KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2013: Pelakon cantik Yasmin Hani, 34 telah terselamat daripada menjadi mangsa ragut apabila cermin keretanya telah dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal yang ingin meragut tas tangan miliknya.
Kejadian berlaku di lampu isyarat Mutiara Damansara sekitar jam 9 pagi tadi, ketika dia sedang memandu untuk menuju lokasi penggambaran di kawasan berhampiran.
Suami Yasmin Hani, Sha'arin Mohamed, 49, ketika dihubungi berkata, ketika ini isterinya itu masih lagi terkejut dengan kejadian itu bagaimanapun tetap ke lokasi penggambaran selepas membuat laporan polis.
"Saya juga agak terkejut apabila diberitahu berita ini. Tapi Alhamdulillah dia (Yasmin) berada dalam keadaan baik. Cuma tangannya saja yang luka sedikit kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil.
"Kejadian berlaku begitu pantas. Dia berhenti di lampu isyararat dan selepas itu dia dapati cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta dan kemudian terus cuba menarik tas tangan Hani.
"Dalam keadaan panic, Hani menarik semula beg tangan berkenaan daripada diambil dan dalam masa yang sama menjerit. Kemudian peragut berkenaan terus lari," kongsi Sha'arin.
Tambah Sha'arin, isterinya itu sudahpun membuat laporan polis sejurus sahaja selepas kejadian berlaku dan kemudian menghantar kenderaaa dua pintunya itu ke bengkel berhampiran supaya cermin keretanya dapat dibaiki dengan segera.
Sementara itu Yasmin Hani ketika dihubungi berkata, dia masih lagi terkejut dengan keadaan itu.
Harapan daripada warga kerja murai.com.my agar perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi terutama kepada pemandu kenderaan yang sering meletakan beg tangan dan barang berharga di tempat duduk penumpang kenderaan mereka.
No comments:
Post a Comment