Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 7 January 2013

18SXXX!!! Kisah TERLAMPAU seorang suami...


Che Rokeman Musa, 39, menempuh saat paling mencabar kesabarannya apabila berulang kali didesak oleh mentuanya supaya menceraikan isterinya setelah dia meninggalkan Pas untuk menyertai UMNO pada 2008.

Bapa kepada tujuh orang anak itu yang menetap di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut di sini, menceritakan jika tidak kerana salah seorang anak kecilnya yang manja sentiasa menyejukkan hatinya dia tidak tahu bagaimana keadaan keluarga kini.

"Isteri saya menangis setiap kali mendengar gesaan keluarganya. Dia dalam keadaan tersepit apatah lagi hubungan kami mesra biarpun saya tidak boleh berikan kemewahan kepadanya. Mentua melihat saya tidak lagi layak menjadi suami kepada anaknya kesan gejala mengkafirkan UMNO.

"Syukurlah keluarga kami bertahan dan kekal bersama anak-anak," ujar Che Rokeman yang bertugas sebagai operator jentera berat kepada Utusan Malaysia.

Menurut Che Rokemen, dia adalah salah seorang penyokong kuat Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang dan menjadi Setiausaha Pemuda Pas cawangan di kampungnya pada 1991 hingga 1999.

Katanya, semasa dalam Pas dia berasakan dipandang tinggi mentua apatah lagi dengan banyak peranan yang dilakukan untuk kepentingan parti.

"Seluruh ahli keluarga saya sejak datuk saya lagi penyokong Pas dan saya mewarisinya. Malah, tapak surau yang kemudiannya turut dijadikan markas Pas di kampung adalah tanah pemberian keluarga milik emak," ujarnya.

Che Rokeman memberitahu, sejak kecil lagi dia dididik menyokong perjuangan Islam dan setelah berperanan di dalam Pas, dia ingin melihat parti itu terus kuat dan kukuh supaya syiar Islam dapat berkembang.

Tetapi katanya, setelah ditakdirkan Pas memerintah Terengganu selepas Pilihan Raya Umum 1999, beberapa tindakan para pemimpin atasan dan jentera parti di akar umbi menjadi keterlaluan dan dibiarkan dalam keadaan tidak menentu.

"Kejadian menghalau kanak-kanak di tadika Kemas beransur mengikis keyakinan saya, walaupun awalnya saya rasa itu sekadar mainan akhbar seperti Utusan Malaysia.

"Tetapi apabila kejadian itu turut berlaku berhampiran kampung saya, saya menitiskan air mata, kesal dan sedih. Biarpun bangunan itu milik kerajaan tetapi mengapa tergamak menghalau kanak-kanak," ujarnya.

Dalam masa sama, katanya, dia tertarik dengan kesederhanaan pemimpin UMNO di daerah ini yang tidak bersikap memusuhi malah sedia membantu jika diminta biarpun untuk kepentingan kumpulan penyokong Pas dan akhirnya menyertai parti itu menjelang Pilihan Raya Umum 2008.

SERBUAN ORG RAMAI:Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang Nak Kena Serbu!

BOLEH KLIK GAMBAR UTK LEBIH JELAS
Ish.ish. Biar betul weh! Ada ke patut! Mana taknya, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang akan akan jadi havock gila pada hari Jumaat, 11 November 2013 sempena Lawatan Rasmi Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato' Seri Ahmad Shabery Bin Cheek serta perasmian Bangunan baru Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Program akan bermula berlangsung seawal jam 7.30 pagi hingga 6.00 petang.

Berbagai-bagai acara sampingan akan dijalankan. Antaranya memanah, autoshow, pertandingan karaoke, wall climbing, fun games, senamrobik mesra dan bersama ikon sukan Hafiz Moto GP dan Nabil AF3. Wow! Ada ikon sukan dan artis sekali weh! Ada sukan interaktif termasuk simulasi golf. Weh! boleh buat ek! Ada pulak persembahan nyanyian, paintball target dan pertunjukkan game remote control.

Disamping itu pameran agensi-agensi kerajaan dan swasta pun turut serta dan pendaftaran sukarelawan belia. Moh weh! Jangan ketinggalan. Bawak sekali mak ayah bersama-sama. lagi meriah!

Semua dijemput dan hadiah cabutan bertuah menanti kome semua. Kalau kome tak tau jalan dan nak keterangan lanjut, boleh hubungi kat bawah:

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang
Jalan Sultan Azlan Shah,
11700 Batu Uban, Pulau Pinang
Tel    : 04 – 6554444/ 04 – 6551071
Faks : 04 – 6574444

PR MANA PERCAYA MEDIA KERAJAAN... KENAPA SEKARANG BARU NAK GUNA???


Biler tengok sahaja gambar diatas sudah pasti penyokng pr khususnya tidak mempercayai apa yang digembar-gemburkan oleh media ini.Yang pelik nya entah kenapa le tetiba nak guna saluran tv2 ni untuk memperjelaskan amanah nya.Pelik kan

Bukan kah penyokong PR lebih percaya media2 seperti youtube.bagi mereka sendiri media seperti TV 1 tv2  tv 3 dan sebagainya dikontrol oleh kerajaan sendir.Amat pelik kenapa baru sekarang nak guna media ini.Bukan kah media ini yg sering dikutuk dan dicaci seperti TV3 suku.

Guna je lar saluran utube kalau betul ikhlas,bukan apa mungkin ini cara paling efektif untuk perjelaskan sesuatu isu..Bukan apa kome sendiri kata ni media bn lar,itu lar ini lar...Saranan teman guna je lar youtube..Semua leh tgk...Heee



20 NGO Berang dgn Guan Eng!!!


SERI ISKANDAR 6 Jan. - Lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini mengecam kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk kitab Bible versi bahasa Melayu.

Seiring dengan bantahan itu, pertubuhan berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah pagi ini mendesak pihak berkuasa menyiasat kenyataan tersebut dan mengambil tindakan tegas ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Antara NGO yang terlibat adalah Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (Mapim), Majlis Belia Daerah Perak Tengah, Gerakan Belia 4B Malaysia kawasan Parit dan Persatuan Sepak Takraw daerah Perak Tengah.

SUMBER

BONGKAR!!! Penyelewengan Tabung Memali ??


KUALA LUMPUR 6 Jan. - Pas berterusan dihimpit pelbagai isu yang menghakis keyakinan rakyat kerana belum pun reda kontroversi Amanat Haji Hadi kini, pucuk pimpinan parti itu didesak pula menyiasat dakwaan penyelewengan Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Desakan itu dibuat sendiri Zainon Ismail atau CN Al-Afghani yang merupakan salah seorang daripada tiga individu yang bertanggungjawab mengurus Tabung Memali selepas tidak sanggup lagi melihat hak serta harta anak-anak yatim, balu dan mangsa Memali 'diratah' pihak lain.

Dalam nada tegas, beliau berkata, jika pucuk pimpinan Pas enggan menyelesaikan isu penyelewengan Tabung Memali tersebut, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat sekali gus bakal mendedahkan lebih banyak sisi gelap pemimpin parti itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130107/po_15/Penyelewengan-Tabung-Memali-terbongkar

SYAITON BUAT LAWAK!!! HAHAH


Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya… … ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawab!
Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu.
Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik..

Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya!
Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

“Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!” Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???”
Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab…

“”Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat”"
“”Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… “”
“”Aduhai… (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) hehehehe…..

SUMBER

[TERKINI] : PELAJAR SAMAKAN UNISEL SEPERTI TALIBAN!!? APA PUNCANYA???


SHAH ALAM - Tindakan Universiti Selangor (Unisel) mengenakan bayaran RM200 sebulan bagi menanggung kos penginapan dan pengangkutan sepanjang menghuni penempatan sementara adalah tidak wajar sama sekali.

Keputusan itu tidak disenangi sebahagian besar pelajar yang diarahkan berpindah. Lebih malang, operasi pemindahan pelajar tidak langsung dibantu oleh pihak universiti.

Tindakan lepas tangan dan tidak berhati perut oleh pihak universiti membuktikan pihaknya tidak mengutamakan kebajikan pelajar.

Sebagai sebuah universiti di bawah kerajaan Selangor yang mengutamakan kebajikan rakyat, perkara seperti ini sepatutnya tidak berlaku.

"Ketika kami berdepan masalah, mana kumpulan mahasiswa seperti Gamis, SMM dan KAMI yang heboh sana-sini sebagai pejuang mahasiswa itu?

"Sepanjang operasi pemindahan, tiada seorang pun wakil dari mereka bertemu dan membantu kami memindahkan barang.

"Mereka ini bukan pejuang tulen mahasiswa, mereka ini hanya alat politik pihak pembangkang (pakatan haram)," kata salah seorang mangsa pemindahan yang ditemui semalam.

Unisel sebelum ini mengarahkan untuk mengosongkan 44 blok asrama pelajar akibat mendapan yang serius sehingga mengganggu kelancaran sistem kumbahan, perparitan dan kabel bawah tanah.

Kesemua pelajar sama ada pelajar baru mendaftar dan pelajar sedia ada diputuskan untuk ditempatkan di beberapa rumah penginapan antaranya di Kota Puteri, Ijok; Azalea Court Bandar tasik Puteri, Rawang; Resort Mega Crystal Kuala Selangor; Taman Ilmu di Bestari Jaya dan sekitar Bukit Minyak.

sumber

Gila BABI !!! Isteri Dalam Pantang Di Belasah Oleh Suami Kerana Cemburu ???


KANGAR - Seorang suami dilapor telah membelasah isterinya yang dalam pantang di rumah mereka di Kampong Repoh dekat sini awal pagi semalam, akibat cemburu.

