Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 21 June 2013

PANAS !!! SYIAH DALAM PAS ????


Daeng Selili : Kita tahu bahawa Syiah telah lama bertapak di Malaysia namun sukar untuk dikenalpasti kerana mereka tidak menonjolkan diri. Walaubagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, penganut Syiah telah menunjukkan warna mereka secara terbuka. Tidak pasti bagaimana ia boleh terjadi begini tetapi yang pastinya begitu ramai orang-orang Melayu yang keliru dan menganggap Syiah itu sebagai cabang mazhab dalam Islam.

Antara pemimpin Syiah di Malaysia yang dikenalpasti ialah Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS. Walaupun tidak mengakuinya tetapi beliau tidak pernah menafikannya. Malah beliau juga sering dikesan menghadiri program di Iran iaitu negara yang mengamalkan Syiah. Beberapa kali kita melihat program-program PAS turut memaparkan unsur Syiah di mana secara terbuka menjulang Khomeini. Cara PAS mendewakan Nik Aziz juga menyerupai pendewaan rakyat Iran terhadap Khomeini.


Hari ini, Syiah semakin berleluasa malah mula membuka surau-surau mereka sendiri. Di pusat-pusat pengajian tinggi juga kumpulan Syiah tidak lagi segan silu menampakkan diri.

Kita tidak tahu bagaimana ada yang boleh terpengaruh dengan ajaran Syiah yang jelas sesat dan menyimpang dari AlQuran dan Sunnah. Tetapi, yang kita tahu orang-orang Syiah pasti menyokong PAS. Ini tidak mengejutkan kerana kedua-dua Syiah dan PAS memainkan peranan yang sama iaitu memecahbelahkan umat Islam.

Syiah diketahui membantu Amerika memusnahkan Iraq, manakala PAS pula turut membantu Amerika tanpa sedar, dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia. Ini dilakukan dengan cara bekerjasama dengan agen Amerika iaitu BERSIH dan juga SUARAM sama ada secara langsung ataupun melalui Pakatan Rakyat.

Dengan bersekongkol dengan PKR dan DAP, PAS turut membantu menyebar kesesatan. PKR menyokong pluralisme dan menerima LGBT sebagai hak asasi manusia. Manakala DAP pula cuba menyesatkan dan memurtadkan umat Islam melalui perjuangannya untuk menghapuskan agama Islam sebagai agama rasmi serta penyebaran Injil dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan Kristian.

Justeru, tidak hairanlah apabila puak Syiah memilih PAS dan bukan UMNO sebagai platform untuk mengembangkan gerakan mereka. Melihat dari hubungan PAS dengan Syiah, maka tidak hairanlah kenapa pemimpin PAS sering terlibat dalam skandal seks atau zina. Dengan nafsu orang PAS yang sukar dikekang, pastilah ajaran Syiah yang menghalalkan muta’ah amat menarik hati mereka.

Kita memahami kenapa DAP sanggup bekerjasama dengan PAS iaitu untuk ditunggang bagi mendapatkan undi Melayu. Tetapi, jika kita hairan kenapa PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP, maka jawapannya ialah Syiah. Puak-puak Syiah inilah yang menjadi penghubung ‘rohani’ antara PAS dan DAP bagi merealisasikan kemusnahan golongan Ahlul Sunnah di Malaysia.

Tidak salah dikatakan bahawa Syiah adalah jauh lebih bahaya dari semua ancaman lain seperti LGBT, pluralisme atau Malaysian Malaysia kerana Syiah bertopengkan Islam dan bergerak sebagai salah satu dari mazhab dalam Islam. Sedangkan ancaman-ancaman yang lain itu adalah nyata dan mudah untuk ditentang.

Kita sedia maklum bahawa umat Islam di Malaysia, rata-ratanya masih ‘cetek’ ilmu agama dan cukup mudah terpedaya dengan penampilan atau cakap-cakap pelat Arab. Oleh itu, ramai di antara kita masih keliru antara ‘sesat’ dengan ‘jahil’. Memandangkan puak Syiah sering membawa penampilan Islamik, maka ramai yang terus menganggap mereka sebagai Islam. Di masa yang sama mereka juga gemar sekali mengutuk dan menghukum mereka-mereka yang tidak berpenampilan Islamik sebagai berdosa dah ahli neraka.

Ini mereka lakukan tanpa sedar bahawa orang yang dihukum mereka itu masih Islam, tetapi mereka yang mengikut ajaran dan kumpulan Syiah itu pula mungkin sudah terbatal Islamnya.

Justeru, kebimbangan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah terhadap fahaman Syiah adalah berasas, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin PAS. Berdasarkan kenyataan ini, PAS dan UMNO wajib bersama-sama memain peranan menolak ajaran Syiah secara tegas dan bersepadu. Hanya dengan terhapusnya Syiah maka umat Islam di Malaysia boleh bersatu.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget