Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 10 January 2013

GAMBAR TERBARU NEELOFA SEKSI MELAMPAU


Perghhh!!! Tersentap jantung gua beb bila tengok gambar Neelofa yang seksi terlampau dalam Instagram tu.. Nasib baik bukan bulan puasa, kalau tak dah tentu batal puasa gua..

Gua dapat gambar ni dalam sebuah forum.. Kata dorang, gambar Neelofa tu diambil dalam Instagram.. Tapi gua nampak macam ada benda yang tak kena je dengan gambar diatas tu beb..

Walaupun selama ni Neelofa memang selalu berpakaian seksi, tapi gua tak percaya Neelofa sanggup beraksi terlampau sampai macam dalam gambar tu..

Dan setelah gua buat 'siasatan'.., rupanya gambar Neelofa tersebut telah diphotoshop oleh individu-individu yang tak bertanggungjawab..

Korang tengoklah sendiri gambar sebenar dibawah ni.. Entah awek korea mana punya gambar yang dorang cilok beb...

Tak pasal-pasal je beliau 'difitnah' didalam forum tersebut tanpa pengetahuannya sendiri..

Read more: http://wancikgumuzik.blogspot.com/2012/09/gambar-terbaru-neelofa-seksi-melampau.html#ixzz2HX2NKDmj




[xklusif] Mengucap satu jalan pintas kaut untung !!! Aduhai dunia-dunia .

pix_topright

Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.

Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.

Foto


WANITA terbabit bersama dua anak perempuannya.


Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.

HMETRO


Budak Merana, Kakinya Tersepit Kulitnya Disiat Di Eskalator



JOHOR BAHRU  –  “Mama, papa, kaki Fathur tersepit ni!“ jerit seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang patah tulang jari kaki kirinya manakala kulit bahagian berkenaan tersiat selepas tersepit di eskalator sebuah pasar raya di Kota Tinggi, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, mangsa, Muhamad Fathur Rahman Fadhel tersepit kakinya ketika menuruni eskalator terbabit bersama ibu bapa dan adik perempuannya berusia lima tahun. Lebih mengerikan, bapanya, Fadhel Ahmad, 32, terpaksa menarik kaki mangsa yang juga anak sulung daripada dua beradik bagi menyelamatkannya.

Menceritakan detik cemas itu, ibu mangsa, Nor Fadilah Anuar, 32, berkata, ketika kejadian, mereka sekeluarga ke pasar raya terbabit untuk menghantar stok bekalan makanan yang diletakkan di sebuah kedai di situ.

“Selepas selesai menghantar stok makanan, kami berempat menuruni aras satu pasar raya berkenaan sebelum Fathur tiba-tiba menjerit sekuat hati mengatakan kakinya tersepit.

“Kami panik sebelum suami memberanikan diri menarik kaki kiri Fathur yang tersepit itu,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan, di sini, semalam.

Menurut Nor Fadilah, dia semakin panik selepas ternampak tulang selain kulit kaki anaknya tersiat.
Katanya, ketika itu, dia melihat Muhamad Fathur Rahman yang juga murid Sekolah Kebangsaan Pasak, Kota Tinggi menahan kesakitan sebelum dibawa ke Hospital Kota Tinggi (HKT).

“Kakitangan HKT mendapati kaki Fathur patah menyebabkan dia dirujuk ke HSI untuk dibedah.
“Saya dan keluarga berjumpa dengan pengurusan pasar raya terbabit tengah hari semalam bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan kejadian,” katanya.

Menurut Nor Fadilah, ketika kejadian, tiada seorang pun wakil pengurusan pasar raya terbabit yang membantu mereka sekeluarga.

Katanya, lebih mengejutkan, dia dimaklumkan kejadian itu tidak diberitahu kepada pengurusan.
“Ketika kejadian, ada lima pengawal keselamatan berada di luar bangunan pasar raya itu dan tidak logik sekiranya mereka hanya mendiamkan diri serta tidak memaklumkan kejadian kepada pihak atasan.
“Kami sekeluarga berharap keadaan Fathur bertambah baik selepas pembedahan dilakukan malam tadi,” katanya.

Menurut Nor Fadilah, kejadian itu memberi tamparan hebat buatnya serta suami dan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini bagi mengelak kejadian sama berulang.

Wakil pengurusan pasar raya itu ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah melawat Muhamad Fathur Rahman di HSI untuk melihat sendiri keadaan kanak-kanak berkenaan.

“Ada sedikit salah faham berkaitan kejadian ini dan kami akan berbincang dengan keluarga kanak-kanak itu bagi mencari penyelesaian,” katanya enggan mengulas lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian.  – Harian Metro

mudah diperdaya Ajaran Sesat Panji Langit!!!


70 terpedaya ajaran sesat Panji Langit
banglo tmpat kegiatan
BANDARAYA MELAKA - Seorang bomoh yang mengaku dirinya perantara malaikat Jibrail berjaya memperdaya 70 pesakit yang datang berubat dengan mengikuti ajaran sesat dikenali sebagai Panji Langit.

Bomoh berusia 46 tahun yang juga mendakwa dia boleh mentafsir dosa pesakitnya itu dikatakan turut berjaya mempengaruhi seorang imam di Melaka Tengah untuk menjadi pengikutnya sejak penyebaran ajaran itu setahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani berkata, sejak mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut, pihaknya telah mula memantau kegiatan lelaki yang berasal dari Muar, Johor itu.

“Ajaran Panji Langit difatwakan sebagai ajaran sesat pada 4 Disember tahun lalu selepas dibawa ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.

“Ajaran dibawa bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu mengaku sebagai perantara kepada malaikat Jibrail, selain berupaya mentafsir dosa-dosa pesakitnya,” katanya.

Rahimin berkata, pengikut ajaran Panji Langit juga diminta beriman kepadanya selain mengaku dirinya sebagai utusan untuk menghapuskan dajal dan juga pemegang takbir pembinasa dajal.

“Dia yang mengaku dirinya sempurna, mendakwa imam dan ustaz sedia ada tidak boleh dipercayai dan meminta pengikutnya supaya beriman kepadanya.

“Dia juga mengaku sebagai peringatan terakhir kepada alam ini dan hari kiamat berlaku pada 21 Disember 2012,” katanya.

SETERUSNYA

HIBURAN :PENANGAN 5 JEJAKA !!!

One Direction semakin digilai

Sememangnya populariti yang dimiliki kumpulan ini memberi impak terhadap karier nyanyian mereka yang boleh dikatakan masih setahun jagung. Menariknya, perjalanan karier nyanyian mereka dilihat begitu memberangsangkan apabila ke semua anggota bersepakat menandatangani kontrak bernilai kira-kira RM9.72 juta bersama syarikat rakaman milik penerbit The X Factor, Simon Cowell iaitu Syco Music.

Menurut sumber Dalam sekelip mata, menerusi album pertama Up All Night, kumpulan ini berjaya mencipta nama mereka di seluruh dunia. Lagu popular, What Makes You Beautiful antara pencapaian terbaik mereka sepanjang melibatkan diri dalam industri nyanyian.

Malah lagu tersebut berjaya berada di tangga teratas beberapa carta lagu di peringkat antarabangsa antaranya Billboard Hot 100 dan UK Singles Chart. Tidak hanya itu, lagu hit itu juga turut diangkat sebagai video pop terbaik dalam majlis penganugerahan  MTV Video Music Awards mengalahkan penyanyi popular seperti Rihanna dan Justin Bieber.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...