Ajm begitu tersentuh membaca satu artikel dari blog Aktivis Pendang berkenaan dengan mengenai berita seorang murid sekolah berusia 10 tahun yang mengidap ketumbuhan otak berketurunan siam yang berhasrat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir.
Kanak-kanak ini telah menjalani 2 pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan di otaknya dan mungkin pertemuan dengan Perdana Menteri dan Tun Mahathir dapat memberi semangat untuknya melawan penyakit tersebut.
Adik Kongkiat yang bercita-cita mahu menjadi doktor, mahu segera sembut dan dapt kembali ke sekolah di Subang Jaya. Kongkiat anak kedua dari 3 beradik adalah anak kepada pasangan Bun Song I Wan , 37 yang berkerja sebagai pemandu lori dan Channa Isin , 34 , suri rumah berasal dari Pendang, Kedah .
No comments:
Post a Comment