Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Wednesday, 6 August 2014

ANWAR IBRAHIM PANAS PONGGONG MEROYAN TERGILAKAN JAWATAN MB SELANGOR????

SHAH ALAM - PR sudah bersedia menghadapi pilihan raya mengejut negeri jika ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika pilihan raya terpaksa diadakan, PR sudah bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong PR.

"Rakyat perlu diyakinkan. Jika keputusan sukar perlu dibuat, ia akan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.

"Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil...kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik," katanya.

Beliau berkata, persefahaman mengenai hak lantikan Menteri Besar Selangor telah wujud dalam kalangan pimpinan PR.

"Situasi ini sama. PKR juga pernah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri dan persefahaman ini wajib dipatuhi.

"Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan segelintir pimpinan kecil PR yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas dan mereka ini perlu dikenakan tindakan disiplin," katanya.

Bagaimanapun Anwar tetap yakin, isu Menteri Besar Selangor ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik sesuai dengan semangat PR.

"(Isu ini) sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya atau pilihan raya.

Wednesday, 9 July 2014

BALAI POLIS DIKEPONG ???

IPOH- Bertindak atas dasar tidak puas hati diatas kemalangan yang berlaku melibatkan kematian,sekumpulan lelaki bertindak berkumpul dan mengepung sebuah rumah di Flat Kacang Puteh Buntong .

Menurut sumber,bertindak atas Atas laporan yang diterima Polis bergegas ke tempat kejadian dan menahan kesemua mereka yang mengepung dan berkumpul di Flat berkenaan.Namun situasi sebaliknya berlaku apabila hampir 100 orang mula berkumpul dan mengepung Balai Polis Kampung Baru Buntong, menuntut pihak polis membebaskan mereka yang ditahan.
Sehingga waktu ini situasi panas dihadapan Balai Polis berkenaan belum dapat dipastikan keadaannya.
Berita lanjut menyusul - THEFLYINGKICK

Wednesday, 2 July 2014

ADIK AZMIN ALI DISAHKAN MENGHIDAPKAN PENYAKIT MENTAL ???



Heh!!! Malunya la ada adik perangai Hodoh macam ni. Yang Si Abang bukan main lagi mengutuk orang kata 'Perangai Hodoh' kat dalam sidang Parlimen.

Yang Si Adik pulak, tunjuk 'Perangai Hodoh' bila mengutuk orang sesuka hati dalam laman media sosial sambil menghina peniaga di Bazar Ramadhan.

Punya 'Hodoh Perangai' Si Adik Ahli Parlimen ni, sampai tahap disamakan masakan peniaga di Bazar Ramadhan tu dengan sampah. Itu lah hasil didikan Si Abang pada Adik dia.

Baca Lagi Di Semut Hitam

AHLII PAS MENDAKWA "mesyuarat Pas tidak ikut perlembagaan"???

AbdullahYAN - Bekas ahli Pas Kawasan Jerai yang dipecat pada tahun 2013 mendakwa hampir 50 peratus mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di situ tidak sah.

Abdullah Hashim, 49, berkata, perkara itu berlaku apabila mesyuarat agung berkenaan kebanyakannya tidak melibatkan ahli, sebaliknya hanya dihadiri penyokong parti.

Beliau berkata, tindakan itu adalah menyalahi perlembagaan parti dan tidak boleh diterima.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat seluruh mesyuarat agung tahunan Pas cawangan di negeri ini.

“Saya menasihatkan kepada semua pimpinan Pas Kawasan Jerai supaya buat kerja ikut perlembagaan parti dan peraturan ditetapkan.

“Jangan sampai kegiatan pembohongan mereka itu terbongkar,” katanya.

Menurutnya, Pas perlu menangani perkara itu lebih awal supaya peristiwa pengharaman Umno pada tahun 1988 tidak berlaku kepada Pas.

“Berdasarkan perlembagaan parti, setiap cawangan yang nak bermesyuarat mestilah melibatkan ahli-ahlinya. Kehadiran itu juga mestilah bergantung kepada kuota ahli cawangan masing-masing.

“Tetapi saya dimaklumkan, ada perancangan tertentu yang nak melaksanakan mesyuarat itu tanpa kehadiran ahli dan juga hanya dibuat atas kertas,” katanya.

Sementara itu, pemangku Yang Dipertua Pas Kawasan Jerai, Azizan Talib menafikan dakwaan tersebut.

Beliau berkata, perkara tersebut tidak pernah berlaku kepada mana-mana cawangan di situ.

“Kebiasaannya, setiap mesyuarat agung tahunan hanya akan dihadiri oleh ahli yang aktif dan penyokong parti.

“Ini sudah menjadi kebiasaan. Malah, kehadiran satu pertiga ahli pada mesyuarat tersebut sudah memadai,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut dan akan melakukan siasatan.

“Kita akan selidik perkara ini dan kenal pasti Cawangan mana yang tidak dihadiri oleh ahli. Sekiranya ada, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya.

Tuesday, 1 July 2014

PANAS !!! BLOGGER PERAK PRO BN BERGADUH LAGI ???

Setiap Kali Pilihanraya Barulah wujudnya kumpulan-kumpulan bloggers yang acapkali membantu kemenangan Pilihanraya Umum . Umum mengakui medan sosial merupakan satu platform untuk menyebarkan dakyah yang dibawa dan diperkenalkan kerajaan .

Hari ini Anak Jati Malaya ingin mengambil kesempatan untuk menulis sedikit rencana berkenaan kemana hala tuju para bloggers Pro BN Negeri Perak khususnya .

PRU 13 merupakan satu lipatan sejarah , semua sedia maklum pertembungan antara kerajaan BN dan Pakatan Rakyat memang amat merisaukan , kebanyakkan dari kita menyedari dakyah dan ideologi yg diterapkan oleh RBA khususnya memang memberi kesan kepada jumlah undi di PRU 13 yg lalu .

TEAM MEDIA PERAKBerbalik kepada tajuk diatas , Anak Jati Malaya Sambil duduk tiba-tiba terfikir kemana Perginya Para Pejuang Cyber khususnya para Blogger Perak Cyber Troopers yang diketuai sendiri oleh SekupangDua Anak Pak Ya , Kemana Perginya Team Bloggers Team Media Perak yang dinaungi Tun Faisal sewaktu beliau menjadi Exco Pemuda. 

PERAK CYBER TROOPERS

Untuk pengetahuan semua, Perak memang banyak kumpulan bloggers , dengan PCTnya , Dengan Team Media Peraknya dan Lain- lain  lagi . Yang merisaukan teman sehingga ini , jurang perpecahan antara bloggers kian ketara apabila wujudnya kumpulan- kumpulan bloggers.

Lebih merisaukan teman jika wujud banyak kumpulan bloggers ini , sudah pasti memisahkan lagi jurang antara blogger, tembak menembak sana- sini . Bersatu lah wahai Bloggers Negeri Perak . Teman merayu sesangat pada semua .

Bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...