Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 18 June 2014

TERKINI !!! MASJID SULTAN YUSOF DI REMPUH

Semalam : Pintu pagar utama Masjid Sultan Yusof di Rapat Setia, di sini, rosak teruk selepas dirempuh dua kenderaan yang terbabit dalam satu kemalangan berhadapan masjid berkenaan petang tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4.20 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina itu dipercayai hilang kawalan dan merempuh pintu pagar utama masjid.

Kenderaan itu juga melanggar tiang lampu isyarat di hadapan masjid hingga tercabut serta mengakibatkan kerosakan teruk pada pagar batu masjid berkenaan.

Saksi Muhammad Yahya, 84, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, sebelum kejadian dia mendengar dentuman kuat di sebelah kanan masjid.

"Ketika itu saya nampak sebuah MPV hampir terbalik di hadapan pintu pagar dan melihat pemandu keluar daripada kenderaan tanpa sebarang kecederaan.

"Selain MPV itu, sebuah Nissan Sentra turut tersangkut pada pagar batu manakala kereta Perodua Kancil berada di laluan bertentangan,", katanya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget