Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday 29 May 2013

PANAS !!! AHLI PARLIMEN MANA YANG MULA BERAT SEBELAH NI???

Memang hebat la Ahli Parlimen PAS Temerloh ni. Walaupun orang lain dok sibuk buat himpunan nak tolak keputusan SPR, lain pulak ceritanya dengan dia.

Dia pulak dok sibuk nak buat himpunan supaya rakyat pulak yang tolak dia. Ke memang saja je dia nak rakyat benci dia dengan tindakan yang dia buat ni?

Dengar kata, Si Nasa Tantawi ni suka memilih dan berat sebelah dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat yang mengalami musibah.
TEMERLOH 28 Mei - Seramai 30 penduduk rumah pangsa Taman Sri Kemuning di sini hari ini, mengadakan demonstrasi secara aman menyelar tindakan Ahli Parlimen Temerloh, Nasruddin Hassan yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pengagihan bantuan bencana alam untuk mangsa ribut pada 15 Mei lalu.

Beberapa penduduk mendakwa, Nasruddin melalui wakilnya hanya memberikan bantuan kepada ahli Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan penduduk yang tidak menyokong parti tersebut diketepikan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Megat Segama, Mohd. Nordin Mohd. Sham memberitahu, tindakan mengagihkan bantuan kepada penyokong sendiri sahaja menunjukkan mereka tidak berpegang pada slogan Negara Berkebajikan yang dilaungkan.

“Sebagai wakil rakyat, Ahli Parlimen Temerloh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed juga daripada Pas sepatutnya mengetepikan soal parti dalam memberi bantuan kepada semua mangsa tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Ahli Parlimen sebelum ini, Datuk Saifuddin Abdullah dan penyelaras Barisan Nasional (BN) Kuala Semantan mengagihkan semua bantuan kepada penduduk yang ditimpa bencana alam seperti banjir, ribut, pesakit kronik dan sebagainya tanpa mengira ahli parti mana," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut.

Seorang lagi mangsa, T. Sangamalam, 73, berkata, sebelum ini, ada pihak datang membuat bancian penduduk yang mengalami kerosakan rumah ekoran kejadian ribut itu dan meminta beliau hadir pada majlis menerima bantuan daripada ahli Parlimen.

“Apabila saya hadir pada majlis itu 22 Mei lalu, mereka memberitahu nama saya sudah dipotong daripada senarai penerima bantuan.

“Saya berasa cukup kecewa kerana bantuan itu diharap dapat digunakan untuk membaiki beberapa bahagian rumah yang rosak akibat bencana tersebut," katanya.

Bagi Roslaini Mohd. Amin, 54, Nasruddin sepatutnya tidak lagi berpegang pada kedudukan parti dalam mengagihkan bantuan kerana beliau kini wakil rakyat untuk seluruh penduduk di Parlimen Temerloh sama ada yang menyokong beliau atau pun BN.

“Beliau sepatutnya tidak boleh mengambil sikap sedemikian, sebagai wakil rakyat yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat, menjadi tugas beliau membantu semua penduduk yang dilanda bencana alam," katanya.
Erk, korang jangan marah sangat dengan Si Nasa Tantawi ni. Dia memang dididik macam tu. Islam yang dia bawak memang menganjurkan supaya pemimpinnya memilih bulu.

Kalau tidak, kenapa pulak Si Nasa Tantawi ni nak berbuat demikian? Islam ajar ke umatnya untuk memberikan bantuan secara terpilih ni? Hukum mana dia belajar?

Mungkin Si Nasa ni lupa yang dia sekarang dah jadi pemimpin rakyat. Kalau dia berat sebelah, akibatnya nanti, dia la yang kena tanggung di akhirat kelak.

Kalau kena gaya, pakai je serban besar, tapi akal pendek. Kononnya nak jadi pejuang Islam. Nak menegakkan Kebenaran dan Keadilan. Kena pada diri sendiri pun dia tak mampu nak buat. Macam mana dia nak meminpin kalau macam tu!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...