Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

Saturday, 27 April 2013

PANAS TERIK !!! HADI AWANG DIBIDAS KERANA PERLEKEH HUKUM ALLAH !!!




Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil.""Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? Ataupun ada wahyu baru yang mengatakan zina ini perkara kecil?," katanya dalam satu sidang media di Bukit Mertajam, semalam.Jelas beliau, kenyataan oleh Hadi tidak boleh diterima ekoran PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan perbuatan zina ditegah oleh Islam.

"Kami yang turut terpalit dibawahnya (PAS) sebagai ahli menganggapnya sebagai perkara yang besar.""Kalau ini fitnah, ianya fitnah yang besar. Sebab zina dosa besar." katanya lagi.
Beliau yang mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak mengenai penglibatan pemimpin PAS yang dikaitkan dengan skandal video seks baru-baru ini mendesak agar pemimpin tersebut digantung keahliannya dari PAS.

Tambahnya penggantungan tersebut adalah wajar dan ianya harus dilakukan sehingga siasatan penuh selesai dijalankan dan boleh berkhidmat kembali dengan parti sekiranya didapati tidak bersalah.Katanya lagi, sekiranya bersalah individu tersebut harus dipecat dengan serta merta.

Wednesday, 24 April 2013

Betulke Hadi Awang Fitnah Calon Pkr Edar Pil Kuda?


Lihat video ini..


GEMPAR BERAPI! DR NASIR MARX SURUH HADI MINTAK MAAF SEBAB GELARKAN PSM KOMUNIS?


Ini ada sedikti info pasal pergeseran antara PAS dan PSM aka komunis malaya versi baru. Mari kita baca dulu kenyataan dibawah ini: 

Isu pertindihan kerusi antara parti PAS dan PKR dalam PRU 13 masih belum diselesaikan secara baik. Kenyataan terbaru daripada Presiden PSM menunjukkan wujud kecelaruan antara pucuk pimpinan PKR dan PAS dalam menyerahkan watikah pencalonan kepada calon untuk DUN Kota Damansara.

Parti Sosialis Malaysia (PSM) sewaktu membuat sidang media di Kota Damansara telah menuntut Hadi Awang menjelaskan dakwaannya mengenai calon PKR yang terlibat dengan ideologi "Komunisme".

Mohd Nasir Hashim, Presiden PSM telah menyatakan kekecewaannya terhadap kenyataan Hadi Awang yang merujuk kepada PSM terlibat dengan ideologi "Komunisme".PSM mahu Hadi Awang menarik balik kenyataannya dan memohon maaf.

Kenapa perlu Hadi mintak maaf? Aku bukan nak sokong Hadi. Aku sikit pun tak minat pada parti PAS ni, tapi kalau nak compare dengan PSM yang tak percaya pada Tuhan ni. Maaf cakap la, dah tentu aku takde hati langsung nak sokong PSM ni. Penduduk Kota Damansara kenal siapa Dr Nasir sebenarnya.

So Nasir Marx, tak payah la kau nak suruh sesiapa pun mintak maaf! Dah memang lu komunis yang tak percaya pada kebesaran Tuhan kan? Ramai ahlul PAS dah pernah ke opis lu Nasir. Mereka tahu siapa kau sebenarnya, sebab itu mereka meletakkan calon PAS kat Kota Damansara.

Aku yakin BN pasti akan mencapai kemenangan di Kota Damansar memandangkan calon yang diletak PAS pun sekadar nak cukup syarat dan nak lari dari mereka menyokong Nasir Mark the commie! Bungkuslah kamu wahai Pakatan! Kota Damansara akan menjadi saksi kehancuran puak FUCKATAN yang sedang bercakaran sesama sendiri.

Sunday, 14 April 2013

PANAS TERIK !!! : Hadi Dakwa Islam Benar Aibkan Pemimpin?!



SAYA ingin memetik semula kenyataan dari Harakah (16-31 Mac 2008), Keburukan Calon Pemimpin Perlu Didedah, iaitu wawancara bersama Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Samsudin. Memetik 3 perenggan kata-kata beliau dalam lidah rasmi Harakah tersebut :


1. Keburukan pemimpin dan orang yang melakukan kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka’.

2. Menjadi seorang pemimpin mesti di kalangan orang berilmu, bertakwa, ada intergriti moral, iaitu bercakap benar, jujur, amanah, boleh diharap, telus, cekap dan pelbagai sifat kepimpinan seperti yang dihuraikan dalam Al Quran.

Seorang pemimpin yang menipu rakyat tidak mempunyai intergriti moral. Pemimpin seperti ini mempunyai kecacatan serius menyebabkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kepimpinannya terhakis.

3. Justeru, apa yang diterangkan oleh Presiden PAS berkenaan pimpinan PAS boleh mendedahkan keburukan calon BN selaras dengan tuntutan agama dan keperluan rakyat yang mendesak.

Kenyataan Abdul Ghani ini adalah disebabkan Presiden PAS ketika itu telah menyerang dan mengaibkan moral calon BN di Kota Tinggi yang menarik diri dari menjadi calon PAS.

Malah Harakah dalam beberapa ruangan telah mendedahkan banyak gambar-gambar esklusif Pak Lah bersama beberapa kenalan dalam satu majlis di rumah beliau. Tujuan utama dan niat paling jelas oleh Harakah adalah untuk mengaibkan dan menjatuhkan Pak Lah yang didakwa sangat tidak bermoral.

Pembongkaran Eskay mengenai video seks Anwar memang mengujakan banyak pihak termasuk di seluruh dunia. Ianya belum pernah berlaku dalam sejarah tamadun moden yang kini semakin dekat kepada hari kiamat.

Masyarakat di seluruh dunia telah mengesahkan bahawa pelakunya adalah Anwar, tetapi segelintir rakyat Malaysia percaya Anwar yang mempunyai masalah tulang belakang tidak mampu beraksi seperti itu dan tidak rela menontonnya termasuk Wan Azizah dan Nurul Ezzah.

Penafian yang mengundang ketawa dan pandangan sinis masyarakat dunia kepada kebodohan rakyat Malaysia yang kononnya bertamadun tetapi masih boleh terpedaya dan mengangap CCTV sebagai video besi yang tidak relevan,,sangat-sangat melucukan!!

Tetapi HIKMAH BESAR dari kuasa Yang Maha Esa, video ini dapat ditonton sebelum Anwar bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 !!.

Sabda Nabi SAW: “Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya.

Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamanya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, walaupun dilakukan didalam rumah dan bilik yang tertutup rapat”. (riwayat Abu Daud).

Anwar banyak menyerang peribadi musuh politiknya dengan menuduh mereka rasuah dan berbagai penghinaan. Penghinaan Anwar kepada seteru politiknya kekadang sangat keterlaluan.

Penyokong pembangkang telah mengadakan solat hajat bertahun-tahun tetapi semakin lama semakin terdedah..siapa Anwar? Hinggakan hari ini segala-galanya sudah lebih dari terdedah, sikapnya yang suka menenjalangkan orang lain kini telah Allah kembalikan kepadanya.

Dunia telah melihat Anwar ‘menelanjang bogel’ dirinya ditambah pula dengan aksinya sebagai lelaki Melayu yang ‘tidak bertenaga’ dan ‘cepat kecundang’.

Salahkah tindakan Trio T dan Eskay dari sudut agama dan moral dalam isu ini? Patutkah Eskay mendedahkan keburukan bakal calon PM kita? Apakah niat Eskay itu jahat atau demi kepentingan peribadi dan mencari glamor dunia? Apakah Trio T tidak takut azab hari pembalasan dengan mendedahkan aib Anwar? Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui akan setiap niat hamba-hambanya.

Namun jika dirujuk kenyataan ulama dalam Harakah tadi maka tindakan Eskay dan Trio T ini adalah sangat patut dan harus disokong..bukan begitu? Namun kini nada ulama tersebut berubah 360 darjah dan membuat U turn tanpa meneliti kenyataan-kenyataan sebelum ini.

Anwar mempunyai banyak cara untuk menafikan bahawa beliau adalah sebagai pelaku dalam video itu. Hanya dengan menunjukkan jam OMEGA beliau sebenarnya boleh menutup mulut Eskay, atau hanya membuat ujian Poligrafi jika sudi.

Paling tidak pun hanya perlu bersumpah membersihkan fitnah yang sangat dahsyat terhadap dirinya yang suci seperti disaran oleh Dr Asri.

Kalau itu pun tidak mampu dilakukan oleh manusia yang ingin merebut takhta di Putrajaya, bagaimana lagi kita harus meletakkan kepercayaan kepadanya? Paling hebat dan sering kali dilakukan Anwar adalah dengan menyaman fitnah.

Peluang untuk membersihkan diri dari najis kekotoran dari tuduhan oleh Eskay boleh membuatkan Anwar kayaraya. Mahu saya mencadangkan agar Anwar untuk menuntut gantirugi RM500 JUTA sebagai pengajaran buat Eskay dan Trio T !!…Ada berani jika benar, atau memang takut kerana bersalah ?.

Malang bagi umat Islam khususnya pendokong pro pembangkang sudah tidak menganggap pelaku video itu sebagai satu perkara yang sangat penting.

