Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 26 January 2013

Dialog PENDUDUK SELAMATKAN GUNUNG INAS menemu jalan buntu!!!


Masalah Pembalakkan di Gunung Inas kini sampai ke kemuncaknya apabila Penduduk kampung di sini sepakat untuk mengambil tindakkan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan seterusnya melaporkan kepada Pihak Polis dan SPRM..

Sesi dialog hari ini atas inisiatif penduduk kampung sendiri turut disokong oleh Pemuda Umno Baling untuk mendapatkan khidmat bantuan peguam dari Biro Guaman Pemuda Umno Malaysia untuk mencari jalan penyelesaian penduduk kampung di Gunung Inas bagaimana caranya untuk mengambil tindakkan kepada pihak kerajaan negeri.

SUMBER

Pakatan Haram Mahu Ibrahim Ali Di Penjara Kerana Pertahankan Islam


Riuh rendah para pemimpin pakatan pembangkang mencemuh kenyataan Presiden perkasa, Ibrahim Ali berhubung saranannya supaya dibakar kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan kini sedang giat disebarkan oleh golongan pendakyah Kristian kepada para pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang.

Respon keras oleh Ibrahim itu ada asasnya, lebih-lebih lagi sudah lama umat Islam menahan sabar setelah bertahun-tahun isu kalimah Allah s.w.t telah dengan sengaja ditimbulkan oleh DAP dan para pendakyah Kristian dengan niat untuk merosakkan akidah umat Islam.

Hanya orang yang tidak beriman dari golongan munafikun sahaja yang tidak terasa keesaan Allah s.w.t dan tidak sensitif untuk mempertahankan kesucian kalimahNya dari dinodai oleh pendakyah agama lain.

Seterusnya sini

siapa Pencetus Kebangkitan Dan Penyatuan Umat Islam Sedunia ???



Walaupun Malaysia belum lagi menjadi negara maju, tetapi negara ini berada di kelasnya yang tersendiri sebagai negara yang berpengaruh dan dihormati.  Pendirian Malaysia yang konsisten dan tegas untuk tidak mencampuri urusan negara lain, tetapi menyokong dan membantu segala usaha ke arah keamanan membuatkan kita sering dipilih sebagai rujukan atau pengantara bagi memulihkan keamanan di negara-negara yang berkonflik.

Pendirian Malaysia adalah konsisten sejak era Tun Abdul Razak.  Pendirian ini mendapat kekuatan yang ampuh di era Tun Mahathir apabila beliau melonjakkan Malaysia sepuluh langkah ke hadapan sehingga dikenali sebagai Harimau Asia.

Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Najib jelas mewarisi kehebatan bapanya serta kebijaksanaan Tun Mahathir melalui pengalaman bekerja di era Negarawan tersebut, pantas memperbaharui, meneruskan dan meningkatkan kekuatan yang sedia ada.   Semangat kedua-dua tokoh tersebut jelas terserlah dalam kepimpinan Dato’ Seri Najib apabila beliau berjaya menggerakan perjanjian damai antara kerajaan Filipina - MILF pada Oktober 2012.   Dengan termeterainya perjanjian itu, konflik selama 40 tahun pun berakhir.

Kejayaan tersebut membawa Dato’ Seri Najib ke Gaza pula, di mana penindasan terhadap rakyat Palestin oleh rejim Israel berterusan.  Beliau dan anggota rombongannya termasuk Datin Seri Rosmah tiba di Semenanjung Gaza, Palestin pada 22 Januari bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh.

Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.

Sebelum ini, Palestin telah beberapa kali menyuarakan harapan kepada Malaysia untuk turut membantu membawa keamanan kepada rakyatnya.

Menghentikan penindasan yang mana tercatat di dalam AlQuran dalam pesanan mengenai Yahudi, pastinya tidak mudah.  Langkah awal yang perlu dilakukan ialah meningkatkan kekuatan Palestin terlebih dahulu dengan menyatukan rakyatnya yang berpecah kepada dua, iaitu parti Hamas dan Fatah.

Konflik kedua-dua parti ini bermula pada 2005 selepas kematian Yasser Arafat pada November 11, 2004.  Punca konflik ini juga begitu ‘klasik’ atau terlalu biasa dan dijangka iaitu tuduhan atau hasutan kononnya berlaku nepotisme dan rasuah di dalam kerajaan.  Akibatnya, rakyat Palestin berpecah di mana kedua-dua parti menganggap parti mereka sebagai wakil sah rakyat Palestin dengan Fatah berkuasa di Palestinian National Authority dan Hamas di Gaza.

Pertempuran juga sering berlaku antara kedua-dua pihak ini yang mana menggandakan lagi penderitaan rakyat yang telah sedia tertindas oleh rejim Israel.

Beberapa perjanjian pernah diusahakan antara kedua-dua pihak, antaranya di Kaherah pada May 2011 tetapi tidak berjaya memastikan kedua-dua pihak menurutinya.  Perjanjian Doha kemudiannya ditandatangani oleh Mahmud Abbas (Fatah) dan Haled Mashaal (Hamas) pada 2012 tetapi dianggap sebagai tergendala dan tiada usaha dibuat ke arah pilihanraya bersama.  Kedua-dua parti saling tuduh menuduh dan pertelagahan pun berterusan.

Seperti mana-mana konflik yang melibatkan kepentingan Israel, kedua-dua pihak disyaki menerima bekalan senjata dari Amerika untuk memastikan mereka terus berpecah dan lemah.

Justeru, harapan yang diletakkan di bahu Dato’ Seri Najib ialah untuk membantu kedua-dua pihak membantu diri mereka dengan pertama sekali, bersatu.  Apa yang pasti, harapan agar beliau mengulangi kejayaan di Filipina, di Gaza bukanlah harapan yang tidak berasas.

Ini kerana, Dato’ Seri Najib terkenal sebagai pemimpin yang berani di mana beliau pernah melawat ke kawasan tegang di Selatan Thailand untuk mengusahakan gencatan senjata antara puak pemisah dengan kerajaan Thai.   Beliau juga merupakan antara penggerak keamanan di Bosnia pada tahun 1993 dan juga Somalia.

Di kala negara-negara lain mengalami kerosakan dan kemusnahan akibat perang saudara, perpecahan antara kaum dan pemberontakan menentang kerajaan akibat termakan hasutan, Malaysia yang mempunyai landskap yang rapuh, bermasyarakat majmuk dan telah berkali-kali menghadapi ‘ugutan’ pemberontakan dari pihak-pihak tertentu, kekal berdiri teguh, aman dan makmur.  Segala provokasi agama, prasangka kaum dan perbalahan sesama umat Islam yang tercetus dari hasutan secara berterusan dengan matlamat untuk mencetuskan kekacauan, telah tidak menjadi.  

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahwa kebijaksanaan kepimpinan Dato’ Seri Najib merupakan faktor utama kemampuan Malaysia untuk menepis ‘serangan’ pihak yang tidak bertanggungjawab itu.  Oleh itu, kita tidak ragu-ragu yang Dato’ Seri Najib juga akan dapat membantu Palestin untuk turut ‘menepis’ hasutan ke arah perpecahan dan melakukan yang terbaik untuk mencapai perpaduan.

SUMBER

PESTA BAKAR BIBLE VERSI MELAYU TERJAWAP!!


Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar).

Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar...pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. —

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang.

"Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu.

"Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,” katanya.

Seterusnya click [here]

Zahid Hamidi Failkan Saman Fitnah Terhadap Rafizi


KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.

 Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. Mengikut pernyataan tuntutan, Ahmad Zahid mendakwa Rafizi menerbitkan artikel fitnah itu di laman blog miliknya iaitu RafiziRamli dotcom.

 Ahmad Zahid mendakwa artikel itu adalah tidak benar, palsu dan ditulis dengan niat jahat bagi memberi gambaran negatif berkenaan diri dan pekerjaannya untuk dibaca orang awam. Katanya, Rafizi mengetahui kesan langsung penerbitan artikel tersebut yang membolehkan ia diterbit semula oleh pihak media termasuk media di laman internet.

 Ahmad Zahid turut mendakwa perkataan yang terkandung dalam artikel tersebut membawa maksud bahawa beliau tidak kompeten untuk menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan, menyalah guna kuasa, tidak bertanggungjawab, menyalah guna wang rakyat dan pecah amanah.

 Beliau mendakwa tujuan sebenar Rafizi berbuat demikian adalah untuk melupuskan keyakinan orang awam dan gabungan Barian Nasional terhadapnya terutama dalam pilihan raya umum akan datang. Ahmad Zahid menuntut ganti rugi am dan khas, ganti rugi teladan, penarikan penuh segala kata-kata fitnah serta meminta maaf dalam format yang diberikan Ahmad Zahid dan diiklankan dalam empat surat khabar tempatan, empat bahasa selama dua hari.

 Beliau juga menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel tersebut daripada blog miliknya, perintah larangan daripada mengulangi atau menerbitkan semula termasuk di ceramah, perhimpunan dan kempen pilihan raya. Turut dituntut ialah faedah empat peratus ke atas jumlah ganti rugi, kos dan relif lain. - Bernama 

Perkasa Beri amaran tentang penggunaan Khalimah Allah dlm bible ???


Kenyataan Media Wira Perkasa Malaysia
25hb Jan 2012

Kepimpinan Wra Perkasa Malaysia memandang kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memulakan isu penggunaan kalimah ALLAH ini, secara terang pemimpin-pemimpin DAP yang memulakan isu ini serta tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh pihak kristian yang memberi bible ini kepada pelajar-pelajar Melayu di jelutung, Pulau Pinang tempoh hari. Kenyataan Dato Ibrahim Ali sudah diputarbelitkan Dato Ibrahim Ali ada menyatakan akan membakar bible versi Melayu & Jawi yang mengandungi perkataan ALLAH. Bukan akan membakar bible yang sedia ada.

Tindakan yang sepatutnya di ambil kepada Lim Guan Eng kerana membangkitkan isu ini, tetapi a tiada tindakan yang diambil terhadap mereka-mereka ini. Kenyataan Dato Ibrahim Ali ini menunjukkan kemarahan umat Islam serta mempertahankan ugama persekutuan. Penghinaan demi penghinaan terhadap Agama Islam.
Rentetan peristiwa peristiwa penghinaan yang berlaku terhadap Agama Islam di Malaysia yang menjadi titik mula hingga Islam dihina secara terang terangan secara berterusan dan bila cuba ditentang akan diputar belitkan fakta faktanya sehingga yang memperjuangkanya dicerca dan 
dihina oleh bangsa sendiri yang buta hati.

TIADA TINDAKAN TERHADAP PADERI YANGG MENGHINA ISLAM DAN NABI MUHAMMAD SAW.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta menyiasat segera dan mengambil tindakan tegas terhadap dakwaan seorang paderi mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhamad dan Islam ketika berceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak(Petikan dari akhbar Berita Harian yg bertarikh 28-9-2010, tetapi masih tiada apa-apa tindakan diambil setelah pelbagai laporan telah dibuat oleh beberapa pihak di mana kes tersebut berlalu hampir 2 tahun dan ini adalah titik permulaan penghinaan terhadap Agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di mana ia dipandang remeh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab sehingga perkara tersebut berterusan sehingga ke hari ini.

TIADA TINDAKAN TERHADAP LIM GUAN ENG DAN PASTOR-PASTOR YG MAHUKAN NEGARA INI DIJADIKAN NEGARA KRISTIAN.

Isu pertemuan paderi dari seluruh negara yang dihadiri oleh Lim Guan Eng dan Jefry Ooi yang  dikatakan membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara selain melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu sehingga kini masih tiada apa-apa tindakan diambil sehingga kehari ini.
TIADA TINDAKAN TERHADAP 4 ORANG REMAJA YANG MEMBALING CAT MERAH DAN BOTOL ARAK  DI  SURAU TAMAN PULAI IMPIAN, SIKAMAT, SEREMBAN.

