Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 25 May 2013

PANAS TERIK !!! SURAT UGUTAN PADA PM NAJIB TERSEBAR LUAS !!!

Pertubuhan Pergerakan Pemulihan Huaxia Sedunia Malaysia
C/O. 9c-1, Blok B, Jalan Hang Tuah,
55200 Kuala Lumpur.
Tel/Fax:03-92222120 M:016-2333699


YAB Dato Seri Najib Tun RazakPPPHSM/JPM/PM/2013/2
Pejabat Perdana Menteri,
Bangunan Perdana Putera, 
Jabatan Perdana Menteri. 
62502 Putrajaya.22hb Mei 2013


Tuan,
Cina Mahu Apa Lagi?- Cina Mahu kerajaan jangan kacau lagi.

Selepas analisis, saya dapati ada beberapa perkara utama yang sangat senang membangkitkan perasaan marah di kalangan orang-orang Cina,  iaitu:-

1.Perniagaan dan Ekonomi- Kilang-kilang dirampas atau ditutup seperti kilang gula, kilang tepung ubi kayu, kilang roti,  kilang biskut, kilang logam, kilang perabot, syarikat-syarikat bas, syarikat tayangan filem, syarikat penerbangan, bank-bank dan sebagainya. Syarikat-syarikat Cina terpaksa memberi minimum tiga puluh peratus kepada orang-orang Melayu tetapi syarikat kerajaan tidak bagi tiga peratus pun kepada orang-orang Cina. Telan syarikat-syarikat Cina secara paksaan walaupun tuan punya orang-orang Melayu mengambil-alih dan terus menaik harga barang itu atau tutup kedai kemudian. Syarikat Cina dilarang memohon projek terus daripada kerajaan. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

2.Pendidikan- Sekolah-sekolah Cina selalu ditutup untuk merampas tanah-tanahnya, tetapi tanah disumbangkan oleh pemaju untuk membina sekolah Cina pula dilarang sehabis-habisan oleh Kerajaan! Biasiswa persekolahan hanya diberi kepada pelajar orang-orang Melayu sahaja walaupun ada pelajar orang-orang Cina yang lagi miskin! Kolej Cina wujud sebelum penubuhan Persekutuan Malaya masih tidak boleh naik taraf menjadi Universiti, sebaliknya banyak kolej Melayu wujud selepas penubuhan Persekutuan Malaysia sudah menjadi Universiti, UEC tidak diitiraf kerajaan, dan sekolah Cina tidak dibenarkan sediakan tingkatan 6 atau Pra-Universiti. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

3.Kerakyatan- Warga Indonesia, Pilipina, Thai, Myanmar terlalu senang dapat Maykad, manakala orang-orang Cina dilahirkan disini,

4.Perkhawinan- Orang-orang Cina dulu khawin dengan Melayu tidak perlu masuk Islam, sekarang terpaksa. Dulu Melayu boleh makan minum di dalam kedai Cina, sekarang dilarang kerajaan. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

5.Ugutan 513- Pada dulunya perang dunia kedua, orang-orang Cina sanggup berkorban 500 ribu orang untuk memerangi tentera Jepun, apa takut lagi korban! Buat marah dan benci sahaja! Oleh itu, MCA  kalah sampai tutup kedai. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

6.Kemudahan- Pinjaman orang-orang Cina kena bayar bunga bank dua kali ganda lebih tinggi daripada orang-orang Melayu dan terpaksa bayar harga yang jauh lebih tinggi apabila membeli tanah, rumah, kereta. Bank atau kementerian tidak bagi pinjaman kepada orang-orang Cina dan orang-orang Cina terpaksa meminjam Ahlung. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

7.Penjawatan Awam- Dulu ramai Cina menjadi askar, polis, guru, penguatkuasa Majlis Perbandaran, pegawai kerajaan di semua peringkat, sekarang dilarang. Cina mauh kerajaan jangan kacau lagi.

8.Kesihatan- Hospital-hospital Cina dicukaikan dengan tinggi, membawa kesan pesakit orang-orang Cina terpaksa dikenakan caj yang tinggi walaupun seratus tahun lebih di dalam Malysia, pada dulunya hospital Cina tidak dicukaikan sebab meringankan beban hospital kerajaan. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

9.Penternakan- terutamanya ternakan babi, dipaksa oleh kerajaan pindah ke sana-sini, seperti puak-puak pindah-randah, Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

10.Pertanian- Sekinchan Selangor merupakan tempat yang paling sesuai untuk penanaman padi dan pengeluaran makanan laut, tetapi sengaja dicukaikan tinggi dan dihalang eksport oleh  kerajaan. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

11.Perkauman- apabila orang-orang Cina memohon TEKUN, SME, lesen kontrator, lesen penjaja, masuk Universiti,  bantuan kebajikan akan diberitahu Cina sangat kaya susah hendak dapat. Siapa ditangkap masuk balai polis akan dihina dan pukul dan ada yang dipukul sampai mati walaupun kemalangan jalanraya atau kes diragut. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

12.Keagamaan- tokong-tokong baru dilarang didirikan walaupun satu taman semua orang Cina, manakala Masjid didirikan di tengah-tengah taman perumahan orang-orang Cina dan tiada Muslim. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

13.Kebudayaan- kerajaan tidak peka atau sengaja hina orang Cina, memakai baju penjajah Manchuria menjumpa dengan orang Cina semasa Tahun Baru Cina, bagi Bai(Putih) Bao kepada orang Cina. Orang Cina paling benci orang Penjajah Monggolia, Manchuria dan Jepun, dan terima Hong(Merah) Bao sahaja. Cina mahu kerajaan jangan kacau lagi.

Sekian, terima kasih.
Yang Benar, 
Gooi Sai Kaan
Pengerusi

1 comment:

  1. Yg dia tak sebut :
    - orang melayu bagi kerakyatan kepada tok nenek dia dulu walaupon tak layak langsung
    - bagi hak dia utk mengundi
    - bagi dia buat sekolah cina
    - bagi dia buat tokong serata tempat
    - bagi dia seluas2 peluang berniaga tanpa halangan langsung...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget