Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 18 May 2013

GEMPAR !!! GUAN ENG DAP KANTOI KENYATAAN MENTERI BARU KDN!??



Kali ini Lim Guan Eng is making a fool of himself dengan tweet beliau di bawah !

Tweet Guan Eng DAP :
Zahid Hamidi's perverse logic - If PR supporters have 2 emigrate bcos BN won, then will BN supporters leave Pg Sgor n Kelantan 2 other states?


Sebelum anda dikelirukan lagi dengan twitter anak Kit Siang DAP ini, sila baca keterangan Menteri KDN yang baru dan anda nampak Guan Eng DAP dan pembangkang hanya menyentuh sebahagian sahaja daripada maksud asal Zahid Hamidi.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular.

Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka.

Malaysia bukan negara untuk menterjemahkan kepercayaan politik mereka, malah jika mereka benar-benar rakyat yang setia kepada negara ini,mereka hendaklah menerima sistem politik dan sistem membentuk kerajaan sedia ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini. seterusnya
Maksud mudah, setiap warganegara termasuk Lim Guan Eng DAP mesti menghormati sistem yang termaktub dalam Perlembagaan. Dan jangan mulut celupar sengaja mencabar sistem yang sedia ada.

Isunya bukan BN menang seperti yang didakwa oleh Guan Eng DAP tetapi keceluparan dan tanda tidak hormat mereka terhadap sistem pembentukan kerajaan yang telah berjaya dipraktikkan selama ini.

Dan kenapakah penyokong-penyokong BN perlu keluar daripada Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor seperti yang dinyatakan dalam tweet Guan Eng?

Realitinya,
1. Penyokong-penyokong BN menghormati sistem first past the post tidak seperti Guan Eng dan Pakatan Pembangkang (tidak termasuk parti PAS)  
2. Penyokong-penyokong BN menghormati keputusan PRU13 dan ketelusan sistem pilihanraya yang membolehkan Guan Eng DAP dan Pakatan Pembangkang menang di negeri-negeri ini tidak seperti Anwar, Guan Eng dan Pakatan Pembangkang.
Maka, tiada alasan untuk penyokong-penyokong BN keluar daripada negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Pembangkang.

Malah, Guan Eng DAP dan Pakatan Pembangkang sepatutnya berterima kasih kepada mereka kerana menerima keputusan PRU13 dengan hati terbuka dan tidak mengadakan bantahan seperti yang dilakukan oleh Anwar dan Pakatan Pembangkang.

Anda baca juga pendedahan isu 'popular votes' yang tidak dinyatakan oleh Anwar dan pembangkang : KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget