Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 11 June 2013

KUBUR BESAR BUAT UMNO JIKA MASIH TAK SEDO-SEDO !!!

Oleh:Flying Kick:Tidak lama lagi persidangan agung tahunan UMNO pun akan berlangsung. Dan sama seperti tahun-tahun sebelumnya, kita akan mendengar teriakan hebat, laungan penuh semangat dan iltizam yang kalau diterjemahkan, mampu mencabut Tur Sina sampai ke akar-akarnya. Kita juga akan mendengar segala macam pujian, saranan, kritikan bahkan pemujaan melampau sepertimana Anwar memuja Mahathir dalam setiap ucapannya sewaktu masih menjadi Timbalan Presiden UMNO dahulu.

Namun seperti biasa jugalah semua semangat membela Melayu dan Bumiputera itu hangat di dalam Dewan Merdeka sahaja. Selepas keluar dari Dewan dan selepas tamatnya persidangan maka puak-puak yang berucap sampai nak terkeluar anak tekak itu kembali semula merangka untuk diri sendiri dan puak yang menyokongnya serta kaum kerabat masing-masing. Dua tahun lagi laungan, teriakan dan semangat Melayu-Bumiputera dan mereka sahajalah yang sangat Melayu, akan kembali kedengaran.

Sebanyak 13 kali mandat telah diberikan kepada UMNO untuk terus menjadi peneraju kerajaan menerusi gabungannya dengan parti-parti yang lain. Kalau sebelum ini, UMNO kelihatan sangat terhutang budi dengan MCA dan MIC yang mewakili teras penyokong masing-masing, kali ke13 menyaksikan UMNO dan Barisan Nasional hanya disokong oleh Melayu-Bumiputera.

Banyak perkara yang telah UMNO lakukan dari tahun 1955 sehingga sekarang. Banyak juga kesilapan yang telah dilakukan. Dari sebuah parti yang berorientasikan kekampungan, yang menyediakan latihan mahupun bantuan kepada orang kampung yang merupakan penyokongnya termasuklah kelas masak memasak dan jahitan, sekarang ini UMNO lebih banyak bercakap tentang golf, tentang hotel lima bintang, tentang projek ratusan juta dan tentang usahasama dengan orang asing yang dikatakan lebih menguntungkan. Bahkan sehingga ada pemimpin UMNO sendiri yang melabelkan orang Melayu-Bumiputera tidak mempunyai daya saing dan berpengalaman sehingga membuatkan mereka memilih chinabeng sebagai rakan kongsi.

Puak korporat Melayu, ramainya menjadi KEPARAT Melayu. Setelah mereka naik dan diletakkan ke jawatan atau kedudukan yang baik, bukan mereka hendak pulangkan semula jasa bakti Melayu-Bumiputera yang telah menghantar mereka pada kedudukan itu, sebaliknya ramai yang mendabik dada, mereka berada dalam kondisi terbaik kerana usaha mereka sendiri walaupun hakikatnya mereka amat bergantung kepada projek Kerajaan Pusat dan kemudahan yang diberikan kepada mereka kerana status Bumiputera.

Lebih malang lagi bila ada manusia Melayu seperti NAZIR RAZAK dan CEO AIR ASIA X yang mula bercakap tentang RASIS dan cuba membuktikan liberalnya mereka dan tidak bergantungnya mereka kepada status Melayu yang ada pada diri. Tanpa sedikit pun terhutang budi kepada jasa Melayu-Bumiputera yang ada pada mereka, manusia seperti ini ibarat melumur tahi ke muka sendiri kerana cuba mengajar masyarakat tentang liberalisme.

Walhal sebarang kedudukan dan kemewahan yang mereka kecapi sekarang merupakan hasil bantuan UMNO dan Barisan Nasional. Mereka sendiri tiada keupayaan untuk bernafas dengan sendirinya jikalau UMNO dan Melayu-Bumiputera tidak cukup RASIS sebagaimana yang mereka malukan!

Begitu jugalah dengan pemimpin-pemimpin UMNO. PRU13 telah membuktikan tanpa Melayu-Bumiputera, mereka sekarang ini hanyalah pengemis politik yang menadah tempurung di sana sini sambil berkongsi nostalgia. Masa sudah sampai untuk mereka membalas budi Melayu-Bumiputera yang selama 56 tahun hanya melihat bagaimana para pemimpin UMNO bertukar menjadi sesumpah yang cakap mereka tentang Melayu-Bumiputera hanyalah apabila mereka ada kepentingan dan pada waktu lapang. Sedangkan apabila mereka berkuasa, yang mereka pandang, yang mereka pegang, yang mereka percayakan adalah bukan Melayu-Bumiputera.

Kalau anda rasa mahu menyanggah kenyataan ini, cuba anda tanya setiap pemimpin UMNO, rumah mereka yang diubahsuai, siapakah kontraktornya... Bengkel kereta atau pusat servis kenderaan milik siapakah yang mereka jengah... Kedai pakaian milik siapa yang mereka paling gemari.... Beras keluaran syarikat mana yang mereka gunakan... Sekolah manakah yang menjadi pilihan untuk anak masing-masing....

Sembang sahaja tak guna. Jangan jadi macam PAS... Masa muktamar, masa ceramah, masa kempen, merekalah Islam. Amalan mereka sahajalah yang Islam, tetapi apabila time praktikalnya, merekalah yang paling munafiq sepertimana tahaluf siyasi mereka dengan DAP dan PKR mahupun keputusan yang amat mudah berubah...

UMNO perlu ingat, liang lahad sudah siap untuk UMNO... Kafan juga sudah tersedia. Bahkan kapur barus dan air mawar termasuklah payung kertas juga sudah tersedia. Hanya menunggu UMNO mati sahaja... Jangan salahkan Melayu-Bumiputera kalau mereka sendiri yang mentalqinkan UMNO dan manusia seperti Nazir Razak akan bercempera lari ke luar negara bagaikan kera putus ekor!

SEBARKAN !!! Gambar Babi di Sejadah !!!




Jangan beli yang murah. Takut ia satu taktik menghina umat Islam dengan sejadah memaparkan wajah binatang yang dibenci di dalam Islam. Taktik halus ini perlu disebarkan. 

PANAS TERIK !!! VIDEO Zahid_Hamidi RASUAH PENGUNDI BAGAN DATOH Tersebar !!!



Ini adalah gambar yang bakal dimainkan oleh Rafizi Anak Ikan kesayangan Anwar, MKP pun boleh buat benda macam nie cuma ubah saja logo tue.

Semakin lama semakin galak Rafizi nie menghentam DS Zahid Hamidi sampai benda yang tidak masuk akal dan tanpa bukti pun menjadi isu yang besar bagi mereka.

Jika benar tunjukkan bukti duit serta beras yang telah diberikan oleh DS Zahid Hamidi seperti gambar Nik Aziz memberikan rasuah pada pengundi pada PRK sebelum ini

AJM pecaya lepas nie kalau DS Zahid Hamidi berhutang 20sen pada sesiapa sahaja pun pastinya bakal didedahkan oleh Razifi Jambu kesayangan Anwar nie.

Matlamat Rafizi adalah supaya DS Zahid Hamidi berhenti menghentam Keadilan serta menurut tuntutan BODOH mereka. Sama jugak modus operandi untuk menjatuhkan DS Sharizat Jalil yang dilancarkan oleh Razifi dan Zuraidah aka Mak Lampir.

Dakwaan Rafizi terhadap DS Zahid Hamidi pada hari ini adalah seperti berikut;
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan membelanjakan melebihi jumlah yang ditetapkan, iaitu RM200,000 dalam kempennya menjelang pilihan raya umum ke-13, dakwa PKR. 
Pengarah Strateginya Rafizi Ramli (kanan) berkata, seperti dalam video yang diedarkan di Internet, Zahid dikatakan mengedarkan RM100 dan 5kg beras kepada 24,000 orang di Bagan Datoh, yang jika dikira melebihi RM200,00
Tapi Rafizi bakal kantoi dengan dedahan video disiar sebelum pengundian 5 Mei 2013

PM DENGAR LAH RINTIHAN BLOGGER !! BILA NAK BUAT PEMBERSIHAN AGENSI DAN JABATAN KERAJAAN!!!

OLEH :FLYING KICK:Antara perkara yang menaikkan darah orang Melayu dan Bumiputera di negara ini ialah kekangan yang dilakukan oleh pelbagai agensi termasuklah bank-bank kerajaan dengan pelbagai red-tape.

Ia samalah seperti dalam jabatan-jabatan kerajaan yang tidak langsung menyebelahi orang Melayu mahupun Bumiputera walaupun dasar-dasar dan polisi kononnya untuk Melayu dan Bumiputera.

Akhirnya Melayu dan Bumiputera menyalahkan kerajaan UMNO-BN kononnya cakap sahaja lebih sedangkan tindakan langsung tidak menepati apa yang dicanangkan.

Bukan rahsia lagi apabila masalah tersebut sebenarnya dilakukan oleh pegawai-pegawai yang hala dan fikrah politik mereka adalah menentang kerajaan.

Kita tidak membicarakan tentang pegawai pro kerajaan yang menyonglap atau mencuri kertas kerja orang lain untuk diletakkan nama mereka atau proksi.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan Barisan Nasional memulakan langkah membersihkan segala jabatan, kementerian mahupun agensi daripada anasir-anasir subversif yang sering bertindak sebagai gunting dalam lipatan terutama sekali yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan.

Amalan sekarang yang memberikan kemudahan kenaikan pangkat dan peningkatan gaji untuk puak-puak ini sudah seharusnya dihentikan.

Sebaliknya apa yang dicadangkan oleh DAP sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa di Putrajaya iaitu mengurangkan jumlah kakitangan awam sehingga 80% perlu dinilai dan diambil perhatian.

Kalau DAP yang kerap mendabik dada tahu bahawa penyelesaian untuk mengatasi masalah red tape dan mendapatkan kepercayaan rakyat menerusi kakitangan awam dan agensi kerajaan yang lebih cekap serta bekerja untuk parti, sikap murah hati serta prihatin UMNO dan Barisan Nasional selama ini tidak ubah seperti memasang perangkap untuk menjerut diri sendiri.

Telah terbukti banyak jabatan dan agensi kerajaan menjadi pacat yang menyedut darah berbanding menambahkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Pembersihan perlu dilakukan dengan sepantas mungkin sebelum rakyat menghumban Barisan Nasional pada PRU14 nanti. Apatah lagi kecenderungan ke arah itu sedang bersemarak dan sedang subur.

Tak payahlah sembang tentang kerajaan ini adalah kerajaan rakyat. Tidak ada mana-mana parti politik yang diberikan kuasa memerintah di dunia ini yang bercakap atau mengamalkan sebagaimana Barisan Nasional kerana terbukti perbuatan seperti itu hanya merugikan dan membunuh parti itu sendiri.

Bukankah UMNO dan Barisan Nasional juga sedang berhadapan dengan trend yang sama? Takkan tak belajar-belajar lagi?

SARANAN DARIPADA BLOGGER BUDAK BENTENG !!! "Zambry Wajar Letak Jawatan"


Apabila pembangkang PR mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India - Suatu perhormatan buat kaum India.Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker, - "Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," - Palanivel.

MIC mengancam memboikot kerajaan Perak atas kerusi Speaker MIC hari ini mengancam untuk menolak semua jawatan kerajaan di Perak jika kerajaan negeri di bawah Umno, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir enggan menganugerahkan jawatan Speaker kepada salah satu daripada pemimpin-pemimpin parti itu.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar itu, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel berkata parti itu akan kekal bersama Barisan Nasional (BN) di Perak tetapi tidak akan menerima apa-apa jawatan Exco dalam kepimpinan Umno negeri yang dikuasai.Parti itu juga akan menolak pelantikan ke jawatan pegawai khas dan penasihat kepada Menteri Besar.

Cameron Highlands MP berkata."Apabila pembangkang mentadbir kerajaan negeri Perak ia memberi jawatan Speaker India," kata Palanivel, menurut kenyataan yang dihantar melalui mesej teks kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pembangkang memenangi Perak dalam Pilihan Raya 2008 dan memberi jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri untuk kemudian ADUN Tronoh V. Sivakumar - India pertama di negeri ini yang akan diberikan kedudukan seperti.

"Apabila BN mengambil alih kerajaan negeri, MIC telah diberikan jawatan Speaker," katanya, merujuk kepada ketua MIC Perak Datuk R. Ganesan."Sekarang kita telah dilucutkan jawatan itu," kata Palanivel "Menteri Besar Perak perlu membuat keputusan untuk memberikan kita kembali jawatan itu.

"Ketua parti berkata jawatankuasa kerja pusat MIC akan bertemu pada 18 Jun untuk membincangkan perkara itu, bersama-sama dengan isu-isu lain yang berkaitan dengan pemilihan parti akan datang. Isu ini, kata kenyataan itu, juga telah dibangkitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, naib presiden dan Umno seorang Ahli Parlimen di Perak.

BN mengekalkan kuasa ke atas Perak bulan lalu selepas satu pertandingan pemilihan panas yang menyaksikan ia dalam perlumbaan leher-dan-leher dengan lawan Pakatan Rakyat (PR) sepanjang tempoh kempen 15 hari.

Dalam keputusan awal pagi diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 6 Mei, parti pemerintah menang tipis peraduan rapat dengan majoriti tipis hanya tiga kerusi, menyapu 31 kerusi kepada 28 PR dalam perhimpunan 59 kerusi negeri.Di Perak, MIC kini mempunyai satu kerusi parlimen - Tapah - yang dimenangi oleh Naib Presiden, Datuk M. Saravanan. ~ The malaysian insider

PANAS !!! Apa Akan Berlaku Pada PRU 14- Jika Pemimpin UMNO/BN Masih Tak Sedar Diri dan Mabukkan Kuasa ???

Oleh RMF7

2008 adalah detik bersejarah dalam politik tanahair dimana  cara olahan berkempen  menggunakan media sosial diaplikasikan dengan sepenuhnya, Dimasa pihak pembangkang menguasai media sosial dengan  tebaran maklumat yang bersifat provokasi, manipulasi , persepsi semuanya dibiarkan begitu sahaja oleh  barisan nasional. Penafian dimasa itu hanya lah dilakukan oleh  UMNO/BN  hanya lah di ceramah ceramah dihadapan penyokong sendiri.

Media sosial dimasa itu hanya lah dianggap  tidak memberikan faedah dan kesan kepada pengundi, pengamal media dimasa itu hanya dianggap membuang masa dan ada diantara pemimpin UMNO /BN  memberikan gelaran pengamal Blog adalah “Goblog”. Ini memudahkan lagi pihak pembangkang menyalurkan maklumat yang salah tanpa disanggah kepada pengundi.

Kemunculan  pengamal media sosial politik  diumpamakan seperti cendawan tumbuh selepas hujan yang mana  hanya mampu menjawab tanpa ilmu  atau strategi  dodalam cybertrooper, ini amat jauh ketinggalan dengan pihak pembangkang yang mana dimasa itu mereka telah pun dilatih secara drastik oleh jurulatih yang dibawa khas dari luar negara.

Sedikit demi sedikit pengamal media sosial pro kerajaan tumbul dan muncul untuk menyaingi dan memutihkan kembali isu isu yang di manipulasikan. Dimasa ini  ada diantara UMNO bahagian melarang sama sekali menjawab isu di internet kerana  berpegang pada prinsip menjaga nama pemimpin dan takut merosakkan nama baik bahagian.

Maka sekali lagi pengamal media Pro kerajaan dilevelkan sebagai individu yang tidak menyokong UMNO/BN  bila mana mengkritik tindakan tindaka kepimpinan disemua peringkat kerana  tindakan mereka yang bercanggahan dengan agenda perjuangan parti. Perkara ini berlaku bila mana  krisis kepercayaan dan kepimpinan berlaku pada tahun 2004- 2008 sehinggakan penguasaan UMNO/BN di lima buah negeri tumpas.

Harga yang cukup mahal terpaksa dibayar oleh kepimpinan semua  peringkat akibat tindakan menjaga periuk nasi dan jawatan tanpa mahu menyanggah kesilapan yang dilakukan  oleh kepimpinan pada masa itu.
Dimasa yang sama pro kerajaan terus menerus memberikan peringatan dan amaran keras terhadap orang orang UMNO/BN tentang kesilapan yang berlaku dan seharusnya ditegur. Selepas ini, pihak kepimpinan mesti  bersikap proaktif dalam menerima apa juga pandangan dan cadangan dan menapis semua isu  yang ditebarkan di media sosial dan memberikan kepercayaan kepada semua pihak untuk mennanganinya terutama penglibatan penjawat didalam UMNO/BN sendiri.

Sejak hari itu, sejak kejatuhan lima buah negeri, sebagaimana biasa sikap  atau perangai  pemimpin BN/UMNO, baru la ada yang menangis akibat kekalahn tersebut, menyesal sekejap untuk “berlakun” dihadapan penyokong. Tidak sebagaimana yang mereka selalu laung kan didalam ucapan mereka, Kesetiaan kepada Parti, berjuang untuk parti, berkorban untuk parti semua itu retorik kerana untuk menjaga pangkat dan jawatan sahaja.

Perdana Menteri dan Timbalannya bekerja begitu kuat sekali dari hari pertama mereka menjawat jawatan masing-masing sahinggalah waktu Pilihanraya Umum ke 13. Mereka sedaya upaya cuba memenangi hati rakyat semua kaum. Mereka mengolah pelbagai kaedah untuk memenangi semula hati rakyat yang sudah tercalar susulan sikap pentingkan diri para pemimpin pada masa itu.

Sepatutnya sekarang, BN/UMNO telah mula mengatur langkah bersepadu, tanpa memikirkan prihal perebutan jawatan, pangkat tetapi  terus mula bekerja untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang dominan menguasai politik yang berkepentingan  untuk Agama Islam, Orang Melayu dan Negara  Malaysia.
Gunting dalam lipatan yang membunuh UMNO /BN dari dalam haruslah dihukum dahulu penyebar maklumat didalam Jabatan Perkhidmatan Awam, guru guru juga harus di kenalpasti bagi memastikan bahawa agenda pembangkang tidak dapat maklumat dalaman.

Semua  perihal yang berkaitan dengan Agama , Bangsa dan Negara mesti ditangani dengan segera dan tegas, kesilapan  Hisahamuddin Tun Hussein adalah kerana terlalu menjaga jawatan dan prestasi sehinggakan banyak orang naik lemak dan minyak untuk melakukan apa sahaja  tanpa tindakan sehingakan melibatkan keselamatan negara.

PRU 12 pada tahun 2008 adalah TSUNAMI CINA PERTAMA. Selepas daripada itu Perdana Menteri dan TPM berusaha untuk memperbaiki sokongan bangsa Cina kepada CINA BN. Usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan TPM bermula dari Perdana Menteri  mengambil tampok pemerintahan sahinggalah 4 Mei 2013 iaitu sehari sebelum tarikh mengundi.

Semua rakyat berbangsa Melayu tahu akan usaha gigih yang dilakukan oleh kedua-dua pemimpin ini. Apa hasilnya? TSUNAMI CINA tetap jugak berlaku untuk KEDUA KALI. Apakah anda semua fikir bahawa TSUNAMI CINA tidak akan berlaku bagi kali KETIGA?

Jika pemimpin UMNO/BN  membaca semula  apa yang telah dipostkan pada tahun sebelum ini, dan mengambil ianya sebagai peringatan diri , saya beranggapan kita masih lagi dapat mengurangkan kekalahan  yang melibatkan banyak negeri. Akan tetapi siapakah yang mahu mendengar  coretan blogger, cybertrooper yang tiada kaiatan jawatan didalam BN/UMNO. Sekarang terima lah akibatnya.

Mencapai Kemenangan Melalui Kebebasan, Harapan Dan Peluang Untuk Kemakmuran Dan Daya Saing Di Malaysia Dengan Melatih Bakat Kepimpinan Baru, Memodenkan Infrastruktur, Mewujudkan Kepimpinan Bersih Dan Urus Tadbir Yang Baik

DAP mencatatkan keputusan paling cemerlang dalam sejarah pilihan raya kita bagi Pilihan Raya Umum 2013, dengan memenangi 38 daripada 51 kerusi Parlimen dan 95 daripada 103 kerusi negeri yang kita tandingi. (Dengan 12 kerusi yang sedia ada di Sarawak, DAP kini mempunyai 107 Ahli Dewan Undangan Negeri). Kita merasa bangga DAP kini adalah parti yang benar-benar Malaysia kedua terbesar dengan wakil rakyat terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India dan Kadazan.

Keputusan berani pemimpin DAP,  Lim Kit Siang untuk menanggung risiko besar dengan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah berjaya menangkap imaginasi masyarakat di seluruh negara dan merupakan faktor utama dalam memacu kemenangan pilihan raya DAP, terutamanya di Johor.

DAP juga memenangi undi popular, dengan mencatatkan majoriti tertinggi lebih 50,000 oleh Sdri Teresa Kok serta membantu Pakatan Rakyat memenangi majoriti 2/3 di negeri-negeri kubu kuat kita di Pulau Pinang dan Selangor.

Kita memenangi semua kerusi di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Dari segi undi popular, tidak ada negeri yang menghampiri jumlah 68% seperti yang diperolehi Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, lonjakan peningkatan 8% berbanding pilihan raya umum 2008.

DAP menang dengan menwarkan kebebasan, harapan dan peluang; berbanding penipuan, ketakutan dan politik wang. DAP menunjukkan bahawa ia memiliki jentera terbaik, yang paling bersedia dari segi organisasi dan dapat memberikan respon yang pantas terhadap situasi yang berlaku setiap hari.

Salah satu titik perubahan utama adalah tindakan melampau BN dalam menggunakan politik wang, ancaman kekerasan dan pembohongan untuk memenangi pilihan raya umum. Tindak balas pantas DAP dalam menganjurkan “Go Bald To Protest Money Politics” sebuah kempen yang sangat memberi kesan kepada pengundi atas pagar dan memusnahkan apa sahaja baki sokongan kepada BN.

Ramai wanita di seluruh negara bersedih apabila mereka melihat isteri Lim Guan Eng dan wanita DAP membotakkan kepala dan terus memasang azam untuk menghukum BN. Perkara ini merupakan satu  politik simpati yang diamalkan oleh DAP untuk mencapaikan matlamat mereka. Apakah ada diantara Pemimpin UNMO/ BN yang sanggup berkorban sehingga tahap ini?

Pada PRU13 kali ini dengan kadar keluar mengundi bersejarah yang mencapai 84%, menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mahu mengambil bahagian dalam proses untuk menjadikan Malaysia sebuah negara demokrasi yang tulen.

Pakatan Rakyat memenangi undi popular sebanyak 51% berbanding dengan hanya 47% untuk BN. Margin kemenangan adalah lebih besar di Semenanjung Malaysia sebanyak 53% bagi Pakatan Rakyat berbanding 45% untuk BN. Pakatan Rakyat memenangi 55% undi popular di Perak, namun tetap hilang kuasa.

Kita mempunyai kerajaan minoriti BN di Putrajaya, Perdana Menteri minoriti BN dan Menteri Besar minoriti BN di Perak. Demokrasi tidak membenarkan minoriti memerintah majoriti. Ini lah kaedah dan  taktikal yang dimainkan sekarang. Akan tetapi sedar atau tidak , bahawa ada cara lain untuk mereka  menidakkan kemenangan BN/UMNO.

Kita bernasib baik kerana semua ini tertakluk kepada sistem Perlembagaan  didalam negara ini, Jika tidak, menyanyi lagu Dongdang Sayang lah BN/UMNO.

Sekarang mari kita lihat, Bagaimanakah pulak dengan keadaan sekarang ini; TIADA SATU WAKIL CINA daripada BN yang dilantik ke dalam KABINET MENTERI, akan memperlihatkan IMPAKNYA? Apakah anda semua fikir TSUNAMI KE 3 tidak akan berlaku?

Sama-samalah kita renungkan,apa akan terjadi kepada bangsa Melayu kita pada PRU ke 14! Apakah BENAR PRU ke 14 itu nanti, akan menjadi PRU yang terakhir buat bangsa Melayu?

Jika Tsunami Cina tetap berlaku pada PRU ke 14 dan salah satu daripada KEBARANGKALIAN 1 atau KEBARANGKALIAN 2 menghasilkan IMPAKnya, Kerajaan Pusat bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Nampak-nampaknya, BANGSA MELAYU bolehlah menyanyi beramai-ramai: Menyanyikan lagi keegoaan yang tlah meranapkan amanah yang diberikan..

Banyak orang menganggap bahawa SABAH dan SARAWAK adalah FIXED DEPOSIT untuk BN. Bagi saya, itu dulu boleh kita kata, tetapi AKAN DATANG keadaan boleh BERUBAH. Jika anda semua tidak percaya,anda boleh lihat. Sekarang ini, 33% iaitu 1/3 daripada jawatan KABINET diberi kepada SABAH dan SARAWAK.
Sabah (22/25 BN Menang) mendapat 6 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Begitu jugak Sarawak (25/31 BN menang) mendapat 4 menteri penuh dan 4 timbalan menteri. Apa maknanya? Maknanya,PM sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Dengan harapan pada PRU ke 14 nanti,rakyat Sabah dan Sarawak tetap memberi sokongan kepada Kerajaan BN.

Apakah itu saje harapan PM? Tentu sekali tidak! PM jugak takut kalau-kalau terjadi TSUNAMI BBI ( Bumiputra Sabah Bukan Islam ). Manalah tahu, ada DALANG yang akan mempengaruhi PEMIMPIN serta RAKYAT mereka ini! Tsunami Cina sememangnya dah berlaku.

BN agak selamat di Sarawak tetapi di negeri Sabah ada kelainan sedikit. Di Sabah pada PRU 13, BN diselamatkan oleh pertandingan beberapa penjuru. Hal sedemikian,perpecahan undi kepada beberapa calun yang bertanding menjadi penyebab BN menang agak selesa.

Jika terjadi 1 lawan 1 di Sabah berkemungkinan Parti Pembangkang boleh mendapat sejumlah kerusi yang dapat membantu meningkatkan kerusi Pembangkang.

Joseph Pairin Kitingan adalah Pemimpin Bumiputra Bukan Islam yang sangat berpengaruh di negeri Sabah. Dia mempunyai SEJARAHnya tersendiri. Alhamdulillah, dia masih berlaku setia dengan BN pada PRU 13.

Pada tahun 1985 Tan Sri Joseph keluar daripada Parti Pemerintah iaitu Parti Berjaya( Harris Saleh) ketika itu, dan menubuhkan Parti PBS. Pilihanraya DUN Sabah,Partinya menang 25 daripada 48 kerusi iaitu Majoriti Mudah dan memerintah Sabah.

Disebabkan kemenangan PBS dengan margin yang kecil maka terjadi huru-hara di Sabah yang didalangi oleh parti yang kalah. PBS bertindak dengan pekenan YDP Sabah membubarkan DUN. Pilihanraya DUN Sabah diadakan semula pada tahun 1986,sekali lagi kemenangan berpihak kepada Parti Joseph Kitingan iaitu PBS.

Kali ini,PBS mendapat 34 daripada 48 kerusi dan bergabung dengan BN untuk menjadi Parti Pemerintah di Sabah sahingga tahun 1990.

Pada Pilihanraya Umum 1990 iaitu beberapa hari sebelum Pilihanraya,Parti Joseph Pairin Kitingan,PBS bertindak KELUAR daripada BN untuk menyertai GAGASAN RAKYAT, bersekongkol dengan Tengku Razaleigh Hamzah dengan harapan dapat menawan KERAJAAN PUSAT.

Allah SWT lebih menyayangi pemimpin Islam BN,rancangan GAGASAN RAKYAT GAGAL. Walaupun GAGASAN RAKYAT itu gagal tetapi PBS menang BESAR iaitu 36 daripada 48 kerusi DUN dan 14 kerusi Parlimen dapat jugak kepada PBS. Si Joseph Pairin Kitingan ni, dapat semula berkuasa di negeri Sabah sahinggalah Pilihanraya Umum 1994.

Disebabkan perangai Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang tidak tentu, penyebab kepada parti UMNO masuk ke Sabah pada tahun 1990 untuk menawan hati penduduk negeri Sabah. Hasil kemasukan UMNO ke Sabah,BN memenangi 23 kerusi DUN daripada 48 pada Pilihanraya Umum 1994 dan PBS masih lagi memerintah Sabah dengan margin kemenangan yang tipis iaitu hanya 25 kerusi. Sekali lagi,keadaan tidak menentu berlaku di negeri Sabah. Pada ketika inilah berlakunya LOMPAT KATAK beberapa pemimpin PBS ke dalam BN yang diketuai oleh Datuk Lajim Hj Okin.

Sekian tahun PBS menjadi Pembangkang akhirnya mereka masuk kembali ke dalam BN pada tahun 2002 sahinggalah sekarang.

Persoalannya, jika PRU ke 14,si Joseph Pairin Kitingan ini membawa PBS KELUAR SEMULA daripada BN untuk bersekongkol dengan PAKATAN RAKYAT,agak-agaknya macam mana pulak KEPUTUSAN PILIHAN ketika itu.
Apabila berlaku hal sedemikian, Lim keat Siang,Lim Guan Eng dan Karpal Singh SPONSOR untuk membuat KENDURI ARWAH besar-besaran 7 MALAM BERTURUT-TURUT bagi merayakan kemenangan mereka diketuai oleh Hadi Awang,Nik Aziz dan Anwar Ibrahim selaku IMAM PEMBACA TAHLIL untuk Umat Islam Berbangsa Melayu.

Pada PRU ke 13 yang lalu, jelas kelihatan PENGUNDI INDIA memihak kepada BN. Perkara ini lebih jelas kelihatan bagi kawasan-kawasan luar bandar. Cuba kembali semula pada perangkaan bagi 34 kawasan yang dimenangi TIPIS oleh BN tolak Sabah dan Sarawak menjadi 34 – 12 = 22. Berkemungkinan, PENGUNDI INDIA adalah FAKTOR penyebab kepada kemenangan tipis BN.

Bayangkanlah,jika pada PRU ke 14 nanti pengundi India dipengaruhi oleh DALANG-DALANG PENGKIANAT NEGARA yang akan meracuni mereka supaya BERPALING TADAH seperti yang dilakukan oleh BANGSA CINA maka perangkaan akan menjadi seperti dibawah:
BN = 133 – 22 = 111     berbanding dengan     PR = 89 + 22 = 111
Itu bagi kawasan yang telah dianalisa seperti diatas. Bagaimana pulak kedudukan pengundi India dikawasan-kawasan lain yang tidak diambil kira.

