Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 27 February 2013

Najib Tandatangan Perjanjian apa ???


Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan perlaksanaan satu proses pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini. Beberapa transformasi yang telah dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kebelakangan ini seperti pengenalan perlaksanaan dakwat kekal dan menambah baik proses undi pos, sekali gus menjadikan prinsip demokrasi kita menjadi semakin kukuh. 

Hari ini, kita telah bersetuju untuk terus memastikan proses pilihan raya negara kita bersih dan adil dengan mengikuti sistem demokrasi standard antarabangsa. Saya berasa bangga selepas menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya dan sebaik selepas nama calon-calon yang mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang diumumkan, saya akan pastikan kesemua mereka menandatangani ikrar tersebut.

Berita Penuh:SINI

Tun M tidak terlibat Kontrak??



Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terbabit dalam membuat keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak PETRONAS kepada anaknya.

Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau cuma diberitahu oleh Presiden PETRONAS selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran berhubung perkara itu.

"(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat PETRONAS sudah terbabit dalam pemberian kontrak PETRONAS kepada anak saya.


LAGI:SINI

CEKIK DAN UGUT BEKAS AHLI YANG JADI PENGERUSI PENAJA CAWANGAN UMNO DI WAKAF TAPAI!!!


Begini ceritanya,Nampaknya trend keluar PAS dan masuk UMNO selain membubarkan markas PAS dan menubuhkan cawangan UMNO semakin berterusan. Dan trend ini amat menakutkan para pecacai serta penyokong PAS tegar yang sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman termasuklah dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri.

Di Wakaf Tapai malam tadi, seorang lelaki bernama Ramly bin Abdullah telah membuat laporan polis apabila empat orang SAMSENG PAS datang ke rumahnya dan mengugutnya. Menurut laporannya, Ramli yang ketika itu bersama-sama ahli keluarganya di rumah telah didatangi empat orang lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Di Pok Loh dan dua orang adik lelakinya, Lan dan Man serta seorang lagi bernama Mamat bin Musa.

Keempat-empat lelai tersebu telah memanggil Ramly keluar dan terus memarahinya kerana Ramly keluar dari PAS dan telah menjadi Pengerusi Penaja penubuhan Cawangan UMNO Bukit Chempedak, Wakaf Tapai.

Berita Penuh : KLIK SINI

Sotong Kurita Mirip Wajah Manusia Di Temui


Jika semasa musim Piala Dunia 2010, sotong kurita yang dikenali sebagai Paul mula menjadi popular di serata dunia. Ia menjadi popular gara-gara ramalannya menentukan keputusan perlawanan menepati keputusan yang sebenar. Itu kisah si Paul sotong kurita. Namun bagi penduduk kawasan Muara, Kelurahan Berok Nipah, Padang, Sumatera Barat dihebohkan dengan seekor sotong kurita mirip wajah manusia dan mirip wajah seorang wanita. Sotong ini dibawa oleh seorang nelayan pulang ke rumah bersamaan dengan sotong lain untuk dimasak isterinya.

Sotong ini berukiran sekitar 20cm dan mempunyai dua mata, dua telinga, dan satu hidung dan bibir. Haiwan pelik ini dipamerkan kepada para pengunjung yang mahu melihat sendiri sotong kurita berwajah manusia manusia. Tambahan sotong ini berjaya menarik perhatian seluruh penduduk di perkampungan yang lain.

Pasangan Nekad Bunuh Diri Dengan Berbogel


Mengikrarkan cinta sehidup semati, sepasang kekasih di China nekat bunuh diri, mati bersama-sama. Dengan cara terjun dari jambatan tanpa mengenakan busana alias telanjang.

Aksi mereka membuat heboh warga yang melintas di jalan Kota Guangzhou Guangdong, China. Keadaan jambatan seketika menjadi ramai. Para pengendara yang melintas banyak yang berhenti untuk menonton aksi sejoli tersebut. Jalanan pun menjadi sesak.

Beberapa warga yang berhenti cuba mendekati untuk memujuk pasangan tersebut, agar menghentikan aksi bunuh diri. Namun sepasang kekasih itu kukuh menolak. Mereka berkata, hubungan mereka tidak direstui orang tua dan mendeklarasikan cinta sejati mereka.


"Orang tua kami tidak setuju menyetujui hubungan kami. Itu sangat menyakitkan bagi kami. Padahal, kami selalu ingin bersama. Ini sebagai bukti kepada semua orang bahwa kami akan selalu bersama dalam situasi apapun," teriak mereka, saat dibujuk warga, seperti dikutip Orange.co.uk, 21 Februari 2013.

Mereka tidak menghiraukan ajakan warga. Suasana pun semakin tegang, saat dua sejoli mulai cuba terjun dari jambatan setinggi 30 kaki atau 9 meter itu. Tak lama, polis tiba di lokasi untuk memujuk pasangan tersebut.

Beruntung, sepasang kekasih akhirnya luluh. Mereka menghentikan aksinya di tengah kerumunan para warga. "Kami terus memujuknya. Evakuasi sempat terhambat kerana angin cukup kencang. Akhirnya mereka mahu. Keduanya langsung diberi selimut kerana kedinginan," kata juru bicara kepolisian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...