Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 5 March 2013

TERKINI... Tiada Anggota Kita Yang ....


Lahad Datu, 5 Mac - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan tiada anggota keselamatan yang terbunuh atau cedera dalam serangan ofensif terhadap pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah awal hari ini.


"Alhamdulillah jelas tiada kecederaan langsung (di pihak anggota
keselamatan).

"Tapi dalam konteks pihak musuh, itu kita kena tunggu kerana sekarang ini masih dalam operasi," katanya pada sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Lahad Datu hari ini.

Tinjauan Bernama di pekan Chenderawasih yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari Felda Sahabat 16 tengah hari ini mendapati beberapa ambulans bergerak di sekitar kawasan itu.

Selepas serangan ofensif pada pukul 7 pagi ini, sekitar kawasan itu kini tenang dan terdapat banyak sekatan jalan raya di sepanjang jalan ke pekan dan menuju ke Kampung Tanduo.

Bagaimanapun, bunyi deruan helikopter masih kedengaran di ruang udara kawasan itu dan di perairan pula kelihatan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) membuat rondaan.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata pasukan tentera menggunakan tiga jet pejuang F18 dan lima Hawk dalam serangan ofensif terhadap perkampungan yang menjadi kawasan pihak penceroboh.

Beliau berkata inilah adalah kali pertama operasi bersama antara ATM dan PDRM dan pihaknya sedang menjalankan usaha untuk menambah kekuatan anggota di kawasan itu.

"Apa yang ingin kami khabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kepercayaan yang diberi kepada ATM untuk lakukan operasi sebaik ini dan untuk pertahankan negara telah memberi keberhasilan," katanya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memberikan bantuan kemanusiaan, antaranya keperluan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Tanduo bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan.

Beliau berkata hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak terjejas
berikutan insiden itu kerana ia hanya membabitkan sekelompok rakyat Filipina yang tidak mendapat restu daripada kerajaan negara itu.

"Apa yang penting hubungan yang baik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina tetap dipertahankan," katanya.

Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi Hotline di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah melalui talian 088-318555, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu (089-881255) atau IPD Semporna (089-782020) untuk sebarang pertanyaan.- BERNAMA

Terkini!!Penceroboh cuba memasuki sempadan Thailand??


Kawalan ketat pihak keselamatan telah dapat mengekang cubaan kumpulan pemisah di selatan Thailand menyusup masuk ke negara ini menerusi sungai Golok di Kelantan, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Jalaluddin berkata, walaupun pihaknya telah menyerahkan tugas kawalan sempadan kepada Angkatan Tentera Malaysia tahun lepas, pihaknya masih meneruskan rondaan melalui polis marin yang berpangkalan di Pengkalan Kubor, di sini.

"Kita juga meningkatkan kerjasama dengan polis marin Thailand yang turut mengadakan rondaan bersama serta mengadakan perbincangan setiap tiga hari bersama pihak berkuasa negara jiran itu bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan aspek keselamatan kedua-dua negara.

"Selain itu, Ketua Polis Daerah di Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat turut menjalinkan hubungan baik dengan ketua polis daerah Sungai Golok dan Narathiwat di Thailand bagi mendapatkan maklumat keselamatan semasa di negara tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu melakukan rondaan dengan menaiki sebuah bot menyusuri Sungai Golok yang turut disertai pengamal media, bagi melihat sendiri kawalan keselamatan di kawasan sempadan berkenaan.

Mengulas laporan akhbar hari ini mengenai pembentukan beberapa kumpulan pemisah baharu di wilayah itu, Jalaluddin berkata, pihaknya sedang mengumpulkan maklumat terperinci mengenai pergerakan kumpulan terbabit.

Akhbar hari ini melaporkan, beberapa kumpulan baharu pemisah dibentuk kerana menolak keputusan pergerakan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang mengadakan perundingan bagi menamatkan kempen senjata.

Pada 14 Februari lepas, akhbar melaporkan sebanyak 17 pemberontak daripada BRN maut dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Thailand, apabila mereka masuk ke dalam perangkap tentera semasa melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kem tentera laut di Narathiwat, selatan Thailand.

Sementara itu, Jalaluddin berkata, enam pegawai dan sembilan anggota unit jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta enam anggota polis marin telah dihantar ke Sabah bagi membantu menangani krisis pencerobohan di Lahad Datu.