Jika terjadi Tsunami India pulak dek kerana hasutan PENGKIANAT, KERAJAAN PUSAT berkemungkinan bertukar tangan maka SELAMAT TINGGALLAH BANGSAKU. Pada ketika itu, BANGSA MELAYU akan BERSATU-PADU buat julung-julung kalinya bukan untuk KEJALAN RAYA tetapi sekadar cukup berada dirumah, bersama-sama menyanyikan lagu SALAM TERAKHIR.

Strategi mereka telah berjaya dan mereka akan menggunakan lagi strategi ini pada PRU 14 dengan perancangan yang lebih teliti. Pengkianat bangsa Melayu yang menentang Kesatuan Umat Islam Arus Perdana berpuas hati, kerana dapat menjatuhkan rakan SEBANGSA dan SEAGAMA dengan mereka.
Tetapi tidak kepada bangsa Cina. Mereka sekarang sedang meneliti dengan lebih mendalam, apa lagi strategi yang boleh mereka ambil bagi MENAWAN NEGARA INI. Sebenarnya,mereka begitu yakin sekali dapat MENAWAN negara ini pada PRU 13.

Tetapi, Allah SWT lebih menyayangi bangsa Melayu beragama Islam untuk terus memerintah negara ini. Perkataan ‘Ini Kalilah’ disebut-sebut oleh bangsa Cina dimana saje mereka berada.Seolah-olah ungkapan ini diucapkan sebagai SUATU TINDAKAN BERSEPADU yang akan mereka lakukan pada PRU 13 yang lalu.

PANAS !!! Zahid_Hamidi Kena Sailang Depan Perdana Menteri !!!



Woooo gila gempaklah. Cerita panas di tengah panas hari ini di KLCC semasa Dato Seri Najib Tun Razak melancarkan program Cegah Jenayah di sini.

Pelik tapi benar! Aku baru dengar ada sorang mamat cina nama Eugene Teh pengerusi United Againts Crime cuba menunjukkan beliau sebagai hero depan PM semasa program Cegah Jenayah di KLCC pagi tadi.
Program yag dirasmikan oleh Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Menteri KDN Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Idris Jala yang dikatakan penaung kepada United Againts Crime dan Menteri KBS Khairy Jamaluddin.


Aku difahamkan, DS Zahid Hamidi Menteri yang bertanggungjawab menjaga soal keselamatan dalam Negeri sepatutnya dijadualkan berucap dalam majlis tersebut tetapi last minute kena 'sailang' oleh Eugene Teh sebagai Pengerusi United Againts Crime.


Mengejutkan lagi, Perdana Menteri sendiri kelihatan agak terkejut beliau diminta terus berucap merasmikan program tersebut tanpa memberi laluan terlebih dahulu Menteri bertanggungjawab berucap... Apa agenda Eugene tidak membenarkan Menteri KDN berucap? Nampak semacam program ini sebagai syok sendiri, mahu jadi hero tapi tak kena tempat...

Bukan mahu menunding jari, tetapi saya cabar Eugene Teh untuk buat penjelasan... Kau nak buat program melibatkan keselamatan atau yang berkaitan dengan jenayah tapi boss jaga hal ehwal dalam negeri pun kau tidak hormat...

Difahamkan, ada tangan-tangan ghaib yang tidak mahu Zahid Hamidi berucap diaebabkan ketegasannya menangani isu keselamatan dalam negeri sejak kebelakangan ini... Tambahan lagi, cara bekerja pihak polis yang dilihat lebih kemas dan tegas dalam mengambol tindakan...

Kepada Eugene Teh : kalau nak laksanakan program perlu kerjasama semua orang... Bukan syok sendiri...


Sumber : Jomo Malaya

TAHNIAH !!! Mufti Kelantan Dah Berani Bantai DAP?!!!


Hebatnya mufti di bawah naungan kerajaan PAS Kelantan sekarang.

Semenjak ketiadaan Nik Aziz baru dilihat berani bersuara, kenapa sebelumnya tidak menegur tindakan penggunaan ayat Al Quran oleh kebanyakan kafir harbi di dalam  Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan?

Nik Aziz marah agaknya?


Setelah sekian lama admin ternanti- nantikan suara mufti Kelantan untuk menegur sesuatu yang diklasifikasikan sebagai menuju kesesatan. Akhirnya beliau bersuara juga apabila tindak tanduk yang mahu ditegur itu tidak melibatkan personaliti terkenal dari DAP.

Kenapa harus ditunggu sehingga ke hari ini untuk menegur? Teguran pula hanya ditujukan kepada pengamal media sosial sahaja? Admin cadangkan supaya teguran itu turut dijuruskan secara terus kepada segelintir pemimpin tersohor cina kafir yang mengguna ayat Al Quran untuk meraih sokongan.

Sekiranya Al Fadzil Mufti masih belum jelas apa yang admin maksudkan, di sini admin sertakan beberapa klip yang mungkin bisa untuk menyegarkan semula ingatan Al Fadzil.

Baca Lagi SINI

PANAS !!! PELACUR LEBIH MULIA DIMATA MAJLIS PEGUAM.......?


