Akhirnya, undang-undang lebih tinggi daripada sesiapa pun termasuk pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang.
Jika sebelum ini rakyat Malaysia resah dengan keceluparan mulut kepimpinan pembangkang yang meluahkan apa sahaja tanpa rasa takut dengan kemungkinan tindakan undang-undang, rakyat Malaysia kali ini bersyukur dengan ketegasan pihak berkuasa!
Polis menahan Tamrin Tun Ghafar sekejap tadi di sebuah restoran dekat Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang."Saya ditahan oleh Polis Bukit Aman. Polis sedang menunggu saya menghabiskan makan tengahari di Chawan (Restoran), Bangsar," kata Tamrin dalam sms kepada rakan-rakannya.Dengan penangkapan Tamrin, polis kini telah menahan empat orang iaitu aktivis pelajar Adam Adli, anggota Parlimen Batu Tian Chua dan Haris Ibrahim.
Laporan sebelumnya...
Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan Haris M Ibrahim hari ini ditahan polis dipercayai ada kaitan dengan program himpunan SuaraRakyat505 Sabtu ini.Pembantu Tian, Rozan Azin Mat Rasip ketika dihubungi Harakahdaily berkata, bosnya itu ditahan di lapangan terbang LCCT tengahari ini sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan."20 minit lalu saya menelefonnya dan beliau memaklumkan dibawa ke Balai Polis Jinjang.
"Mungkin ada kaitan sama ada dengan ucapan pada forum 13 Mei di Dewan Himpunan Cina sebelum ini atau himpunan Black505," katanya.Tian melalui Twitternya dalam pada itu turut menyebut polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.Sementara itu, setiausaha agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai NGO, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa yang celupar mulutnya, Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan.
No comments:
Post a Comment