk dan menyerang mereka yang sedang bersembunyi di pulau tersebut. Rasanya CO PX tersebut kini bertugas diJohor.Tahniah PDRM dan semua anggota marin yang terlibat dengan krisis Lahad Datu dari wilayah 2.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget