Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 16 May 2013

STUDENT POWER TENGKORAK KAU !!! MAHASEWEL AKAN HURU-HARAKAN KL PADA SABTU INI !!!



Walaupun PRU13 telah berakhir dan keputusannya telah diketahui,bahkan diiktiraf oleh dunia,namun beberapa pihak,khususnya yang berkiblatkan Anwar Ibrahim masih tidak berpuas hati.Pelbagai alasan telah dicipta untuk menunjukkan kononnya kekalahan gerombolan Anwar Ibrahim itu adalah disengajakan dan membabitkan penipuan oleh SPR.Cerita tentang SPR menipu,pengundi hantu dan sebagainya telah lama kedengaran.Bahkan bertahun-tahun sebelum 5 Mei 2013 lagi.Pakatan Rakyat,khususnya Anwar Ibrahim telah mendoktrinkan bahawa kekalahan Pakatan Rakyat pada PRU13 adalah disebabkan oleh faktor-faktor tersebut,bukannya ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia. 

Dan apabila keputusan diumumkan,Anwar Ibrahim segera menggunakan faktor undi popular untuk menunjukkan dan membuktikan yang Pakatan Rakyat sudah menang,mengatasi Barisan Nasional walaupun hakikatnya, undi popular bukanlan undi elektoral yang menjadi faktor penentu kepada kemenangan setiap kerusi. Telah didedahkan sebelum ini bahawa PKR akan menggunakan konco-konconya bagi menimbulkan kekacauan.Kegagalan serangan lanun di Lahad Datu dan timur Sabah,membuatkan para pemimpin Pakatan Rakyat,khususnya Anwar Ibrahim sendiri,memerah otak mencari jalan agar kekacauan dapat ditimbulkan, dan proses pilihanraya dapat diganggu. Ternyata usaha mereka gagal.Terbaru,gerombolan pelajar-pelajar berhaluan kiri yang telah diresapi oleh fahaman Komunisme dan Sosialisme sedang merancang untuk melakukan rusuhan jalanraya.Tarikh yang dirancang adalah 18 Mei 2013. 

Ketua bagi golongan pelajar berhaluan kiri itu adalah HISHAMUDDIN RAIS,bekas pelajar tercicir yang melarikan diri ke luar negara selepas melakukan kekacauan pada tahun 1974 dan pulang semula selepas membuat pelbagai rayuan termasuklah menggunakan ahli-ahli keluarganya.Malam tadi,dilaporkan,Hishamuddin Rais telah menghasut hadirin di Dewan Perhimpunan Cina Selangor agar turun beramai-ramai ke jalan raya pada 18 Mei untuk melakukan huru-hara dan tunjuk perasaan.Manakala di Annexe Gallery,Central Market,Kuala Lumpur,pada tarikh yang sama,jam 8:00 malam pula akan dianjurkan program STUDENT POWER yang akan menghasut para pelajar pusat pengajian tinggi untuk turut menyertai gerombolan pengacau yang menyokong Anwar Ibrahim bagi tujuan yang sama.Sehingga ke hari ini,tiada sebarang tindakan tegas diambil terhadap golongan yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara itu daripada pihak berkuasa. Sekalipun terdapat banyak pendedahan dibuat, para pemimpin pelajar yangKESEMUANYA MERUPAKAN PELAJAR KECICIRAN,dibebaskan untuk berbuat apa-apa sahaja.

Anehnya,kesemua mereka adalah Melayu dan kesemua mereka juga mengharapkan bantuan kerajaan untuk meneruskan pengajian.Sudah sampai masanya untuk kerajaan mulai membanteras gejala pemikiran songsang kaum pelajar.Kaum pelajar sekarang ini diibaratkan seperti si kudung mendapat cincin.Bukan kerana mereka tidak sedar diri atau kesemuanya melakukan penentangan atau tidak bersyukur,sebaliknya kerana membiarkan segelintir pelajar yang keciciran dalam bidang akademik cuba menunjuk pandai dengan mengajak keseluruhan kaum pelajar untuk melakukan pemberontakan.Tugas dan tanggungjawab asal mereka tidak dilaksanakan,sebaliknya kaum pelajar berhaluan kiri itu dilihat terlalu akur dan terlalu kagum dengan Hishamuddin Rais yang tidak akan membawa mereka ke mana-mana, sebaliknya menjadikan mereka sebagai kelompok terbuang yang kurang pelajaran.Barangkali mereka melihat PKR akan dapat menyelamatkan mereka,terutama apabila PKR membuka ruang yang seluas-luasnya untuk para pelajar tersebut berpolitik dan melakukan huru-hara. 

Namun PKR dikesan tidak mampu bertahan lebih lama,terutama apabila tindakan tegas mulai diambil terhadap Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utamanya kerana beberapa kes besar yang boleh menyebabkan mereka dipenjara seumur hidup tanpa peluang dibebaskan atau mati di tali gantung.Kalau DAP yang berfahaman Sosialis Demokrat itu pun tidak berani mempamerkan fahaman mereka secara terang-terangan sebaliknya berselindung di sebalik Malaysia Malaysian yang lebih terarah kepada kesamarataan etnik,bagaimana pula pelajar-pelajar yang keciciran pelajaran tetapi mempunyai cita-cita besar untuk terlibat dalam politik,boleh mendabik dada dan bersungguh-sungguh dengan perjuangan songsang mereka? Hishamuddin Rais dilihat menjadi pencetus utama dalam siri-siri keganasan di negara ini.Walaupun tidak mempunyai pelajaran dan sekalipun tidak mempunyai pekerjaan tetap,Hishamuddin Rais yang merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim boleh hidup mewah dan bermegah-megah serta mengumpul pengikut dari kalangan muda,terutama pelajar-pelajar keciciran.Pihak berkuasa seharusnya bertindak tegas dan mula mengajar puak-puak yang menyembah Hishamuddin Rais ini tentang keperluan kepada pematuhan undang-undang,bukannya membiarkan mereka menganggap mereka bebas dan tidak tertakluk dengan sebarang undang-undang di negara ini. - Sel13.Com

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...