Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday, 21 June 2013

TERKINI !!! 7 Lokasi "Panas" Agenda jahat pemimpin #Blackout505 .



Agenda "Jahat" pemimpin pembangkang untuk merosakan perpaduan dan cuba mencetuskan keganasan demi mencapai cita-cita Politik melalu cara yang begitu keji. Mengajak rakyat turun dijalanan dengan bedemo serta menakut-nakutkan mesyarakat memang sudahpun dijangkakan. Perkaran terancang ini, sudah dijangkan selepas PR tewas pada PRU13, dengan menyalahkan dan menghalakan kegagalan kepada pihak lain. 

#Balckout505 dilihat agenda "jahat" pemimpin pembangkang. Pembangkang nampaknya terus berdegil dan enggan berkompromi langsung dalam soal hendak buat himpunan Blackout 505 di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.-Agendadaily

Di sebalik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sanggup mencadangkan tiga lokasi lain termasuk Stadium Merdeka sebagai tempat berkumpul, mereka nampaknya sudah set untuk 'langgar'.

Pada Rabu, di internet sudah tersebar tujuh lokasi di sekitar Kuala Lumpur tempat pemimpin pembangkang berkumpul dan berarak ke Padang Merbok pada 22 Jun ini.

Lokasi tersebut adalah Brickfields, Masjid Negara, Jalan Pudu, Jalan Raja Laut, Sogo, Universiti Malaya dan Jalan Pekeliling.

Tanpa mempedulikan amaran pihak berkuasa, jangan berarak, pemimpin-pemimpin pembangkang nampaknya sudah buat macam negara ini tak ada undang-undang dan hendak main redah saja.

Bos mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media hari ini bahkan marah kepada Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin yang menasihati pembangkang supaya tidak melanggar undang-undang.

Anwar cuba perlekeh arahan pegawai tinggi polis tersebut sebagai kenyataan serupa pemimpin UMNO bahagian.

Sebelum ini Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib mencadangkan Stadium Merdeka Stadium Titiwangsa, dan Taman Rekreasi Air Panas sebagai tempat diadakan himpunan tersebut.

Ahmad Phesal dalam pertemuan dengan dalam pertemuan pemimpin pembangkang pada 14 Jun lalu, Taman Rekreasi Air Panas dicadangkan atas faktor kawasan tersebut yang lapang yang juga mempunyai kemudahan tempat letak kereta, di samping, berhampiran dengan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), membolehkan akses terus ke lokasi berkenaan.

"Seperti mana yang dibincangkan, Stadium Merdeka merupakan lokasi paling sesuai, dan DBKL bersedia membantu dari segi penyediaan tapak perniagaan dan kawalan lalu lintas.

"Berdasarkan pengalaman Bersih 3.0 juga, penganjuran dilokasi itu, membuatkan peserta lebih disiplin, dan tidak melibatkan kerosakan harta benda DBKL, melainkan penambahan jumlah sampah yang terpaksa di kutip kontraktor kebersihan,"katanya.

Beliau dalam pada itu menambah, meskipun Stadium Merdeka bukan di bawah seliaan DBKL, pihaknya bersedia memberikan kerjasama dalam urusan permohonan keguaan stadium berkenaan.

"Ketika sesi perbicangan berlangsung, wakil penganjur setuju untuk pertimbangkan dan akan membuat keputusan setelah perbincangan bersama peringkat tertinggi penganjur dibuat. Namun, sehingga kini, DBKL masih belum menerima sebarang maklum balas rasmi daripada mereka,"katanya sambil menyatakan tidak menetapkan sebarang tempoh akhir untuk pihak penganjur memberikan maklum balas.

Mengulangi pendirian tidak membenarkan penganjuran perhimpunan itu di Padang Merbuk, Ahmad Phesal berkata, selain kelulusan awal yang telah diberikan kepada pihak Majlis Olimpik Malaysia, penganjuran tersebut berisiko merosakkan kemudahan di padang berkenaan yang menjadi lokasi aktiviti sukan.

"Jika kita benarkan, dengan kehadiran berpuluh ribu peserta perhimpunan, dalam tempoh dari jam 11 pagi hingga 6 petang, ia boleh menyebabkan berlaku kerosakan, dan berdasarkan pengalaman lepas, DBKL terpaksa mengeluarkan belanja kira-kira RM100,000 untuk tujuan pembaikian,"katanya.

Rafizi dalam kenyataannya kepada media selepas pertemuan berlangsung bersama Ahmad Phesal 14 Jun lalu, berkata perhimpunan 505 akan tetap dilaksanakan di Padang Merbok setelah menyifatkan alasan yang diberikan DBKL tidak munasabah.

1 comment:

  1. Sial celaka betullah Anwar Si Gay Tua ini. Bilalah kau nak mampus?
    Hidup berterusan menyusahkan rakyat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget