Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday, 26 May 2013

KJ BUAT GILA KE APA NIH!!! MENTERI BELIA DAN SUKAN LANGGAR MAT REMPIT !!!



Malam ketiga Festival Belia Putrajaya 2013 gempar dengan bunyi motosikal yang menyertai pertandingan Drag Race yang berlangsung di belakang Istana Kehakiman Putrajaya. Perlumbaan yang bermula sejak siang hari ketiga festival ini berlangsung, pada malamnya telah dilancarkan secara rasmi oleh YB. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Perjumbaan yang terbagi kepada beberapa kategori seperti 4 stroke, 2 stroke dan Terbuka ternyata menarik minat anak muda yang gemar dengan sukan lumba motorsikal. Drag Race ini adalah perlumbaan motorsikal yang mengunakan trek lurus dan kiraan masa bagi menentukan pemenang bagi setiap perlumbaan.

Pada malam perlancaran ini YB Khary Jamaluddin yang datang bersama isterinya Puan Nori Tun Abdullah turut melepaskan pelumba dan baca seterusnya...

PANAS DAN GEMPAR !!! RONNIE LIU HADIR FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA UNTUK UBAT HATI YANG LUKA....???




Kelibat bekas exco Pakatan Selangor, Ronnie Liu di Festival Belia Putrajaya 2013 telah menimbulkan banyak persoalan. Ramai yang berpendapat, Ronnie Liu hadir hanyalah semata-mata untuk memberikan sokongan kepada program anjuran kerajaan.

Ada juga yang berpandangan sinis bahawa kehadiran orang kuat DAP Selangor itu hanyalah semata-mata kerana mahu melepaskan rindu dendam akibat dari kegagalan Pakatan menawan Putrajaya.

Namun yang paling melucukan, ada juga yang beranggapan bahawa Ronnie Liu hadir ke Festival Belia Putrajaya ini adalah diatas jemputan Menteri Belia dan Sukan yang baru iaitu Khairy Jamaluddin.

Walau apapun pandangan yang dilemparkan terhadap kehadiran wakil DAP di Festival anjuran Kerajaan ini, ia sebenarnya membuktikan bahawa Festival Belia Putrajaya 2013 telah berjaya menarik minat pelbagai pihak.

Ronnie Liu sendiri tanpa segan silu meramaikan program kerajaan.., itu belum lagi dikira penyokong Pakatan yang hadir tanpa sebarang lambang parti..

Apapun.., Festival Belia Putrajaya 2013 harus disokong kerana ia adalah untuk generasi masa depan Malaysia.

Saturday, 25 May 2013

ASTAGHFIRULLAH!! REMAJA 15 TAHUN RELA "DIJAMAH" 6 LELAKI, BAPA DAKWA DIROGOL!!

IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun merelakan tubuhnya 'diratah' sekumpulan enam lelaki dalam kejadian yang berlaku di Taman Pancaran Siputih, Pusing, dekat sini, antara Isnin dan Selasa lalu.

Pelajar sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai, di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam orang lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.


Ketua Polis Daerah Baru Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.

Menurutnya, mengikut laporan, bapa mangsa menerima panggilan telefon daripada kakaknya pada pagi itu memaklumkan anak perempuannya tidak pulang ke rumah selepas keluar awal pagi 28 Januari lalu.

Katanya, menurut pekerja swasta berusia 44 tahun itu, dia yang bimbang akan keselamatan anak perempuannya, bertindak mencari di sekitar kampung.

“Bagaimanapun, mangsa pulang ke rumah lebih kurang jam 7 malam hari yang sama dan kemudian menceritakan kepada bapanya yang dia telah melakukan hubungan seks dengan dua lelaki di sebuah rumah di Pusing.

“Selepas mendengar cerita tersebut, bapa mangsa membawa anak perempuannya itu membuat laporan berhubung kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Shaharon berkata, siasatan awal mendapati mangsa menyelinap keluar dari rumahnya di Kampung Kepayang, di sini kira-kira jam 1 pagi pada Isnin lalu dan mengikuti salah seorang suspek yang membawanya ke sebuah rumah di Taman Siputih Pancaran, Pusing.

“Mengikut keterangan mangsa, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara rela tanpa paksaan secara bergilir-gilir dengan enam orang suspek antara jam 11 malam sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya,” ujarnya.