Walaupun kita sebagai umat Islam menerima permohonan maaf tersebut tetapi perbuatan jenayah telah berlaku dan seharusnya hukuman yang setimpal menurut undang undang dijatuhkan kepada mereka. Perbuatan biadap seperti itu perlu di hukum seberat beratnya kerana implikasi perbuatan tersebut amat merbahaya. Ia boleh mencetuskan perasaan marah dan benci yang melampau kepada umat Islam bukan sahaja di kawasan terbabit namun di seluruh negara. Alasan perbuatan tersebut dilakukan kerana marah ditegur kerana bermain mercun langsung tidak dapat diterima.

TIADA TINDAKAN KEPADA ORANG YANG MENYURUH MEMPERLAHANKAN AZAN.
Isu ini menimbulkan kontroversi ekoran daripada aduan seorang ahli MCA yang menulis surat kepada Perdana Menteri meminta suara azan di Masjid Al Ikhlasiah, Pantai Dalam diperlahankan.  Seakan-akan ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama persekutuan di Malaysia. 

TIADA TINDAKAN TERHADAP ORANG-ORANG YANG MENYEBARKAN AGAMA KRISTIAN SEDANGKAN DALAM ARTIKEL 11(4) ADA MENYATAKAN TIDAK BOLEH SEWENANG-WENANGNYA MENYEBAR AGAMA –AGAMA YANG LAIN TERHADAP ORANG-ORANG YANG BERAGAMA ISLAM.

Isu ini juga seperti isu isu yang sebelum ini. Tiada apa apa tindakan diambil terhadap individu individu yang terbabit dalam perkara tersebut yang mana perkara tersebut terang-terangan melanggar peruntukan di dalam "Article 11 (4) – State law and in respect of the Federal Territories of Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya, federal law may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam".  

Para penganut agama lain di Malaysia perlu dididik tentang pentingnya mereka menerima ketinggian kedudukan Islam khususnya di sudut Perlembagaan Negara (Artikel 3). Hanya Islam sahaja yang menjadi agama negara dan tidak agama lain. Maka sudah tentu, para penganut agama lain perlu menghormati kedudukan ini. Islam sentiasa menjamin kebebasan penganut agama lain untuk beramal dengan agama mereka.

TIADA TINDAKAN TERHADAP BEBERAPA BUAH MASJID YANG DILETAKKAN KEPALA KHINZIR.

Tidak cukup dengan isu lontar cat merah dan botol arak di surau dan sekali lagi kita umat Islam dikejutkan dengan perbuatan meletakan kepala khinzir dibeberapa buah masjid di Selangor dan Johor. Juga tiada sebarang tindakan atau tangkapan dibuat oleh pihak berkuasa walaupun pihak polis telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menangkap dalang disebalik perbuatan tersebut.

Ada pihak yang ingin melihat keharmonian Negara tergugat dan melakukan berbagai provokasi supaya rakyat berbilang kaum dan agama di Negara ini yang hidup aman dan damai terguris.
TIADA TINDAKAN TANGKAPAN TERHADAP 3 ORANG LELAKI DAN SEORANG PEREMPUAN YANG MENGEDAR BIBLE KEPADA PELAJAR MELAYU ISLAM DI JELUTONG PENANG

Apakah sebenarnya dan maknanya dengan memberikan bible tersebut kepada pelajar Melayu walaupun bible tersebut tidak mengandungi Kalimah Allah jika ada saya yakin ianya hanya mahu menyesatkan anak-anak Melayu Islam.

