Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 22 November 2012

~Gencatan Senjata telah dicapai!!!!~


Alhamdulillah.

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah... Antara syarat gencatan senjata ialah: 

1: Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.

2: Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3-Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.

3-Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.

4-Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir yang digeruni Yahudi Laknatullah tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...!!!

Sumber:
Berita Al-Jazeera
Alhamdulillah.

Persetujuan untuk memulakan Gencatan Senjata telah dicapai antara Rejim Zionis Laknatullah & Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah... Antara syarat gencatan senjata ialah:

1: Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.

2: Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan.

3-Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.

3-Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24 jam genjata berlangsung.

4-Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Diharap Dr. Muhammad Mursi selaku Presiden baru Mesir yang digeruni Yahudi Laknatullah tidak akan berlembut dengan Yahudi Laknatullah sekiranya pihak Yahudi Laknatullah melanggar perjanjian Gencatan Senjata yang telah dipersetujui.

Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar...!!!

Sumber:
Berita Al-Jazeera

~FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2013 SUDAH HAMPIR...MOH KOME WEI!!!~

KONPOM BEST GILER KAN...HEHEH


Teman teruja dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan mengatakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.  Sumbangan daripada sektor korporat dan swasta telah melimpah ruah nak bantu KBS menjalankan aktiviti-aktiviti anak muda Malaysia.  Teman berbangga sebab sektor korporat dan swasta tidak lupa menyumbangkan sedikit keuntungan bagi membangunkan modal insan khusunya untuk anak-anak muda Malaysia seperti tahun lepas.  Teman ghase geng-geng Pakatan Rakyat nak cari modal untuk spin isu ini macam-macam cagher.  Biasa la deme ni, ada aje yang tak puashati.  Deme ini sememangnya apa yang Kerajaan BN buat, semuanya tak betul.  Yang betulnya deme aje.  Lepas ni teman tak heghan kalau deme, Nik Aziz buat sembahyang hajat dan mendoakan pulak Festival Belia Putrajaya 2013 ini KO.  Sabor aje ler..tunggu kiokk deme ni je baru le deme berenti bercakap.heeeeeee...

KAJANG – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan tajaan berjumlah RM35 juta bagi Festival Belia Putrajaya 2013 sempena Hari Belia Negara pada 23 hingga 26 Mei tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, jumlah tersebut akan melebihi tajaan bagi acara yang sama sebelum ini iaitu RM20 juta.

“Saya percaya jumlahnya akan melebihi tajaan yang diperoleh pada tahun lalu berdasarkan respons yang diterima daripada penaja sehingga kini.

“Sebelum ini untuk mengadakan 500 acara agak sukar tetapi selepas tiga tahun dianjurkan, lebih daripada 500 acara sudah sedia untuk diadakan nanti,” katanya ketika berucap pada Bengkel Kumpulan Kerja Teknikal Bersama Badan Bukan Kerajaan dan Swasta di sini semalam.

Bengkel tersebut turut membincangkan kelemahan dan kekuatan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012 serta langkah untuk menambah baik aktiviti yang akan dilaksanakan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS, Datuk Zaidon Asmuni dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Hari Belia Negara, Mod Nadzri Yaacob.

Ahmad Shabery memberitahu, kementerian tersebut menyasarkan seramai 2.5 juta pengunjung bakal menghadiri acara yang berlangsung selama empat hari tiga malam itu.

Beliau juga memberi cadangan agar diwujudkan satu aplikasi khas bagi telefon pintar untuk acara itu seperti yang digunakan ketika Sukan Olimpik di London tahun ini.

“Sebagai contoh, aplikasi semasa Sukan Olimpik itu memudahkan pengunjung untuk mengetahui acara-acara yang sedang berlangsung dan lokasinya.

“Aplikasi itu nanti akan memudahkan pengunjung kerana mereka boleh mencari maklumat acara dan aktiviti melalui telefon pintar. Sudah tentu aplikasi itu akan memberi tarikan kepada karnival tersebut,” katanya.