Lelaki berumur 40 tahun itu bukan sahaja membelasah isterinya dengan lesung batu, kerusi dan bingkai gambar, malah membakar pakaian dan motosikal isterinya, yang baharu 40 hari melahirkan anak kedua mereka.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Abdul Rahman Mohd Noordin berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi.

Si suami dikatakan baharu pulang dari Kuala Lumpur dan dia kini direman selama empat hari.

Mangsa yang berumur 27 tahun kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Abdul Rahman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan menggunakan api. - Bernama

ORANG BATU GAJAH YANG BERJAYA!!! TAHNIAH YUNA


Lagu ciptaan penyanyi bertaraf antarabangsa iaitu Yunalis Zarai berjudul Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Ahad.

Dengan kemenangan lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.

Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari).


Diikuti dengan lagu Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).

Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok serta lirik oleh Azlan yang dinyanyikan oleh Azlan & The Typewriter sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.



Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Ku Akui ciptaan sepenuhnya Ajai nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.

Hafiz turut membawa pulang trofi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.


Ia adalah kemenangan kali ketiga buat penyanyi kelahiran Sabah itu untuk kategori tersebut.

Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Persembahan 12 finalis AJL27 diadili seramai 10 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik diantaranya Hetty Koes Endang, Yasin, Aubrey Suwito, Edrie Hashim, Helen Yap, Azmeer dan Ad Samad.

Penjurian dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Sementara itu, bagi kategori Anugerah 'Juara Mobile' yang pertama kali diperkenalkan tahun lalu bagi mengiktiraf lagu yang mendapat muat turun Nada Dering Pemanggil (Call-Me-Tones) terbanyak menerusi The Cube dimenangi oleh lagu Ombak Rindu ciptaan sepenuhnya oleh Nurzaidi Rahman yang dinyanyikan Hafiz dan Adira.

Pertandingan bertemakan 'Ekspresi Seni' memaparkan grafik seperti kaleidoskop, pop-up art, doodle art, light trail, typography, papercraft, pencil sketch dan imej 3 Dimensi (3D) yang memberikan impak mendalam pada persembahan.

Acara tersebut dihoskan oleh gandingan dua pengacara hebat iaitu Faizal Ismail dan Cheryl Samad.

Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor, Ziana Zain, Misha Omar dan Royal FT Force untuk persembahan pembukaan yang hebat dan memukau.

Manakala segmen interlud menampilkan empat lagenda Rock Malaysia iaitu Rahmat (Mega), Aris Ariwatan, Joey (Bumiputera Rockers) dan Ramli Sarip.

Menyampaikan lagu-lagu seperti Bayangan Gurauan, Lamunan Terhenti, Seribu Tahun Takkan Mungkin dan Kamelia, segmen 'Rock Kapak' itu turut menampilkan empat gitaris iaitu, Rodi (Kristal), AG Coco, Edrie Hashim dan Man Kidal.

Pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS mengetuai persembahan pada malam itu.

PERLU BACA: PARASIT SEBENAR DALAM AGENSI JABATAN KHIDMAT MASYARAKAT!!! MENTERI BERKENAAN PERLU BACA

Agaknya kita boleh labelkan orang yang kerja kerajaan ni sebagai jenis yang tidak tahu bersyukur kut.Bukan apa masa mengundi kau undi pr tetapi apabila kerajaan bg insentif ke apa ke.Kau orang yang pertama duduk paling depan ambil benda ni.

Kenapa lar kerajaan tak bertindak tegas dalam hal ini,Anak Jati Malaya baru sahaja menerima aduan dari seorang rakan facebook iaitu ALI bukan nama sebenar.Dalam chat tadi kami ada menyentuh soal isu parasit didalam kerajaan.



nak jelas klik gmbr.

Daripada perbincangan teman dengan Ali bukan nama sebenar tadi,beliau juga ada memperkatakan didalam chat tadi bahawa daripada pengarah,timb pengarah 1,pen pengarah semuanya adalah org pr sendiri termasuk pegawai kebajikkan daerah kinta dan beberapa org staff di pejabat Teluk Intan sendiri.

Menurutnya lagi memamng tidak wajar mereka berada di kerusi tersebut,bukan apa apabila kerajaan membuat sesuatu penyampaian ,mereka ini lah akan sengaja melengah 2 kan pemberian kemudian rakyat akan marah kepada kerajaan kononnya mereka tidak membuat apa2 kerja.

Jadi sebagai media,tugas Anak Jati Hanya menyampaikan keluhan yang terbuku dihati2 rakyat yang inginkan perubahan drastik diperingkat setiap agensi2 kementerian khususnya JABATAN KHIDMAT MASYARAKAT.Anak Jati begitu mengharapkan tulisan blog ini dapat dibaca oleh pihak yang bertanggungjawab.

TERIMA KASIH SALAM 1 MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...