Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 26 June 2013

PANAS !!! ADA KEJUTAN DARI AZWAN BRO BUAT PEMUDA PERAK!!! NANTIKAN



Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Perak, menyahut baik hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam menubuhkan makmal politik.
Pengerusinya, Khairul Azwan Harun bagaimanapun turut mencadangkan agar golongan belia diberi peluang untuk terlibat secara langsung aktiviti makmal politik berkenaan.

"Jadi apabila perdana menteri bersetuju untuk menubuhkan makmal di Dewan Tertinggi BN maka saya merasakan elok juga sekiranya melibtkan generasi muda yang datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, dari bandar dan luar bandar sama-sama terlibat dalam proses kajian dan penelitian.
"Kita jadikan makmal ini tempat untuk memdengar nasihat serta pandangan supaya sama-sama kita dapat hasilkan satu input yg baik untuk BN,"katanya ketika mengulas mengenai penubuhan Makmal Politik oleh Presiden BN semalam.

Khairul Azwan berkata lagi, penubuhan makmal kajian ini sebenarnya satu pendekatan yang cukup baik dalam usaha untuk memastikan parti berkenaan terus relevan.

Malah katanya, kejayaan daripada penubuhan makmal-makmal lain sebelum ini telah pun dicapai serta dinikmati oleh rakyat pelbagai kaum di negara ini.
"Sebagai contoh program-program transformasi ekonomi, transformasi kerajaan , transformasi politik ini semua adalah hasil daripada perancangan oleh makmal kajian," katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan untuk menububkan makmal politik bagi memastikan parti itu terus relevan kepada rakyat.
Semalam, Najib berkata Dewan Tertinggi BN memutuskan penubuhan makmal politik bulan depan untuk membuat cadangan khusus mengenai perubahan yang perlu dilakukan kepada parti gabungan itu.

Makmal berkenaan akan melihat sama ada perubahan itu melibatkan struktur, penjenamaan atau dasar BN atau ketiga-tiganya. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget