Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 29 May 2013

BERITA PANAS LAGI TERKINI !!!! Dato' Khushairi Lompat Parti? Perak Tumbang?

Khabar angin mahupun fitnah merupakan barah paling kronik yang bisa membunuh kredibiliti dan karisma seseorang pemimpin. Setelah 3 penggal bergelar YB, akhirnya Dato' Khushairi turut terkena tempias serta provokasi fitnah ini. Baca luahan dan penjelasan beliau mengenai isu dan laporan akhbar tersebut.

Diharap penjelasan beliau dapat menghentikan polemik dan provokasi murahan ini. UMNO Tg. Malim amat mengetahui kecintaan beliau kepada parti serta ketaat setiaannya yang tidak berbelah bahagi.

Saya agak terkejut membaca berita muka depan akhbar Utusan Malaysia (UM) hari ini mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dan seorang lagi ADUN BN (Bota), Dato’ Nasaruddin Hashim akan melompat parti bagi membolehkan pembangkang berkuasa di Perak.

Kedua-dua kami telahpun dengan tegas membuat penafian, tetapi satu perkara yang menjadi tandatanya kepada saya adalah daripada manakah sumber khabar angin bermula? Nampaknya ada pihak tertentu yang lempar batu sembunyi tangan.  Pihak tertentu ini membuat provokasi bodoh untuk mencapai satu agenda politik peribadi.



Petang semalam seorang wartawan UM menghubungi saya meminta komen mengenai khabar angin itu. Saya bertanya kepada wartawan berkenaan dari manakah sumber khabar angin itu dan seluas manakah ianya tersebar, namun saya tidak diberikan jawapan pasti. Beliau memberitahu, sebab utama kami di’khabar angin’kan akan melompat adalah kerana tidak berpuas hati tidak dilantik Exco Kerajaan Negeri Perak. 

Saya telah mengetahui tidak akan dilantik Exco dalam perjumpaan pertama antara Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir bersama ADUN-ADUN BN Perak di kediamannya pada malam 9 Mei 2013. Zambry memaklumkan, hasil pertemuannya dengan Perdana Menteri , Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak pada siang hari berkenaan, PM meminta supaya disegerakan perlantikan Pengerusi BNBBC DUN Perak dan telahpun meminta supaya nama saya diumumkan bagi memikul tanggungjawab itu. 

Selaku Pengerusi BNBBC, pastinya saya kekal duduk di kerusi penyokong kerajaan, bukannya kerusi Exco. Bagi saya tugas selaku Pengerusi BNBBC DUN Perak adalah satu cabaran besar, khususnya mengepalai barisan ADUN BN berhadapan kerenah ADUN-ADUN pembangkang dalam setiap Sidang DUN Perak akan datang. InsyaAllah pengalaman selama dua penggal sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin bagi memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri BN di Perak. Malahan semalam saya telahpun menjemput semua ahli BNBBC Perak menghadiri mesyuarat pertama pada Rabu ini bagi perlantikan jawatankuasa dan merencana gerak kerja dalam masa terdekat. 

Jawatan Exco bukan segala-galanya dalam hairaki perjuangan. Tidak semestinya berjawatan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, kedudukan ketiga selepas Pengerusi dan Timbalan Pengerusi, memestikan saya menjadi Exco. Pastinya ada perkiraan lain dibuat oleh pucuk pimpinan parti, khususnya kedudukan Ketua Wanita Negeri yang menang di DUN Behrang yang juga terletak dalam Parlimen yang sama dengan DUN Slim, kawasan yang saya wakili. Penghargaan kepada wanita perlu dizahirkan kerana kumpulan ini merupakan penyumpang penting kepada kemenangan BN dalam PRU13 lalu. 

Tidak semudahnya untuk menghancurkan kepercayaan rakyat terhadap BN yang ditunjukkan dalam keputusan pilihanraya lalu. Bukan mudah juga untuk mencapai kejayaan ini, setelah tewas dalam pilihanraya 2008 dan berada dalam kebejatan kepimpinan PR selama 11 bulan di Perak. 

Gerak kerja kempen pilihanraya yang dilakukan oleh jentera BN Negeri Perak, khususnya daripada UMNO bagi menghadapi PRU13 lalu dilakukan dengan cara bersungguh-sungguh bagi menebus kembali kekalahan pada 2008. Tidak mungkin kejayaan yang dicapai ini mahu diterbalikkan, sebagaimana harapan penyebar khabar angin yang melakukan provokasi jahat dan bodoh itu. 

Dalam suasana jentera pilihanraya BN bertungkus lumus berkempen menawan hati pengundi, ada juga pihak-pihak tertentu yang tidak berjawatan dalam parti di peringkat bahagian yang ke hulu ke hilir berkempen menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua UMNO Bahagian, satu tindakan yang tidak kena pada masanya. Saya pasti, inilah juga individu-individu yang berada di sebalik khabar angin ini yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin, termasuk diri saya. 

Nasihat saya, berhati-hatilah. Banyak lagi yang boleh saya bicarakan. Janganlah kerana terlalu ghairah mengejar jawatan parti, sehingga lupa untuk menjaga maruah dan adab parti sendiri.


Sumber : WANGSA SETIA 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...