Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 23 January 2013

pengawal Istana Anak Bukit mati ditembak rakannya


JERLUN: Polis percaya motif kejadian seorang anggota polis pengawal Istana Anak Bukit mati ditembak rakannya, berpunca akibat pertengkaran kecil berhubung tugas, bukannya pertengkaran membabitkan masalah peribadi.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata setakat ini pihaknya percaya berlaku pertengkaran kecil berhubung tugas dan ia tidak membabitkan soal peribadi kerana itu adalah kali pertama dua anggota polis terbabit ditugaskan bersama selepas suspek melaporkan diri pada 1 April lalu.


“Tidak timbul pertengkaran masalah peribadi kerana hari kejadian adalah kali pertama mereka ditugaskan bersama, mustahil pertengkaran itu membabitkan masalah peribadi, apatah lagi soal cinta.

“Isu ini masalah tugas mereka berdua. Dalam kes bunuh, apa saja boleh berlaku dan kita sukar meramal apa yang akan terjadi. Semua perkara berlaku tanpa diduga,” katanya selepas menghadiri Hari Polis ke-205 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.


Dalam kejadian 26 April lalu, seorang konstabel polis berusia 22 tahun ditemui mati berhampiran pintu utama Istana Anak Bukit selepas ditembak beberapa das oleh rakan setugasnya sebelum suspek berusia 25 tahun melarikan diri menaiki kereta dan ditahan tiga jam kemudian.

Kelibat Najib Dan Ustaz Nasha di kesan bersama di Gaza


Insyallah aq yakin satu hari kita akan bersatu...kurangkan ego masing2 baru la ad umphh...dalam islam ada juga menganjurkan perpaduan...Gambar diatas adalah gambar Datuk Seri Mohd Najib dan Ustaz Nasha ketika di Gaza sambil mengaminkan bacaan doa..


Nyaris Dihempap


pix_topright

St George (Utah): Seorang wanita warga emas nyaris maut apabila bongkah batu besar runtuh dan merempuh dinding bilik tidurnya, malam semalam.

Ketika kejadian, Wanda Lee Denhalter, 63, sedang tidur dan tidak sempat melakukan apa-apa untuk mengelak, tetapi dia masih bernasib baik kerana cuma tersepit di antara batu dan dinding rumahnya.


Menurut Wanda, batu sebesar empat meter dan setinggi tiga meter itu merempuh rumahnya kira-kira jam 3 pagi. Dia mengalami patah rahang, tulang dada dan luka besar pada kakinya.

Wanda juga bernasib baik kerana dalam keadaan tersepit itu, dia masih dapat mencapai telefon di rumahnya dan menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Jurucakap polis St George berkata, Wanda dikejarkan ke Pusat Perubatan Wilayah Dixie dan menjalani pembedahan hampir empat jam bagi merawat pelbagai kecederaannya. Sementara itu, suami Wanda, Scot Denhalter, berkata dia tiada di rumah ketika kejadian.


“Menurut Wanda, dia terdengar bunyi yang kuat sejurus sebelum batu besar itu melanggar rumah kami,” katanya. Bimbang dengan bunyi itu, kata Denhalter, Wanda beralih ke sebelah katil dan berdiam diri di situ.


Katanya, jika Wanda bangkit dan melihat apa yang berlaku, isterinya itu mungkin terbunuh. “Batu itu menyebabkan katil dan pelbagai perabot lain tercampak lebih satu meter,” katanya.-Hmetro

LISTEN!!! Lets Khaled Nordin Speak!!!


Tahniah dan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Khaled Nordin diatas sokongan & ulasan beliau terhadap insiden  pertikaman lidah antara Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi isu hangat dalam blog dan laman sosial sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Kementerian Pengajian Tinggi mahupun kerajaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program tersebut diadakan di atas anjuran pelajar di universiti itu sendiri dan Sharifah Zohra dijemput atas kapasitinya sendiri untuk menjadi moderator.

"Di universiti bukan semua program yang diadakan anjuran kerajaan, kerana ada juga program yang dianjurkan oleh golongan mahasiswa sendiri.

"Tetapi apa yang terjadi dalam isu ini seolah-olah kita pula yang atur program itu dan meminta Sharifah bercakap seperti itu atas alasan berkehendakkan minda pelajar disekat dan ditutup.

"Sharifah bukan tenaga akademik dan bukan kakitangan kementerian atau UUM, dia dijemput oleh pelajar untuk menjadi moderator, dari mana dia datang saya tidak tahu,” katanya.

Misi Najib di Gaza


Lebih kurang 20 jam yang lalu, dikhabarkan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak telah tiba di Kaherah bagi menjalankan misinya di Gaza.

Perdana Menteri Malaysia adalah satu-satunya Ketua Negara yang akan masuk ke Gaza tanpa ada perlindungan atau jaminan keselamatan melainkan pasukan pengawal yang menjaga kawalan kerana Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Israel. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...