MKP

MKP nak habaq kat Majlis Peguam Jangan cabar Melayu yang setia dengan Agong serta Raja. Korang tolong jaga tepi kain sendiri dulu sebelum nak tegur atau komen orang lain.... Ingat satu jari menunjukkan pada kesalahan orang lain akan tetapi 4 jari menunjukkan kelemahan diri sendiri...

Berikut kiriman email yang minta perkara ini didedahkan dan dijawab oleh Majlis Peguam. Ketika majlis menaungi peguam sepatutnya memegang prinsip ketelusan, nampaknya ada juga ruang keraguan di dalam sistem pemilihan dan pengundiannya. 

Menurut sumber ketika ini undi pos sedang berlangsung dengan 14 ribu surat dipos kepada ahlinya seluruh negara. Ia akan berakhir hujung bulan khabarnya. 

Apa yang kita khuatir berlaku penipuan dan pemimpin tidak layak meneraju Majlis Peguam lalu mengambil kesempatan mengkritik Kerajaan senada dengan suara pembangkang. 


Berikut kirimn email yang diterima : 


Ini gambar Ballot Paper undi pos BC 2013 dan gambar envelop. 

katanya di poskan kepada semua 14000 ahli. 

Tapi takde bukti pengeposan. 

Ballot paper ada nombor siri. Tapi gambar ni bhgn no siri di gelapkan 

so sesiapa saja di pejabat lawyer tu boleh pangkah maksimum 12 org in case lawyer yg terima tu buat derk je dgn ballot paper tu. So kalau ada sorang budak chambering tu pangkah 2 je, so ada kemungkinan bila sampai kat BC, dia akan tolong pangkah lagi 10 

no body knows 

tiada badan pemantau antarabangsa. 

tiada sistem dakwat kekal 

pos guna envelop yg di lampirkan 

tapi sesiapa yg tak guna envelope tu pun undi akan counts 

kalau pos guna envelope tu akan terus masuk dlm peti undi 

tapi kalau guna envelope lain? tentu urusetia akan bukak dulu dan kalau tengok lawyer berkenaan tak undi cukup 12, kan diorg boleh tolong pangkahkan sblm masuk dlm ballot box?

TERKINI !!! APA TINDAKKAN KEATAS PEMILIK AKAUN FB BUDAK YG MENGHINA LAGU NEGARAKU !!!


oleh : FLYING KICK
Red Bean Army semakin melampau dan semakin licik. Pun begitu modus operandimereka tetap sama. Lebih banyak akaun-akaun palsu Facebook diwujudkan. Dan kali ini untuk melakukan penetration ke dalam kelompok Melayu setelah berjaya terhadap chinabeng, Red Bean Army menggunakan lebih banyak nama-nama dan gambar-gambar yang berbau Melayu.

Setelah beberapa hari lepas, Red Bean Army melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w dalam usaha mereka untuk mewujudkan dan membangkitkan kemarahan orang Islam lantas mencetuskan pertumpahan darah yang sangat dahsyat di negara ini, serangan terhadap Raja-Raja Melayu dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan elemen kenegaraan yang berteraskan Melayu, termasuklah lagu Negaraku, diperhebatkan.

Siasatan mendapati MOHD FARIZAL Pelajar UMT besar kemungkinan adalah watak ciptaan Red Bean Army. Akaun ini hanya diwujudkan untuk mencetuskan provokasi dan menjalankan peranan Red Bean Army yang mempunyai kaitan rapat dengan DAP.

Pihak berkuasa yang dilihat sangat lembab bertindak terhadap kumpulan-kumpulan subversif ini, sudah seharusnya memikirkan sesuatu yang lebih drastik dan tidak lagi bergantung kepada kaedah konvensional. Penggunaan sistem yang lebih sensitif apabila terdapat istilah-istilah sensitif sekaligus merakamkan bukti yang lebih kukuh, seharusnya mulai dikaji dan mulai dibangunkan atau digunakan oleh pihak berkuasa di negara ini.

Kaedah konvensional, termasuklah membuat pengumuman di hadapan mikrofon dan kamera wartawan, sudah seharusnya ditamatkan kerana kaedah berkenaan, tidak menakutkan sesiapa pun, sebaliknya membuatkan golongan seperti Red Bean Army ketawa terbahak-bahak dan terus mencabar sistem sedia ada.

Red Bean Army tidak lagi wujud untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional semata-mata tetapi kumpulan yang dibiayai oleh DAP itu telah ditubuhkan untuk memporak-perandakan dan menghuru-harakan negara ini sepertimana perang saraf yang pernah dilakukan oleh Parti Komunis Malaya menerusi kempen Parti Buruh dan Parti Rakyat suatu masa dahulu.

Justeru, Red Bean Army perlu dilayan sebagai pengancam keselamatan negara, bukan lagi sebagai budak-budak nakal yang seronok di hadapan komputer dan ketawa terbahak-bahak apabila kaedah penghinaannya menimbulkan kemarahan orang lain.

Takkanlah pihak berkuasa di negara ini masih gagal memahami apa sebenarnya motif Red Bean Army yang telah berjaya memalingkan chinabeng di seluruh Malaysia dan kemudian menghasut seluruh umat chinabeng di Malaysia kononnya mereka sudah semakin hampir mencapai matlamat untuk menjadi TUAN BESAR yang baru?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...