Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 16 May 2013

WAJIB BACA!! Tetapi Hanya untuk Orang Cina sahaja!!



Kepada rakan2 yg berbangsa Cina. Sedarlah, sesungguhnya anda telah dipergunakan. Anda telah dipergunakan sebagai alat utk menghidupkan sentimen perkauman, anda telah dipergunakan utk memecahbelahkan perpaduan yg selama ini dibina. Anda telah ditiupkan api kebencian yg terlalu tinggi semata-mata kepentingan peribadi pemimpin pembangkang.

Adakah Kerajaan Malaysia ini zalim? Adakah kerajaan Malaysia menyekat kepentingan perniagaan anda? Adakah pendidikan utk sekolah cina dihapuskan? Adakah kerajaan menyekat anda mengamalkan budaya dan adat resam anda? Adakah kerajaan merobohkan tokong2 anda? Adakah anda tidak boleh menggunakan nama2 cina utk anak2 anda? Adakah anda tidak boleh merayakan perayaan anda?

Di mana zalim nya kerajaan Malaysia? Kenapa perlu 'Tukar' dan 'Ubah' di saat negara Malaysia telah aman damai, rakyat pelbagai kaum hidup harmoni dan Malaysia mendapat pujian di Seluruh dunia dengan pelbagai aspek kejayaan.

Tahukah anda? Jika anda ditakdirkan hidup di Indonesia, anda tidak boleh menggunakan nama cina, sekolah cina tidak boleh didirikan, pengamalan serta budaya dan adat resam anda cukup terbatas dan sewajarnya anda patut bersyukur hidup di bumi Malaysia yg bertuah ini dengan hidup berbilang kaum yg tolenrasi dan bertolak ansur.

Anda sering melaungkan menegakkan kemakmuran, keamanan dan keadilan. Tetapi sedarkah anda bahawasanya tindak tanduk anda yg telah diperalatkan ini dengan membuat demonstrasi jalanan di Seluruh Negara ini bakal merosakkan keamanan dan kemakmuran serta boleh mencetuskan huru hara jika disebelah pihak lagi bertindak balas.

Adakah Malaysia ini masih tidak adil lagi bagi anda setelah segala kekayaan negara dan kuasa ekonomi berpihak kepada kaum anda?

Mahu membina sebuah negara yg terbaik dengan pelbagai kaum hidup bersatu padu, kemakmuran, keamanan, kestabilan serta kejayaan mengambil masih berpuluh tahun utk membinanya, tetapi jika mahu memusnahkannya hanya sekelip mata sahaja.

Marilah kita sama2 kekalkan keamanan yg ada, kekalkan kemakmuran, kekalkan kestabilan, kekalkan perpaduan, tolak politik kebencian, tolak politik yg ganas, tolak politik dendam yg sentiasa tidak berpuas hati serta tolak demonstrasi jalanan yg boleh menghuru harakan agar Negara Malaysia terus maju kehadapan dengan segala kegemilangan terus bersama kita Rakyat Malaysia yg berbilang kaum.


Credit to Muhammad Faiz Hashim
Ketua Penerangan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget