Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 19 February 2013

Tolak Hudud?


BEKAS Perdana  Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,  hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini  tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar  kerana ia tidak menghukum pesalah secara adil  dan saksama.

Katanya, apa yang ditekan dalam hukum hudud  yang diperintahkan Allah dan ditekankan di dalam  al-Quran adalah menghukum pesalah secara adil  antara orang Islam dan bukan Islam.

"Secara terbuka dia (PAS) buat kenyataan kata  orang Islam sahaja yang akan
kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak  kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka. 

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam  berpakat lakukan jenayah, yang Islam kena potong  tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua  bulan, itu sudah tidak adil.

“Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang  ditekankan dalam Al-Quran berkali-kali, adalah  jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan  kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam.  Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang  hukum Allah," katanya  ketika berucap pada Majlis  Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini  hari ini.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang  tidak konsisten tentang pendirian mereka  berhubung isu hukum hudud dan kerjasama  dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata,  Malaysia selama ini cuba bersikap  adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam  menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh  secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh kepada  hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara  adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan  perbuatan jenayah menerima hukuman yang  setimpal dan adil.

“Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu  melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita  harus melaksanakannya dengan kehendak iIslam  dan laksanakan dengan adil,” katanya.

Beliau berkata,  selain saksi, Islam juga  membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk  menyokong pertuduhan yang dibuat.

"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata  bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita  tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya. 

Monday, 18 February 2013

Pengantin lari dari berkahwin?


MAJLIS PERKAHWINAN TANPA KEHADIRAN PENGANTIN

Majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar kenduri doa selamat apabila pengantin perempuan menghilangkan diri tiga hari sebelum dinikahkan.

Norazlina Ismail, 23, sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya tetapi terpaksa dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah sejak Rabu lalu.

Ibunya, Salmiah Ahmad berkata, ketika kejadian dia dan suami, Ismail Saad, 60, tiada di rumah kerana pergi ke mahkamah di Jawi atas satu urusan dan kehilangan anak kelima daripada enam beradik itu disedari selepas dia gagal pulang ke rumah mereka di Taman Pekatra, Simpang Ampat, di sini.

Menurutnya, anaknya tiada masalah dengan keluarga atau tunangnya dan Norazlina mahu mengahwini lelaki itu kerana mereka sudah tiga tahun mengikat tali pertunangan.

"Ketika saya dan suami keluar rumah pagi itu (Rabu), dia (Norazlina) ada di rumah bersama anak bongsu (Norsyamira, 16). Tetapi, menurut Norsyamira, kakaknya meminta dia menghantarnya ke jalan besar di depan taman ini kerana mahu berjumpa kawan yang pernah bekerja kilang bersamanya untuk mengambil wang di Taman Pelangi".

“Kebiasaannya, kalau keluar dia akan pulang jam 1 tengah hari, tetapi sehingga hari ini dia tidak pulang. Saya menghubunginya jam 11 pagi pada hari kejadian bertanyakan mengenai komputer riba adiknya. Itu kali terakhir saya bercakap dengannya dan cubaan kedua menghubunginya gagal apabila talian telefonnya dimatikan,” katanya.

Makan Penadol muntah kahak biru?

Hiasan
Begini cerita sebenarnya Program bermula dengan ketibaan YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia dengan menunggang sendiri motorsikal antik bersama dengan konvoi sukarelawan MAYC di Pantai Saujana, Batu 4 Port Dickson. Ketibaan beliau telah disambut dengan paluan kompang daripada belia MAYC Kawasan Port Dickson.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Khairolnezam Shaari, Pengerusi MAYC Negeri Sembilan yang mengucapkan selamat datang kepada semua kontingen rombongan MAYC dari setiap negeri ke Negeri Sembilan.

