Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday, 13 April 2013

Isu Video Seks Stopa Ali: Hadi Akan Lakukan Sembahyang Hajat Khas Sendirian !!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan mengadakan solat Hajat khas secara sendirian dalam masa terdekat bagi memohon petunjuk ALLAH SWT berhubung isu video seks yang dikaitkan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali.

Beliau turut kesal dengan amalan politik fitnah sebagai kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kerana rakyat perlu ditampilkan dengan pilihan politik sihat serta hujah-hujah politik rasional.

Beliau akan memohon kepada Allah supaya memberi petunjuk kepada pemfitnah atau kepada Stopa Ali jika beliau benar-benar melakukannya.

Menolak keras budaya buruk itu, Abdul Hadi berkata, perkara seumpama itu bukan sahaja tidak elok dan juga berdosa, malah bukan salah satu cara yang diajarkan dalam Islam.

Sebelum ini semasa PRK Permatang Pasir pada tahun 2010 Haji Hadi pernah meminta jentera Pas agar mendedahkan aib calon Barisan Nasional supaya rakyat mengetahui keadaan sebenar pemimpin yang mereka akan undi.

Kini bila kena pada batang hidung sendiri lagu Haji Hadi berbunyi lain pula dan fatwa sesatnya pun sudah berbunyi lain.

Batu Gajah bakal jadi 'Bandar Lokomotif' !!




Batu Gajah yang wujud sekitar tahun 1870an sebagai sebuah perkampungan besar di pinggir Sungai Kinta kini berubah wajah menjadi tumpuan sektor perindustrian, perniagaan serta perkhidmatan swasta dan kerajaan.

Bandar yang suatu ketika dulu berkait rapat dengan industri bijih timah, sedang berkembang secara berperingkat-peringkat ketika ini dan menjadi tumpuan pelabur termasuk dalam sektor pengangkutan.

Kini, ledakan teknologi dalam sektor pengangkutan akan menjadikan Batu Gajah sebagai 'Bandar Kereta Api' dalam tempoh tujuh tahun lagi sekaligus menjadikan Malaysia sebagai hab industri rel di rantau ASEAN.

Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah Datuk Jamry Sury berkata pembangunan infrastruktur kereta api yang bernilai tinggi dan moden telah bermula dengan kehadiran syarikat gergasi lokomotif dari China yang akan membangunkan kemudahan membina lokomotif dan rel.

"Kejayaan kerajaan Persekutuan membawa masuk pelaburan yang besar ini juga merupakan kejayaan mereka dalam merealisasikan agenda pembangunan negara," katanya.

Projek bernilai besar ini juga akan membantu proses transformasi Batu Gajah mengikut peredaran zaman yang mana pada peringkat awal kegiatan ekonomi hanya berkait rapat dengan perlombongan bijih timah pada penghujung 1800-an.

Majlis pecah tanah projek syarikat China South Locomotive & Rolling Stock Corp Ltd di atas tapak seluas 16.8 hektar dengan pelaburan fasa pertama bernilai RM400 juta itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Selasa lepas.

Fasa kedua projek berkenaan dijangka melibatkan pembangunan enjin lokomotif dan rel pada masa depan.

Jamry berkata aktiviti perniagaan lokomotif dan rel dijangka terus berkembang mulai tahun depan dengan penghasilan produk-produk untuk dipasarkan di dalam dan luar negara.

Setakat ini, Batu Gajah telah mempunyai dua komponen yang menyokong bandar ini sebagai 'Bandar Kereta Api' iaitu kewujudan Akademi Keretapi Malaysia yang telah ditubuhkan sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi swasta, katanya.

Beliau berkata akademi itu menawarkan pelbagai program latihan, pendidikan dan pembangunan untuk pekerja Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.

Di sini juga terdapatnya stesen perkhidmatan KTMB antara bandar yang terletak di Kampung Pisang, Batu Gajah.

Jamry berkata lebih 800 peluang pekerjaan kemahiran teknologi tinggi, bakal ditawarkan kepada penduduk Batu Gajah, Gopeng dan Ulu Kinta apabila kemudahan membina lokomotif dan rel siap pada April tahun depan.

Beliau berkata ini selari dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan konsep pekerjaan berpendapatan tinggi yang mana negara perlu berubah daripada aktiviti ekonomi yang bernilai rendah kepada aktiviti yang bernilai tinggi.

"Saya harap penduduk di kawasan ini akan merebut peluang pekerjaan yang bakal dicipta dengan sentiasa mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan seiring dengan kehendak syarikat berkenaan," katanya.

Jamry berkata projek berkenaan turut memberi manfaat kepada sektor perniagaan dan perkhidmatan seperti pembekal bahan binaan, insuran, runcit, makanan dan syarikat keselamatan.

PANAS BERAPI BEB !!! Mustafa Ali lari dari beri jawapan,tuduh UMNO fitnah.



Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup melemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair. Ketika berucap di satu majlis di markas PAS Kampung Molek di Dungun malam semalam, beliau berkata Umno bertanggungjawab terhadap fitnah melalui media.


 "Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah... saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya. Mustafa berkata beliau menyerahkan kepada dua peguamnya, iaitu Asmuni Awi dan Hanifah Maidin, untuk membawa isu itu ke muka pengadilan.

 Beliau turut menafikan telah meletak jawatan selepas isu penyebaran gambar dan video seks terbaru yang didakwa melibatkan pemimpin kanan parti itu. "Saya malas layan kat media ini sebab pelawok (penipu), ada pula antara blog yang kata bahawa saya letak jawatan sebagai setiausaha agung kerana isu video ini.

 "Saya hidup lagi ni, (masih) setiausaha agung PAS lagi. Tidak jadi kudis gatal pun dengan perkara itu. Saya dah faham surat khabar," katanya. Dalam pada itu, Mustafa cuba mengelak daripada berdepan pihak media selepas majlis selesai, sebaliknya berkata "sudah-sudah saya dah beritahu, saya tak nak cakap apa-apa, saya dah serah kepada peguam, itu saja dan tidak berbaloi kalau saya bagi komen." Selepas itu, Mustafa masuk ke dalam kenderaannya dan beredar.

Fitnah GIler Beb !!! Spender Stopa Ali Jadi Roti Canai Kah Kah Kah



Hanya orang bodoh sahaja yang akan percaya gambar yang diedit oleh pecacai-pecaci angkat najis pakatan haram. Demi untuk berkuasa mereka sanggup buat apa sahaja walaupun benda haram sekalipun.

Tetapi kalau dalam ceramah di kampung-kampung mereka akan berkata Pas akan membangunkan negara Islam dan akan melaksanakan hukum hudud, oleh itu orang kampung terus terpegun sehingga sanggup berbaring atas jalanraya demi mempertahankan spender Stopa.

Tapi lihatlah jika perkara haram pun mereka mahu pertahankan bagaimana mereka mahu membela Agama Islam.

Diingatkan kepada pengundi Pas dalam N43 Dun Sungai Rapat yang berhasrat untuk mengundi Pas fikirkan kembali jika mahu benda yang haram berleluasa dalam Dun Sungai Rapat undilah PAS (Parti Ajaran Sesat).

"Ingat Pas, Ingat Spender Stopa Ali

Apa Nih !!! Adik Beradik Gaduh Kerana Motif Politik !!!


Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin pada PRU iniBALIK PULAU - Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum kali ini.
    
Katanya beliau yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan selama ini beliau mampu mengalahkan Azmin baik di kawasan parlimen mahupun dewan undangan negeri yang ditandingi abangnya itu.
    
"Tetapi ini semua bergantung kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno. Saya yakin Azmin akan tersungkur kerana sebagai ahli keluarga saya tahu kelemahan beliau," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah 'bongkar', di Kampung Sungai Pinang, di sini malam tadi.
     
Pada masa yang sama Ummi berkata beliau akan terus menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penjelasan kepada rakyat mengenai isu berkaitan Azmin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    
"Apa yang saya lakukan ini bukan kerja main-main kerana rakyat harus disedarkan supaya tidak tersalah memilih dalam pilihan raya nanti," katanya. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...