Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Friday 23 August 2013

TERKINI !!! ZAHID HAMIDI GADUH BESAR DENGAN Timbalan Menteri

P. Waythamoorthy dinasihatkan supaya berhenti daripada menjawat jawatan dalam pentadbiran kerajaan sekiranya mahu memberi kenyataan berhubung perkara di luar bidang kuasanya. 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga mengingatkan beliau supaya tidak mencampuri urusan polis tetapi menumpukan kepada bidang kuasa sendiri iaitu menguruskan hal-hal berkaitan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf). 
“Saya cadang dia berhenti jadi timbalan menteri kalau nak cakap mengenai perkara luar bidang kuasanya, beliau kena faham kasut mana dipakai dan rumah mana dia duduk. 
“Jangan ingat yang beliau masih pemimpin badan bukan kerajaan (NGO), beliau bukan pemimpin Hindraf lagi. 
Jangan campur tangan dalam kerja polis, polis kita bukan jenis yang suka-suka menembak tanpa mengenal pasti sasarannya (trigger happy),” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mempertikaikan tindakan polis menembak mati lima penjenayah di Pulau Pinang. 
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu antaranya mempersoalkan kenapa polis tidak memberi amaran sebelum menyerbu pangsapuri di tempat kejadian. 
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, dakwaan Waythamoorthy bahawa polis perlu memberi amaran sebelum menyerbu masuk ke tempat kejadian sebagai sesuatu yang tidak berasas. 
“Manalah ada amaran, kalau polis beri amaran, penjenayah akan menembak polis terlebih dahulu,” katanya. ZAHID HAMIDI BLOGKLIK

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...