Kononnya kumpulan ulama yang warak ini tidak ‘bercadang’ melihat video ‘lucah’ tersebut kerana ‘tidak bermoral’. Bagaimana jika benar pelakunya adalah Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Sanggupkah berketuakan seorang PM yang mempunyai rakaman aksi dengan pelacur China Doll?

Ketika ini pendoktrin jumud ini menggunakan juga hujah Al Quran dan Hadis untuk ‘menyelamatkan’ maruah Anwar yang merundum teruk dengan mencerca orang seperti Eskay, Trio T dan juga sesiapa sahaja yang ingin mengetahui kebenaran.

Malangnya mengikut pengalaman bersama rakan-rakan penyokong pembangkang, mereka jugalah pengemar aksi Vijidran, Chua Soi Lek, Luna Maya dan seorang pelakon drama di Malaysia yang video seks mereka ‘terlepas’ ke pasaran.

Tidak pula timbul soal ‘tidak bermoral’ dan ‘dosa’ ketika sibuk mencari bahan lucah tersebut. Malah rakan-rakan penulis yang dikategorikan sebagai ustaz dan alim dari kumpulan pro pembangkang ini turut tidak terkecuali mencari bahan ‘panas’ ketika itu.

Hari ini, kumpulan ulama politik ini mula bersuara sebaliknya dan mencari nas atau hadis baru untuk mengatakan usaha menjatuhkan Anwar dan mendedahkan salahlakunya sebagai satau perkara yang ‘salah’ dari sudut agama pula.

Dahulunya mereka inilah juga yang sentiasa mencari-cari keaiban pemimpin BN dan dibongkar di dalam Harakah. Bila terkena batang hidung mereka sendiri, ulamak ini mula gelabah dan mula celaru minda.

Ayat-ayat Quran sudah mula hilang dari hati dan lidah mereka. Ikhlaskah ulama politik ini dalam memperjuangkan kebenaran? Atau kerana politik kepartian yang jumud, maka lidah mereka sudah menjadi ‘lidah syaitan’ yang mengeluarkan fatwa dan pendapat sesuka hati demi sikap assobiah dan mempertahankan kumpulan sendiri sekalipun melakukan kesalahan yang nyata.

Pendedahan Eskay mengenai salahlaku Anwar bagi ramai orang adalah hanya satu pembuktian jelas tanpa keraguan. Eskay memberikan kita satu sumber yang terang dan bukan omong kosong, Beliau membawa fakta yang langsung tidak dapat dipertikaikan oleh manusia yang rasional, bijak dan terbuka.

Seperti Firman Allah yang menghendaki manusia menggunakan akal yang sihat untuk menilai sesuatu perkara, Masih ada segelintir manusia yang mentafsir dan menilai dari sudut emosi, dendam dan kebencian dan tentu menjadi penghalang untuk menilai hakikat sesuatu kebenaran.

Namun semakin ramai penyokong pembangkang sudah mula berfikir secara rasional dan muak dengan pemimpin mereka. Semakin terdedah pekong dan kurap di tubuh kesan segala pembohongan yang tidak ‘menjadi’.

Kepada penyokong kumpulan pro pembangkang, tinggalkan perjuangan yang terlalu bodoh dan sia-sia bertaksubkan ulama politik yang rela bersahabat dengan syaitan DAP.

Kebenaran semakin nyata dan jangan biarkan kita tertipu dengan pandangan mata hanya kerana mereka berjubah dan berserban. Islam disebarkan oleh Nabi SAW bukan hanya dengan pakaian dan rupa paras (berjanggut) atau ucapan yang berapi-api yang mengandungi pembohongan dengan mengadaikan ayat-ayat suci Al Quran.

Islam ditegakkan oleh Rasulullah SAW juga dengan akhlaknya yang terpuji dan menjadi contoh sepanjang zaman. Hari ini, ciri-ciri akhlak Rasulullah SAW sudah semakin terhakis dikalangan ulama politik yang kononnya membawa fahaman Islam dan doktrin agama dalam perjuangan mereka.

Kerana itu Nabi SAW bersabda: Di akhir zaman nanti, menjelang kiamat, orang faqih (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (gelagat serta pendapat dan fatwa mereka) yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat, Tapi fitnah itu berbalik kepada mereka sendiri (Hadis riwayat Ibnu Umar & Imam Al Hakim dalam kitab Tarikh Naisabur ) …

Siapakah mereka di ketika dunia sudah terlalu tua, kalau bukan ulama politik bisu, pekak dan tertutup minda. Topeng agama dan akhlak mereka sudah mula terbongkar dan semakin hilang intergriti sebagai ulama berwibawa, maka sudah selayaknya kini mereka digelar ulama politik yang tiada bisa dan mengundang bahaya kepada agama Islam dan negara Malaysia.


Lagi sini:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...