Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 23 August 2013

SIAPA AZWAN BRO YANG SEBENARNYA !!!


Berucap Di Persidangan UMNO 2012

Khairul Azwan Harun atau lebih mesra dikenali dengan Azwan Bro dilahirkan di Ipoh, Perak. Sejak awal Azwan telah dididik dalam suasana kekeluargaan yang mengutamakan nilai-nilai kesederhanaan, keagamaan dan kepentingan jati diri Melayu.
Azwan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa sebelum menyambung pelajaran di Cardiff University Of Wales, United Kingdom (Bachelor Of Science) dan Universiti Terbuka Malaysia (Master Of Management).
Penglibatan Azwan dalam dunia politik sebenarnya bermula semenjak belajar di luar negara lagi apabila terlibat secara langsung bersama Kelab UMNO Luar Negara UK & Eire.
Setelah pulang dari United Kingdom, pada tahun 1999, beliau memulakan kerjaya sebagai Juruaudit dan Konsultan Kewangan di Ernst & Young, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2004, Azwan telah dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Dato’ Dr. Zambry Bin Abd. Kadir yang ketika itu merupakan Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Negeri Perak.
Perak JobFair
Pada Mac 2009, apabila YAB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir dilantik sebagai Menteri Besar Perak, Azwan telah dilantik menjadi SUSK beliau. Pada Januari 2010 Azwan telah diberi tanggungjawab menerajui Yayasan Bina Upaya Darul Riduan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan pensyarah jemputan di Universiti Teknologi Petronas, Perak sejak Januari 2012 hingga kini.
Penglibatan aktif Azwan di dalam UMNO bermula sekembalinya beliau dari luar negara. Pada tahun 2002, beliau telah dilantik sebagai Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.
Pada tahun 2004, dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak beliau telah dipilih sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian berganding bersama YB. Dato’ Zainol Fadzi Bin Paharudin selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian waktu itu.
Pada tahun 2008, beliau melangkah lagi di dalam dunia politik apabila berjaya memenangi kerusi Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak sehingga kini.
Pada tahun yang sama, Azwan telah dilantik sebagai sebagai Exco Pergerakan Pemuda Malaysia dan diberi tanggungjawab menerajui Akademi Pemuda UMNO. Sehingga kini, beliau masih menjadi Pengerusi Akademi Pemuda UMNO.
Pada tahun Januari 2011, atas kepercayaan pucuk pimpinan pemuda pusat, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan BN Negeri Perak.
Di Dalam Kapasiti beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Azwan telah berjaya melaksanakan beberapa perubahan pelaksanaan penjenamaan semula jentera pemuda terutamanya di peringkat akar umbi dan negeri.
6239276151_4784d207d5
Azwan juga aktif dalam pembangunan sukan negeri khasnya bolasepak. Jawatan terkini beliau adalah Timbalan Presiden Perak FA dan Pengurus Bolasepak Liga Super Perak sejak tahun 2011 hingga kini.
Selain itu beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negeri Perak.
Azwan akan terus memperjuangkan isu dan masalah yang membelengu orang muda seperti pemerkasaan ekonomi, perumahan mampu milik, peningkatan peluang perniagaan dan lain lain isu yang dihidapi oleh orang muda.
Justeru, berdasarkan pengalaman mendampingi Pemuda di akar umbi samaada melalui politik, sukan atau NGO, Azwan telah meletakkan agenda mendengar suara hati dan nadi Pemuda seluruh Malaysia sebagai agenda utama perjuangan beliau.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...