KOSMO ONLINE

~APA YANG BERLAKU DI GAZA~

LIHATLAH SEMUA RAKYAT MALAYSIA ,TENGOK APA YANG TELAH BERLAKU DI GAZA...LIHATLAH DAN RENUNG DENGAN MATA HATI..


Inilah nasib malang masyarakat islam! Menjadi mangsa main politik dunia yang sering lebih memihak memberi hak kepada keselamatan Israel.

Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2012/11/video-situasi-peperangan-sebenar-di-gaza.html#ixzz2CrvY8hqD

~Dipenjara kerana rogol gadis OKU~

JOHOR BAHRU – Seorang buruh kasar warganegara Indonesia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan lima sebatan selepas didapati bersalah merogol pelajar terencat akal awal bulan ini di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
 
Hakim, Hassan Abdul Ghani menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Riduan, 27, mengaku bersalah merogol gadis berusia 15 tahun itu di rumahnya di Apartmen Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang kira-kira jam 4.30 petang, 1 November lepas.
 
Menurut fakta kes, mangsa yang tinggal di apartmen yang sama telah diajak tertuduh ke rumahnya ketika gadis itu sedang leka bermain di tingkat bawah blok apartmennya.

Tertuduh telah menarik mangsa secara paksa dan kemudian merogolnya di bilik kediamannya.

Sebelum keluar dari rumah tertuduh, mangsa diugut bunuh sekiranya perbuatannya itu didedahkan kepada orang lain.
 
Bagaimanapun, pada hari yang sama, pada jam 9.09 malam, mangsa memberitahu ibunya yang baru pulang dari kerja dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Pasir Putih.

Hospital Sultanah Aminah mengesahkan mangsa telah dirogol.

~TERSENGIH APA TU BEB!!!HAHA~

Ramai yang tersenyum sendirian bila membaca kenyataan sinis dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyarankan agar Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan dalam senarai sebagai calon Perdana Menteri. 

Menurut Tun Dr. Mahathir, Karpal sebagai orang yang sudah lama berjuang dalam politik tentunya turut mengharapkan jawatan itu sama saja seperti diangan-angankan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 

Sindiran pedas ini tentunya mengundang rasa tidak senang ramai pemimpin PR yang sekarang ini sedang kelam kabut bersilat lidah untuk meredakan isu jawatan Perdana Menteri yang sekarang ini ibarat duri dalam daging kepada kerjasama parti pembangkang dalam gabungan PR. 

Isu jawatan PM mula menjadi polemik umum selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu sepakat untuk mengangkat Presiden mereka sebagai PM, dengan alasan ketokohan dan kredibilitinya jauh lebih baik berbanding Anwar Ibrahim. 

Apa sahaja alasannya, cadangan tersebut jelas bercanggah dengan kesepakatan bersama pemimpin tertinggi PR yang sebelum ini telah menetapkan Anwar sebagai calon PM seandainya pembangkang berjaya menguasai PRU 13. 

Namun demikian, ramai juga ahli dan penyokong PAS yang teruja bila saranan itu ditimbulkan, sedikit sebanyak berjaya mengurangkan rasa rendah diri mereka yang selama ini terkenal dengan jolokan balaci dan keldai tunggangan DAP dan PKR. 

Bagaimanapun tak semua pemimpin PAS berani mengiakan cadangan melantik Hadi sebagai PM, terutama bagi mereka yang sudah sebati sebagai geng Anwarinas rata-ratanya lebih selesa melihat Anwar terus kekal sebagai satu-satunya calon PM bagi PR. 

DAP pula melalui Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng tanpa berselindung tegas menolak sebarang usaha untuk menobatkan Presiden PAS sebagai PM, sebaliknya menyeru pemimpin dan penyokong PAS supaya memegang persetujuan bersama untuk merealisasikan impian Anwar untuk merasai keempukan kerusi PM. 


SUMBER:http://thekl-chronicle.blogspot.com/2012/11/hadi-anwar-berebut-sakan-karpal-singh.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...