Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 18 May 2013

PANAS TERKINI!! Usul Tergempar Muktamar PAS November Ini : PAS Keluar daripada PR??



Kepimpinan pusat Pas meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) boleh usulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti. Sehubungan itu, Harun menyeru semua ahli akar umbi Pas untuk bersabar sehingga misi

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) selesai. “Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusanitu, tetapi bukan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ahli parti itu melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataanTimbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang menggesa orang bukan Islam tidak mengundi Pas pada pilihan raya umum nanti. Sebelum itu, Harun pada kenyataan medianya berkata, tindakan Norman Fernandez menggesa rakyat menolak Pas hanya akan merugikan pakatan pembangkang khususnya DAP.

Ini kerana, menurut Harun, Pas mempunyai jumlah penyokong terbesar dan kenyataan Norman boleh membuatkan penyokong tersebut berpaling dari DAP. Katanya, Pas akan menyerahkan keputusan kepada DAP untuk memutuskan tindakan terhadap Norman dan tidak akan mendesak beliau meminta maaf.

Sabtu lalu, pemimpin DAP Fernandez mengejutkan ramai pihak apabila tampil menggesa pengundi untuk menolak Pas kerana parti itu bersungguh sungguh untuk melaksanakan hudud jika Pakatan Rakyat menang PRU13. Beliau turut mencadangkan agar pengundi bukan Islam untuk memikirkan sebaiknya sebelum menyerahkan masa depan kepada Pas.

Kenyataan Fernandez itu dipercayai merujuk kepada kenyataan beberapa pemimpin Pas termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mana memperjuangkan negara Islam dan hudud.

Susulan itu, Setiausaha Pengelola DAP,Anthony Loke berkata, Norman Fernandez bakal dikenakan tindakan tegas oleh parti itu selepas PRU13 kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Pas. Menurutnya, tindakan selepas PRU itu, kerana DAP ingin fokus menghadapi pilihanraya yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ujar Anthony, kenyataan Norman Fernandez bersifar peribadi dan bukannya mewakili parti DAP.

1 comment:

  1. Salam Perjuangan...Walaupun berita ni berita lama...n kita memang telah sedia maklum Pas adalah sebuah parti yg tak pernah konsisten dengan sesuatu komitmen pun...namun harapan kita jika allah masih syangkan makluknya yang bersama Pas ni mintak2lah diturunkan hidayah kepada semua perwakilan muktamarnya nanti agar dapat menjadikan keputusan PRU13 Yang lalu sebagai ikhtibar untuk berfikir sedikit agar tidak sesat dalam menentukan hala tuju berikutnya....kita tidaklah berharap agar Pas sampai bubar atau bergabung dengan UMNO dalam masa terdekat ni....tapi memadai lah dengan bermesra-mesra dulu dengan mendokong bersama-sama segala agenda yang baik yang dibawa kerajaan nanti demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanahair dulu aje...janganlah terikut2 golongan2 dajjal yg selama ini dituruti Pas terlampau sangat hingga segalanya ditentang walaupun memberi 1000 kebaikan untuk Agama, Bangsa dan Tanahair...banyak sudah lior yg diludah Pas telah jatuh bertepek dimuka sendiri akhirnya...(bukan lior yg nik aziz nak ludah tuu)...harapan kita agar Allah swt memberikan rahmatnye keatas bangsa melayu yang seagama kita ni demi menegakkan yang haq dan membenamkan yang bathil....Wassalam...Hidup Islam..Hidup Melayu..Hidup Duli Tuanku...Undi Barisan Aman Hidup (UBAH)...over..out

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...