"Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…," kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.
"Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia," kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.
Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.
"Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?" soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.
Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi
"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang" yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.
Baca Lagi klik daengselili.blogspot.com
No comments:
Post a Comment