Kemudian Presiden MAYC Kebangsaan, Mohd Hasri Mohd Hadzir memberikan ucapan beliau. Presiden telah menegaskan bahawa seluruh ahli MAYC seluruh negara berdiri teguh dan menyokong penuh Barisan Nasional di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam PRU-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Seterusnya

Lagi Himpunan Kebangkitan Rakyat Sabtu Ni?

gambar hiasan
Berita tergempar yang gua baru terima sebentar tadi.Betul ke beb gua ada dengar Sabtu ni bertarikh: 23 Februari 2013,bertempat: Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta Perak.Masa: 1.00 petang hingga 5.30 petang.Tak tahu lar menurut berita yang diterima ,3 pemimpin utama akan turut serta.

Moh kita turun wei..
KLIK SINI

Tergemparr :Pas kecundang di Tangan BN


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menggesa rakyat Kelantan supaya memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang bagi membawa kemajuan ke negeri itu demi masa depan generasi akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, beliau tidak mahu lagi melihat rakyatKelantan terpaksa berhijrah keluar dari negeri mereka demi mengecap kehidupan lebih baik, yang tidak mampu diberi kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

“Saya sedih dengar setengah juta orang Kelantan terpaksa berhijrah keluar. Saya tidak mahu ada sejuta lagi orang Kelantan berhijrah keluar. Orang Kelantan ini cekap, malah ramai tokoh di negara kita orang Kelantan seperti Panglima Angkatan Tentera Malaysia (Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin).

“Saya percaya barisan ini (tokoh) mampu bantu kerajaan beri perubahan kepadaKelantan jika diberi mandat (memerintah Kelantan),” katanya ketika berucap merasmikan ‘Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate Di Perantauan 2013′ di StadiumPutra, Bukit Jalil di sini.

Turut hadir pada majlis yang disertai kira-kira 15,000 anak Kelantan itu ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Najib berkata, dalam memberi perubahan besar ‘gelombang merah’ kepada Kelantan, kerajaan BN berdiri teguh di atas dua prinsip penting iaitu Islam dan kemajuan.

“Kita nak Islam dan kita nak juga kemajuan. Islam ini agama kemajuan, maka prinsip inilah yang memastikan kejayaan kita memajukan Kelantan nanti. Kejayaan inilah yang akan dibawa ‘gelombang merah’ nanti.
“Kita tak mahu macam mana dia janji bulan, bintang, syurga dan nak pertahan Islam. Tetapi bila kalimah Allah dipersoal, di mana mereka? Sudah cukup, kita tukar, bo la wei (sudah-sudah lah tu),” katanya.

Beliau berkata, kerajaan BN akan memastikan hak rakyat Kelantan dalam isu tanah di negeri itu terbela dan pertanyaannya kepada hadirin siapa yang dapat tanah disambut jawapan, “DAP”.

“Setiap inci tanah Kelantan akan kita perjuangkan, hak tanah Kelantan akan kita perjuangkan, 10,000 ekar tanah (yang didakwa diperoleh pemimpin DAP) ini hak rakyat Kelantan. (Kerajaan negeri Kelantan) Dosanya tamak, tanah ini hak siapa kalau bukan rakyat Kelantan,” tegasnya.
Kerajaan BN, kata Najib, akan memperbetul segala kesalahan yang dibuat kerajaan negeri pimpinan PAS dalam isu tanah itu apabila diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Kelantan kelak.

Isu tanah itu timbul apabila sebuah blog, pisau.net mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah seluas 4,259.9 hektar di negeri itu kepada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming untuk menerima Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak pada 2008.

Dalam pada itu, perdana menteri berkata, tujuh janji BN kepada rakyat Kelantan yang diumumkan beliau bulan lepas di negeri itu akan dimasukkan sebagai manifesto BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Antara (janji itu) jika kita dapat laksanakan lebih awal, kita laksanakan untuk memberi keyakinan kepada rakyat Kelantan untuk tukar (kerajaan negeri).

“Kita lakukan perubahan yang besar, bumi Kelantan ini kita jadikan gelombang merah,” katanya.
Janji itu merupakan tujuh projek merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baru, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaankampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air. - BERNAMA


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...