Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday, 7 February 2013

Abby Ada scandal dengan Bekas KP UMNO?Siapa?


Gua baru dapat print screen yang dihantar oleh sahabat gua pasal tweet bekas MB Perak yang gile kuasa kat Abby.

Dalam tweetnya bekas MB Perak yang giler kuasa ni memuji bekas pelakon yang giler glamour nie pasal sorang bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa naik ke pentas bersama pelakon giler glamour ni pasal apa dia meninggalkan UMNO sewaktu pelakon giler glamour nie berceramah kat Kg. Jong, Karunai Gerik Perak.

Persoalan gua adalah, siapakah gerangan bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa seperti yang dimaksudkan bekas MB giler kuasa tu maksudkan. Jika pembaca ada jawapannya boleh ler kongsikan dengan gua.

Kalo korang tau apa yang bekas Ketua Pemuda UMNO kecewa tu cakap kenapa dia meninggalkan UMNO, boleh kita kongsi maklumat nie. Gua rasa mamat bekas Ketua Pemuda kecewa dia tak dapat projek kot.

Sumber dari: aktivis pendang jr blogspot

Penerima BR1M sokong BN terus memerintah



Seramai 1200 penduduk di kawasan Pengkalan Barat dan Kampung Pengkalan Pegoh berterima kasih kepada YAB Dato Seri Mohd Najib  kerana memberikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) kepada mereka. Dengan bantuan ini dapatlah mereka membelanjakan untuk keperluan keluarga.

 Antaranya penerima BR1M di Kampung Pengkalan Pegoh ialah En Yahya b. Ahmad berumur 60 tahun seorang pemandu kereta sewa. Beliau mengucapkan syukur kepada Allah SWT dengan bantuan yang diterima ini dan dapatlah beliau membeli keprluan keluarga

Penerima seterusnya daripada Taman Seri Sayang, iaitu En Amiruddin Bin Abdullah 68 tahun, seorang pengawal keselamatan. Beliau berharap pengundi yang ingin menukarkan kerajaan berfikir semula kerana hanya kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional sahajalah yang mampu menepati kehendak rakyat. "Saya dan 7 orang anak-anak saya akan tetap mengundi UMNO/BN dulu kini dan selamanya', kata En Amiruddin.

Artikel Penuh Sg Rapat

MB Kedah Bagi respon setelah bersama Program Bn


ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.

Malah beberapa blog tempatan ‘menyerang’ Azizan sehingga menimbulkan spekulasi konon Azizan bakal menjadi mangsa selepas bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, gara-gara tindakan Pas Pusat yang dilihat mengambil tindakan terhadap mana-mana pemimpin parti yang menjalin hubungan mesra dengan pemimpin BN.

Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.
Azizan ketika dihubungi bagaimanapun tidak melatah, sebaliknya menyifatkan perkara itu tidak wajar dipolitikkan kerana ia isu sejagat.

“Itu pemikiran cetek, saya sokong program gotong-royong itu, bukan sokong perjuangan parti politik selaku penganjur program itu,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menyambut baik program anjuran kerajaan pusat itu kerana amalan gotong royong perdana seperti itu sudah lama diamalkan di Kedah.

“Polisi kerajaan negeri itu sama dengan agenda program anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, ia bukan satu kesalahan. Lagi pun saya hadir sebagai ketua kerajaan setelah dijemput oleh penganjur,” katanya.

Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah mendahului kerajaan BN (Pusat) dalam memperkenalkan program seumpama itu kerana program gotong-royong adalah sebahagian dasar kerajaan yang diperkenalkan pada 2008.

“Saya sekadar mahu menggalakkan belia dan masyarakat sertai program gotong royong kerana banyak manfaatnya. Saya cuma menggalakkan usaha baik seperti itu di Kedah,” katanya.
Menurutnya, ia bukan suatu isu dan kehadiran beliau ke program terbabit tidak wajar dipolitikkan.

“Ini isu alam sekitar bersifat universal melangkaui sempadan politik, tidak timbul.SH

Ustaz Nasha Memperjelaskan Tentang Perpaduan Antara PAS Dan UMNO Yang Di Pertanggungjawapakan Oleh Majlis Syura


Dalam kenyataan Ustaz Nasha, pada 24 April 2008. Majlis Syura Ulama PAS telah bersidang dan memberi tanggungjawap kepada Tiga orang pemimpin kanan PAS iaitu Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung parti PAS untuk mencari titik pertemuan dengan UMNO bagi membincangkan permasalahan dan masa depan bangsa Melayu dan Islam di dalam menghadapi senario politik yang mencabar.

Melalui kenyataan yang di berikan Ustaz Nasha, ternyata usaha murni itu sememangnya ada tentangan dari sesetenggah pihak dalam PAS.

Apakah golongan yang menentang kewujudan perpaduan di antara PAS dan UMNO merupakan golongan parasit dalam PAS yang kini di lihat di angkat sebagai pemimpin dalam PAS ?

Apakah ini semua pecaturan dari Anwar Ibrahim dalam PAS supaya PAS tidak keluar dari Pakatan haram ?


SUMBER:UNIT MEDIA KEDAH

Penyampaian cenderahati Semperna CNY di MDBG


Lebih kurang jam 12:50 tengah hari tadi,warga penjawat awam berkumpul beramai-ramai didalam auditorium Majlis Daerah bersemperna dengan majlis penyampaian Cenderahati Semperna CNY 2013 oleh ahli Majlis Mrs.Jennifer Leung merangkap Ketua PPP Batu Gajah.

Mrs.Jennifer Leung diberi peluang untuk berucap,dalam ucapannya beliau ada mengajak warga Majlis Daerah Batu Gajah(MDBG) ke Majlis Sambutan  Tahun Baru China di perkarangan rumah Menteri Besar Perak pada hari Ahad Ini.

Cenderahati yang disampaikan oleh beliau datangnya dari pada pejabat Perdana Menteri sendiri.Anak Jati sempat menemu ramah beliau .Beliau menegaskan PPP Batu Gajah sudah bersiap sedia menggerakkan seluruh jentera PRU untuk menghadapi pilihanraya di PRU 13 ini.Beliau juga ada menyatakan PPP Batu Gajah ada menghantar nama-nama yang dicadangkan untuk bertanding PRU 13.

Turut Hadir ke Majlis Ini adalah Dato Jumry selaku Yang DiPertua MDBG dan wakil Daripada BN DUN Tronoh.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...