Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday, 10 February 2014

WEE KA SIONG BELASAH TERESA KOK?.?

KOTA KINABALU - Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong menasihati Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok supaya memohon maaf berhubung penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang dikaitkan dengan Teresa.
    
Beliau berkata, Teresa harus bersikap lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina.
    
"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.
     
"Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," katanya di sini, malam tadi.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
    
Klip video yang tersebar luas melalui YouTube itu memaparkan Teresa selaku pengacara dan tetamu undangan satu majlis mengeluar kenyataan menyindir kerajaan dan beberapa perkara lain seperti isu keselamatan di Sabah.
    
Dalam pada itu, Ka Siong meminta pihak berkuasa mengambil tindakan adil ke atas pihak yang membuat laporan polis berhubung isu klip video itu termasuk oleh
Teresa sendiri.
    
Beliau berkata, pihak polis perlu menjalankan siasatan dan menentukan tindakan mengikut undang-undang selepas siasatan lengkap dilakukan.
    
"Saya terkilan kalau ada laporan oleh mana-mana pihak, polis harus siasat tidak kira laporan terhadap Teresa Kok atau dari Teresa Kok sendiri. Komen tidak payah siasat itu adalah andaian pilih kasih," katanya.
    
Sementara itu katanya, MCA berpendirian bahawa tawaran beserta ganjaran untuk 'menampar' Teresa berhubung video itu tidak menepati budaya dan melampaui batas
rakyat yang berfikiran rasional di negara ini. - Bernama

Sunday, 9 February 2014

Berita Semasa !!! SITKOM KOMUNIS DI TV2 DIHENTIKAN SEKETIKA,!!!

Rakyat News

KUALA LUMPUR,  - Sitkom 88 Kopitiam yang bersiaran di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) dihentikan sementara bagi menyiasat kesahihan dakwaan pembabitan pelakonnya dalam klip video yang dikatakan mencemar imej negara.

Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata RTM akan memanggil penerbit rancangan berkenaan dalam masa terdekat untuk mengesahkan pembabitan pelakon tersebut.

"Ini untuk memastikan tiada sebarang pihak teraniaya atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas dakwaan yang mengaitkan pelakon sitkom berkenaan dengan video yang menghina imej negara.

alt

Beliau menegaskan, RTM akan mengkaji mana-mana rancangan yang mengaitkan pelakonnya dengan aktiviti yang memburuk-burukkan nama dan imej negara.

"RTM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelakon yang terlibat dengan penerbitan program sedemikian," katanya.
 
alt

Video yang disiarkan melalui media sosial sempena Tahun Baharu Cina itu membabitkan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Sitkom 88 Kopitiam disiarkan menerusi TV2 pada setiap Isnin, pukul 7 malam dan mengetengahkan isi-isu semasa dalam kalangan masyarakat Cina berlatarkan kopitiam dengan konsep komedi bersahaja.

Sumber . RAKYAT NEWS

PANAS !!! SAMBUTAN TAHUN BARU ÇINA PERINGKAT KEBANGSAAN MERIAH TETAPI DIPENUHI DENGAN SABOTAJ!!!



Meriah dan cukup meriah tetapi ada satu yang tak kena di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang diadakan di Taiping semalam , 8.2.2014.

Apa yang Anak Jati Malaya lihat semalam banyak yang kurangnya , yang pertama tentang sabotaj lampu2 di jalan yg sengaja ditutup . Orang ramai yg hadir ketika itu terkejut dengan apa yang berlaku .



Lebih mengecewakan Anak Jati Malaya , ketika waktu YAB PM Ds Najib sedang memberi ucaptama perasmian , tina2 keluar lagu ketika pm sedang berucap . Ketika itu jelas PM terkejut dengan apa yang berlaku semalam .

Dan akhirnya Anak Jati Ingin mengucapkan jutaan tahniah kpd Pm kerana anda telah belajar daripada kesilapan yg lalu , tiada lagi peruntukkan untuk badan 2 yg tidak reti bersyukur . 


Saturday, 8 February 2014

PANAS !! KEPIMPINAN PEMUDA UMNO PERGI BERCUTI HIRAUKAN PILIHANRAYA DUN KAJANG !!


Steady la Kepimpinan Pemuda Umno Malaysia , tahniah dan syabas diucap kan kepada kepimpinan Pemuda Umno Malaysia , hari ini teman begitu bersemangat nak tulis balik apa yg teman rasa betul dan bukan fitnah . Kekekek 

Untuk pengetahuan para pembaca , gambar diatas sebenarnya adalah gambar yg admin ambil sendiri di Jeti sebuah resort . Program retreat kepimpinan Pemuda Umno Malaysia yg diadakan 3 hari bermula dari Jumaat semalam dan berakhir pada hari ahad ini .

Bagi menceritakan apa yg berlaku , teman rasa bertanggungjawab menjawab tuduhan2 liar , yg mengatakan pemuda umno tak buat kerja , hah kome tahu ke apa tujuan deme buat retreat sebegini . Hah tak tahu kan . Jadi yg tak tak tahu tu sila lah rajin2 bertanya .

Ini tidak asyik mengeluarkan statement , kata kepimpinan tak teringinke nak menampo teresa cock tu dr pergi bercutu mcm ni . Haihh manusia , sedar la yop oi . Mereka sebenarnya ada planning la . Bukan sesaja je diorang buat retreat ni , adalah pengisian nya . Utk bukti nya kome boleh tengok screen shoot yg teman bg dibawah ni .




Ni adalah screen shoot dari Facebook saudara Armand Azha yg juga merupakan exco Pemuda Umno Malaysia . 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...