Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 23 September 2013

Terkini !! 8 Ketua Bahagian udah menang Tanpa Bertanding di Perak

cabarrEnam belas belas daripada 24 bahagian UMNO di Perak menyaksikan pertandingan merebut jawatan ketua bahagian selepas pencalonan ditutup petang tadi.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, daripada jumlah itu lapan bahagian telah dimenangi tanpa bertanding iaitu Lenggong, Bagan Serai, Tambun, Ipoh Barat,Lumut,Teluk Intan,Parit dan Bagan Datoh.
Antara bahagian tersebut, pertandingan bagi jawatan ketua bahagian Tanjung Malim, Bukit Gantang dan Gopeng menyaksikan pertandingan empat penjuru, kata Khusairi.
"Lima bahagian pula merekodkan perebutan tiga penjuru iaitu Larut, Padang Rengas, Kuala Kangsar serta Pasir Salak," katanya kepada pemberita di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar hari ini.
Katanya bahagian yang menyaksikan pertandingan dua penjura adalah Tapah, Gerik, Parit Buntar, Ipoh Timur, Sungai Siput, Batu Gajah, Beruas, Kampar dan Taiping.
Menurut beliau, kesemua borang pencalonan akan dihantar ke Ibu Pejabat UMNO di Kuala Lumpur pada malam ini juga untuk disemak dan sekiranya terdapat calon yang tidak mengikuti syarat yang ditetapkan, pencalonan mereka akan terbatal.
"Sekiranya keadaan ini berlaku, maka jumlah calon yang bertanding akan berkurangan," katanya.
Biarpun pada awal pagi tadi terdapat sedikit kekecohan kecil yang berjaya di selesaikan oleh Pengerusi Bahagian Perhubungan UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagaimanapun secara keseluruhan proses pendaftaran pada hari ini berjalan dengan lancar sehingga malam, katanya.
Beliau berpendapat antara bahagian yang akan menyaksikan pertanding sengit adalah Gopeng,Bukit Gantang,Pasir Salak dan Larut.
Harapannya agar setiap calon yang bertanding dapat mengikut etika yang telah ditetapkan

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget