Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Monday 10 February 2014

WEE KA SIONG BELASAH TERESA KOK?.?

KOTA KINABALU - Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong menasihati Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok supaya memohon maaf berhubung penerbitan klip video 'Onederful Malaysia CNY 2014' yang dikaitkan dengan Teresa.
    
Beliau berkata, Teresa harus bersikap lebih sensitif dan matang dalam membicarakan sesuatu mesej di khalayak umum sebagaimana budaya masyarakat Cina.
    
"Kalau orang Islam boleh bermaaf-maafan pada perayaan Aidilfitri, kita orang Cina patut melafazkan kata-kata yang akan membawa tuah kepada orang lain. Itu adalah sebahagian sedekah kepada orang lain.
     
"Kita tidak nak orang anggap budaya Cina yang memaki hamun dan mempersenda orang ketika perayaan. Itu bukan budaya kita (Cina) yang seharusnya melakukan perkara demi kebaikan semua orang dan tidak merosakkan hati orang lain," katanya di sini, malam tadi.
    
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis makan malam Tahun Baharu Cina anjuran MCA Sabah yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
    
Klip video yang tersebar luas melalui YouTube itu memaparkan Teresa selaku pengacara dan tetamu undangan satu majlis mengeluar kenyataan menyindir kerajaan dan beberapa perkara lain seperti isu keselamatan di Sabah.
    
Dalam pada itu, Ka Siong meminta pihak berkuasa mengambil tindakan adil ke atas pihak yang membuat laporan polis berhubung isu klip video itu termasuk oleh
Teresa sendiri.
    
Beliau berkata, pihak polis perlu menjalankan siasatan dan menentukan tindakan mengikut undang-undang selepas siasatan lengkap dilakukan.
    
"Saya terkilan kalau ada laporan oleh mana-mana pihak, polis harus siasat tidak kira laporan terhadap Teresa Kok atau dari Teresa Kok sendiri. Komen tidak payah siasat itu adalah andaian pilih kasih," katanya.
    
Sementara itu katanya, MCA berpendirian bahawa tawaran beserta ganjaran untuk 'menampar' Teresa berhubung video itu tidak menepati budaya dan melampaui batas
rakyat yang berfikiran rasional di negara ini. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...