Berikutan itu, beliau berkata, anggotanya menjejaki keenam-enam suspek dan tangkapan pertama dilakukan ke atas lima lelaki berusia antara 20 hingga 24 tahun di sebuah rumah di Taman Siputih, Pusing pada jam 1.30 pagi 29 Januari lalu.

“Sewaktu serbuan dijalankan ke rumah terbabit kesemua suspek didapati sedang tidur. Empat daripada suspek berasal dari Siputih manakala seorang lagi dari Ipoh.

“Seorang lagi suspek ditahan pada jam 8.13 malam di rumahnya di Siputih pada hari yang sama. Kesemua suspek bekerja sebagai operator pengeluaran kilang dan buruh kasar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta sebat.

“Mangsa kini ditempatkan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

“Kami percaya kes ini dianggap selesai dengan tertangkapnya keenam-enam suspek terbabit,” katanya.

- SUMBER

TERBARU !!! AIR ASIA HINA JEMAAH UMRAH DENGAN...

Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan ‘sebab komersial’.

Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.

”Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.

”Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah ‘sebab komersial’, tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.

”Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,” katanya.

Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.

“Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam,” katanya.

Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.

”Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.

”Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,” katanya.

- SUMBER

TERKINI !!! MALAYSIA AKAN DISERANG AMERIKA ???


Ya Allah jika betul apa yang diberitakan ini, pastinya Malaysia akan kena juga tempias Arab Srping. Semuga Malaysia dilindungi Allah jua. Amiinn.


AMERIKA SEDANG BERSIAP SEDIA GULINGKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL MALAYSIA MELALUI KEKERASAN JALAN RAYA WALAU PUN SELEPAS PRU 13 UNTUK DIGANTIKAN DENGAN PROXY AMERIKA, PAKATAN RAKYAT!!!
===================

Media THAILAND,ALTERNATIVE THAI NEWS NETWORK (AltThaiNews) melaporkan Amerika Syarikat sedang bersiap sedia (preparing) menggulingkan kerajaan BN Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan PR dalam rangka strategi Amerika mengepung China, walaupun selepas PRU 13.

AltThaiNews berkata bahawa ancaman ADAM ADLI HALIM, HARIS IBRAHIM, TIAN CHUA, CIKGU BARD dan lain2 aktivis dan NGO anti-BN untuk menggulingkan kerajaan BN secara vKEKERASAN adalah didalangi oleh AMERIKA SYARIKAT!

Ancaman menggulingkan kerajaan Malaysia di jalan2 raya yang dibuat oleh ADAM ADLI HALIM, HARIS IBRAHIM, TIAN CHUA, CIKGU BARD (BDRUL HISHAM SHARIN) adalah diatur oleh Amerika Syarikat..

Ini dilaporkan oleh media Thailand, AlThaiNews (Alternative Thai News Network).

Menggulingkan kerajaan BN Malaysia sangat penting bagi Amerika Syarikat dalam STRATEGI MENGEPUNG CHINA YANG SEDANG DIATUR AMERIKA.

Malaysia berada di lokasi strategik dalam konflik Amerika-China. 

Malaysia meminggiri Selat Melaka dan Laut China Selatan, dua laluan laut yang sangat penting dan perlu dikuasai Amerika bagi mengepung China serta menghadapai perang dengan China di masa depan. 

UNTUK KUASAI SELAT MELAKA DAN LAUT CHINA SELATAN, AMERIKA PERLU KUASAI MALAYSIA SECARA PROXY. 

AMERIKA DAH AMBIL KEPUTUSAN ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN RAKYAT MESTI MEMERINTAH MALAYSIA NO MATTER WHAT!

Maka setelah PRU 13, Amerika meneruskan usaha menggulingkan kerajaan BN melalui rusuhan jalanan yang akan dilakukan oleh NGO2 Malaysia yang dibiayai Amerika seperti Bersih 2.0, SUARAM dan lain2 lagi.

Semua ini dilaporkan oleh MEDIA THAILAND ini, Alternative Thai News Network.

Masih ingat LAHAD DATU, SABAH DAN KIRAM? Semuanya ada kaitan dengan rancangan PR dan Amerika gulingkan kerajaan BN Malaysia!

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=422928134472048&set=p.422928134472048&type=1&ref=nf

BACA LAGI DI PAPAGEGE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...