"Ia adalah permintaan daripada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia bagi membantu pasukan di sana," katanya.

Setakat ini, lapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban - dua di Kampung Tanduo, Lahad Datu dan enam di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna - sejak insiden pencerobohan di Sabah itu dilaporkan pada 12 Februari lepas. - BERNAMA

Lahad Datu: Bekas Polis Merayu pada Najib Razak Untuk Berperang


Dalam heboh-heboh Tian Chua Celaka menghina komando Polis yang terkorban dalam krisis di Lahad Datu dan menuduh hanya sandiwara UMNO, teman rasa bangga masih ada  lagi rakyat Malaysia yang sanggup berkorban demi negara tercinta.

Printscreen ini teman dapat dari facebook Suara Generasi Baru. Seorang rakyat Malaysia yang sanggup menggadai nyawa demi mempertahan maruah negara tercinta. Beliau didakwa sebagai bekas anggota Polis ingin bersama berjuang di Lahad Datu menghapuskan penceroboh kumpulan bersenjata walaupun tanpa dibayar gaji satu sen pun.

Semangat patriotik yang wajib ada pada setiap warganegara Malaysia..

[Video] Pemberontak Sulu Tetap Berdegil Mahu Berperang Walaupun Dilarang Presiden Filipina!!!


Presiden Aquino beri amaran 

Terkini, 20 Pengganas Sulu Terbunuh!!!

ops-sulu[1]



Setakat ini 20 orang pengganas Sulu telah terbunuh dalam serangan besar-besaran oleh pasukan keselamatan negara dan mayatnya telah ditemui di sekitar Kg Tanduo, Lahad Datu.

Ini bermakna sehingga kini 38 pengganas Sulu berjaya dibunuh termasuk 12 orang yang berjaya ditembak mati semasa pertempuran pertama di Lahad Datu dan 6 orang lagi ditembak mati ketika pertempuran kedua di Kpg Sri Jaya, Simunul, Sampoerna.

Menurut laporan oleh Utusan Online juga, pihak keselamatan masih meneruskan usaha-usaha penggeledahan bagi mencari saki baki pengganas yang masih hidup atau yang telah terbunuh.

Sementara itu Ketua Polis Negara memberitahu setakat ini mayat ketua kumpulan pengganas Sulu, Azzumudie Kiram, adik kepada Jamalul Kiram III belum lagi ditemui.

Di pihak pasukan keselamatan negara, Alhamdulillah tiada kecederaan atau kematian dilaporkan, InsyaAllah semoga ianya berkekalan.

Sementara kita semua rakyat Malaysia menantikan laporan-laporan mutakhir mengenai situasi semasa di Lahad Datu, eloklah teruskan memanjatkan doa ke hadrat Illahi, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar dan insiden di Lahad Datu ini akan tamat jua akhirnya.

Bersatu teguh, Bercerai Roboh…

Terkini: Ketua Penceroboh, Azzumudie Terbunuh! 20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui !!


LAHAD DATU - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.



Adik kepada kepala lanun sulu azzumudie kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi..

Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.
Read more at http://brojinggo.blogspot.com/2013/03/terkini-ketua-penceroboh-azzumudie.html#oaY1J8wOStZAlUjK.99

Terkini!!!Wartawan TV3 Diserang Hendap Penceroboh #LahadDatu.


[Terkini Lahad Datu,Sabah] Detik Cemas Wartawan TV3 Hadapi Serangan Hendap Pengganas!!

Sengit di Lahat Datu!!Bom mortar dan tembakkan Jet saling kedengaran.ATM Gempur!!


UPDATE LAHAD DATU:

Daripada Krew MyMassa yang berada di Felda Sahabat, Lahad Datu, beberapa letupan bom dapat didengar dipercayai daripada jet pejuang tentera Malaysia, Sukhoi yang dijatuhkan di Kg Tanduo.

Selain itu, berita diperolehi serangan mortar ke arah kampung tersebut turut dijalankan

Kg. Tanduo merupakan lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Kepulauan Sulu, Filipina.


DOAKAN KESELAMATAN PASUKAN KESELAMATAN KITA.

NEGARA MALAYSIA, NEGARA BERDAULAT!

From: blog mymassa

Terkini Lahad Datu - Fasa Kedua Serangan Menggunakan UAV



Peringkat pertama serangan pihak PDRM dan ATM pagi tadi bermula dengan serangan Bom yang dilancarkan TUDM melalui jet jet pejuang milik mereka.

Kini fasa kedua apabila UAV (Unmanned Air Vehicle) commonly knows as a drone digunakan bagi melihat kemusnahan lokasi musuh yang telah dibom bagi membuat susulan yang selanjutnya. Pesawat UAV ini merupakan pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang.

Gomo difahamkan apabila selesai UAV melaksanakan misi pasukan VAT 69 PDRM akan masuk menggempur musuh dan menghabiskan saki baki penceroboh. Manakala RMD akan membuat backup.

Kerjasama antara ATM dan PDRM ini setakat ini berjalan lancar dan memberikan impak yang cukup ketara dalam misi selamatkan negara.

Laporan kematian pihak musuh belum lagi diperplehi dan dijangkakan akan diketahui selepas selesai UAV membuat intipan.

Wajib Read :Cerita sebenar Penduduk Lahad Datu!!


Mesej ini dipaparkan dari sumber Reformasin

Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.

They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.

Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.

Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.

Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.

Sah !!! Yahudi beri bantuan senjata pada Sultan Sulu???


JIKA beginilah Istana Kesultanan Sulu di Filipina, bagaimana ratusan askar Kesultanan Sulu boleh memiliki senjata M16 dan pelancar roket serta punyai uniform sendiri? Seperti yang diceritakan oleh Lokman Adam dalam tulisan ringkasnya mengatakan yang Sultan Sulu tidak mempunyai dana sebesar itu yang membawa masuk dan membekalkan senjata mewah kepada askar mereka. Dari siapa mereka perolehi dana? 

Adakah Anwar dengan bantuan Yahudi Israel telah menyalurkan dana tersebut? 

Beberapa minggu sebelum kejadian berdarah di Lahad Datu yang menyaksikan sehingga sekarang 8 orang anggota Polis Di Raja Malaysia terkorban, pihak Intelligence Filipina mengesahkan yang Anwar Ibrahim dan Jeffry Kitingan ada datang menemui Nur Misuari di Manila. Isi kandungan perbincangan juga menyatakan yang Anwar sedang merancang satu pelan besar bagi membolehkan dia menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

Ini bukan fitnah. Ini adalah berpandukan kepada sumber risikan Intelligence Filipina juga dari laporang Reuters dan Manila Post. Ini tidak ada kena mengena langsung dengan UMNO. Akibat dari Utusan dan TV3 telah mengambil keratan laporan dari pihak Filipina, maka siang tadi Anwar telah memfailkan saman kepada dua entiti ini. Persoalannya. Kenapa tidak saman Reuters dan Manila Post sekali? 

Anwar bagaikan cuba mengelak dari bertanggungjawab atas anggota polis yang terkorban. Untuk menutup bangkai Anwar, Tian Chua diarahkan untuk memulakan serangan mulut lancang menghina polis yang terkorban supaya perhatian dapat ditumpukan kepada beliau bukan kepada Anwar. Strategi yang bagus. 

Terkini Lahad Datu!!!Dua Kampung Lagi Didakwa Diceroboh


Terkini laporan sumber, terdapat dakwaan penceroboh telah menduduki beberapa buah kampung. Penduduk di Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian di sini semalam gempar apabila menerima maklumat mendakwa sekumpulan 40 individu bersenjata mencurigakan yang menaiki dua buah bot mendarat di kawasan tersebut.

Kehadiran kumpulan yang didakwa mempunyai kaitan dengan pengganas Sultan Sulu tersebut kemudian dilaporkan oleh seorang penduduk berusia 36 tahun di sebuah balai polis di sini.

Sumber memberitahu, lelaki tersebut memberitahu dia menerima panggilan daripada seorang ketua kampung pada pukul 8.45 pagi semalam yang mendakwa melihat kehadiran sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah bot besar kelmarin.

"Laporan itu juga menyebut lelaki bersenjata tersebut telah membeli makanan secara pukal sekaligus menggemparkan penduduk di dua buah kampung tersebut" katanya.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Tanjung Labian dikenali sebagai Ridal, 32, mendakwa, dia terdengar bunyi teriakan orang yang berlari menuju ke sebuah dewan.
"Kami kemudian nampak ada beberapa penduduk Kampung Tanjung Batu yang sama-sama menuju ke dewan. Mereka kata ternampak sekumpulan lelaki keluar dari kawasan ladang kelapa sawit menuju ke Kampung Tanjung Batu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, pihaknya sudah menghantar sepasukan anggota untuk memantau kawasan terbabit.

"Kita sedang menyiasat jika ada kumpulan yang benar-benar telah memasuki kedua-dua kampung berkenaan," kata beliau.

Bagaimanapun, menurut beliau, pada masa ini, keadaan di kedua-dua kampung itu terkawal dengan pasukan keselamatan sedang membuat kawalan rapi.

Dengan perkembangan terbaharu itu, pihak penceroboh kini telah masuk ke lima buah kampung dengan didahului Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu sebelum diikuti Kampung Seri Jaya, Siminul dekat Semporna dan Kunak.

Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian terletak kira-kira empat kilometer dari Kampung Tanduo.

Luas kawasan yang diceroboh kira-kira 500 meter persegi.

Lokman Adam diranjor Sultan Sulu yang Palsu!!!


Exco Pergerakan Pemuda Umno, Lokman Adam menafikan dakwaan yang disebarkan menerusi laman sosial bahawa beliau merupakan penasihat kepada Sultan Sulu yang "palsu", yang menjadi perhatian di sebalik isu pencerobohan sekumpulan rakyat dari selatan Filipina ke Sabah.

"Saya terpanggil untuk menjawab tuduhan bodoh yang dilemparkan oleh puak pembangkang yang mengatakan saya menasihati sultan palsu yang menyerang negara kita hari ini," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Lokman berkata, tohmahan ini ternyata langkah terdesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gelabah kerana pertemuan beliau dengan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro, Nur Misuari dan pertemuan Datuk Dr Jeffry Kitingan (Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah, dengan Raja Muda Sulu yang "palsu" terbongkar.

Bagaimanapun, Lokman mengakui pernah  dilantik oleh Sultan Sulu yang sebenar iaitu Sultan Roodinood, anak kepada Sultan Julaspi Kiram sebagai penasihat beliau sekitar tahun 2005 untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia berhubung kebajikan mereka.

"Saya juga akui pernah mencetak kad nama jawatan tersebut bagi urusan rasmi dengan kerajaan Malaysia.


"Untuk pengesahan pekara ini, anda boleh merujuk kepada Menteri Luar ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar, kini Pengerusi Spad dan Ahli Parlimen Kota Tinggi.

"Ketika pertemuan saya dengan Tan Sri Syed Hamid Albar sekitar tahun 2006 menceritakan tentang kesusahan kerabat Sultan Sulu ketika itu, Tan Sri Syed Hamid Albar telah menasihatkan saya untuk menyertai Umno semula. Inilah antara punca saya menyertai Umno pada tahun 2007.  Sejak 2006 saya memang tak pernah jumpa Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan saya tak pernah dibayar elaun untuk tugas sukarela yang saya buat untuk beliau," kata beliau.

Lokman berkata, sepanjang tempoh  mengenali beliau, beliau tinggal di Manila dan bukan di Sulu, tempat 'sultan palsu'.

"Apa yang rakyat perlu tahu hari ini ialah, baik sultan sebenar atau sultan palsu, semuanya tak berduit untuk menghantar beratus orang penceroboh memasuki Sabah, membeli M16, pelancar roket dan beli bot laju dan sebagainya.

"Bagaimana secara tiba-tiba menjelang pilihan raya dan selepas pertemuan Anwar Ibrahim dengan Nur Misuari serta pertemuan Jeferry Kitingan dengan Raja Muda Sulu Palsu, pihak kesultanan Sulu palsu ini mampu membentuk sebuah pasukan tentera sedangkan dulunya mereka beli uniformpun tidak mampu," kata bekas pemimpin PKR ini.

TERKINI: TENTERA DAN POLIS LANCAR SERANGAN KE ATAS KUBU PENCEROBOH DIMULAKAN SELEPAS SUBUH TADI


Pasukan keselamatan yang terdiri daripada dua platoon Tentera bersama pihak polis melancarkan serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu

Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo, dekat sini yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina.

Sejak jam 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.