Bayangkan jika ada Kalimah Allah di dalamnya pasti anak Melayu akan menjadi keliru bila mana nama Allah tercatit di dalam bible sedangkan penggunaannya telah dilarang untuk agama lain selain agama Islam.
Secara terang terangan memang wujud gerakan untuk menyebarkan agama kristian kepada orang Melayu Islam di Malaysia. Sedangkan kita umat Islam tidak pernah berbuat demikian walaupun kita boleh berbuat demikian kerana Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia. Kita masih boleh bertolenrasi jika tiada perkara yang boleh menganggu gugat Islam di Malaysia.

Dari semua yang disebutkan diatas dan beberapa isu lagi yang berkait dengan peghinaan terhadap Agama Islam sebagai agama persekutuan Malaysia adalah titik mula bagi penghinaan yang akan berterusan jika tiada sebarang tindakan yang agresif diambil bagi membendung konflik tesebut dan kadang kala isu isu tersebut akan diputarbelitkan oleh pihak pihak yang tertentu mahupun individu yang berkepentingan dalam ingin menjadi juara dalam isu tersebut.

Kami Wira Perkasa Malaysia tetap akan bertegas dan akan menyokong tindakan Presiden Perkasa yang mana tindakan beliau adalah bertujuaan mempertahankan akidah dan memelihara Umat dan Ugama Islam.
Kita tidak gentar akan suara suara pengkhianat pengkhianat ugama yang cuba memesongkan akidah umat Islam. Saya sesungguhnya percaya bahawa, keamanan dan kedamaian yang kita kecapi hari ini, datangnya melalui usaha kita dengan izin Allah dan bukannya secara kebetulan. In Sha Allah.
Irwan Fahmi Ideris 
Ketua Wira Perkasa Malaysia.

budak hilang ditemui mati ..

William Yau disahkan  mati

Sungguh tak disangka kan, kanak-kanak yang hilang dalam masa kurang dari 2 minggu ditemui dalam keadaan organ dalamnya yang sudah reput. Macam-macam cara digunakan untuk cari adik William Yau nie, sampaikan poster Help Find Him nie di tampal ke semua negeri. Tapi apa kan daya, kanak-kanak malang ini, diketemukan dalam keadaan yang menyedihkan.

Pengecaman dibuat oleh ibu bapa mangsa, Goh Ying Ying dan Yau Kok Kang di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pagi tadi, melalui seluar pendek, seluar dalam dan juga parut di dahi serta dibahagian belakang kepala mayat mirip anak mereka.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pegawai perubatan tidak dapat menentukan sebab-sebab kematian kerana mayat reput dan percaya ia sudah meninggal sejak seminggu lalu. So, ini bermakna dia cuma hidup dalam masa 2 hari dari tarikh kehilangannya?

Katanya, sampel tulang dan rambut diambil untuk ujian DNA mangsa kerana organ dalaman lain sudah reput. Tiada kecederaan luar di tubuh mayat itu. Cuma bekas gigitan binatang yang menjamah mayat ketika berada di air. Dan yakin 75% mayat yang ditemui adalah kanak-kanak yang hilang itu.

Tapi apa pun, ujian DNA akan diperolehi dalam masa 3 hari untuk pengesahan lanjut. Menurutnya lagi, tempat mayat kanak-kanak ditemui semalam pula terletak  kira-kira 30 kilometer dari tempat William dilaporkan hilang.

So apa pun, ambil kejadian ini sebagai langkah berhati-hati untuk para ibu bapa diluar sana.

SUMBER:DAENG SELILI

Iri hati tetao ada pd PM walaupon PM pergi Gaza !!


Anwar yang memperlekehkan lawatan Perdana Menteri ke Gaza, merupakan kenyatan yang datang dari orang yang busuk hati dan dengki terhadap keberanian Najib melawat Palestin untuk meninjau sendiri keadaan umat Islam di sana.Apa saja yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan juga kerajaan BN hari ini akan dipandang serong dan diputar belit oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat di negara ini.

“Ini semua kenyataan yang bersifat dengki dan iri hati. Jelas puak pembangkang ini tak dapat nak sembunyikan rasa dengki dan iri hati mereka terhadap keberanian PM kita bila beliau sendiri melawat Palestin untuk meninjau keadaan umat Islam di sana.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...