Serangan dibuat selepas mendapat maklumat penduduk mengenai kedudukan kumpulan penceroboh tersebut

Krisis Lahad Datu: 7 Batalion Tentera Dikerah Bantu PDRM


Nampak gayanya kekuatan ATM di Lahad Datu diperkukuhkan. Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebanyak tujuh batalion tentera dihantar ke Sabah bagi membantu pasukan polis. Lima batalion dihantar ke Lahad Datu manakala dua lagi masing-masing di Tawau dan Sandakan.

“Untuk maklumat penduduk Sabah, saya ingin maklumkan bahawa pihak tentera membantu polis sepenuhnya.

“ATM sudah menghantar tujuh batalion yang sedang beroperasi sekarang. Lima batalion di Lahad Datu, satu batalion di Sandakan dan satu batalion di Tawau,” katanya yang dipetik dalam laman Twitternya.

KEADAAN DI SEMPORNA KETIKA INI SEPI MACAM 'PERINTAH BERKURUNG'


Keadaan di pekan Semporna ketika ini cukup sepi apabila stesen minyak pekan Semporna ditutup lebih awal untuk mengelakkan dari kejadian yang tidak diingini.


Hanya Maybank ATM Machine yang masih beroperasi seperti biasa untuk membolehkan pengguna mengeluarkan wang.
Pelancong luar yang tak tahu hendak tuju ke mana ekoran kebanyakan pusat selam skuba menutup operasinya lebih awal. Manakala pusat-pusat hiburan tidak dibuka sama-sekali


Keadaan lengang di pekan Semporna

Ini termasuk stesen minyak dan pasaraya Milimewa yang ditutup awal. Tidak dapat dipastikan kenapa keadaan ini berlaku kemungkinan disebabkan insiden pertempuran penceroboh dan pasukan keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota keselamatan Malaysia

Gambar-gambar dari Utusan Online

GAMBAR DS @NajibRazak BERSAMA 'SULTAN SULU' TERSEBAR!


Ada 2 isu besar pembohongan media pembangkang yang MiM sertakan dalam entri kali ini.

1.  'Sultan Sulu' adalah ahli UMNO

2. Gambar DS Najib Razak bersama 'Sultan Sulu'

Laporan terbaru yang MiM terima ialah pembohongan laporan media pembangkang yang mengaitkan Sultan Sulu dengan parti UMNO!

Datu Mohd Akjan Datu Ali Muhammad, seorang ahli UMNO telah dituduh sebagai Sultan Sulu yang sebenarnya dan di atas perintah beliau, negeri Sabah dicerobohi!


Bagaimana pun, pembohongan ini didedahkan oleh Mohd Akjan di dalam media. Malah, beliau telah membuat laporan polis ke atas pembohongan tersebut. 

Media melaporkan :
As Mohd Akjan moved to clear the air over the controversy, his close aides lodged a police report for alleged slander against him to counter reports that had been made over his alleged installation as the Sulu Sulta. 
Mohd Akjan said he was born in Kampung Limau Limaun in northern Kudat and is a Malaysian. 
“If I accept the Sultan of Sulu position in November, I will have to give up my Malaysian citizenship. I have not gone crazy as claimed by some of my critics. I am fully aware of what I am doing,” he added.
Kenyataan Mohd Akjan itu sekaligus membuka pekung hangit lagi kotor media pembangkang. Dalam masa yang sama, desperado dan sikap terdesak media pembangkang untuk menabur pembohongan dan sengaja mengaitkannya dengan UMNO adalah satu perkara yang sangat jelas.

Lagi Baca DISINI

(MAKLUMAT DAN GAMBAR) BANTU PIHAK BERKUASA JEJAKI PERISIK LANUN SULU INI!!!


BANTU NEGARA !!!

Lelaki dalam foto ini sedang dikesan kedudukannya dipercayai bertindak sebagai penyokong & perisik lanun Sulu yang aktif mengawasi pergerakan pasukan keselamatan & maklumat-maklumat keselamatan berkaitan insiden di Sabah melalui media baru seperti facebook,twitter dll.

Semenjak insiden Lahad Datu dia telah banyak kali menukar nama Facebooknya & memadam gambar-gambar dirinya bersama senjata & latihan ketenteraan yang disertainya dari album fotonya.

Bantu pihak pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat jika anda kenal,tahu atau ada mempunyai maklumat lokasinya atau orang-orang mencurigakan sepertinya. 

Hubungi IPK Sabah 088-253 555 atau sms Rakan Cop POLISSABAH [Maklumat Aduan ] hantar ke 32728 DAPAT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...