Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 3 July 2012

~perhimpunan menyokong pembinaan SEKOLAH AGAMA RAKYAT,PENGKALAN PEGOH~

Satu perhimpunan telah berlaku di Desa Aman untuk mempertahankan Sekolah Agama Rakyat berlangsung dengan penuh bersemangat dan jayanya.Beberapa Bdana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah berkumpul bagi menunjukkan sokongan pembinaan sekolah agama rakyat ini.








Demonstrasi ini dimulakan dengan bacaan doa, pidato daripada Ustaz Kadir, En. Faizal bekas pemimpin Angkatan Muda PKR, Hidzir bekas pemimpin PKR Baling, Pengerusi daripada majlis Ayahanda Pertubuhan Dakwah Islamiah dan pihak penganjur.


Dengan menggunakan jentera Skylift demonstrasi ini berlangsung secara aman tetapi penuh bersemangat demi untuk mempertahankan pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman/Pegoh Aman.


dimulakan dgn ceramah pendek yang berintipati kn tntg Sekolah Agama Rakyat Harus dipertahankn dan diteruskan pembinaannya



hadirin yang hadir mendengar kata2 yang disampaikan







pidato yang disampaikan oleh Ustaz Kadir


taklimat oleh cik Mohd Narawi


ucapan seterusnya diteruskan oleh  Pengerusi Majlis Ayahanda-Ayahanda negeri Perak (MAAP), "kami tidak akan berganjak daripada mempertahankan Institusi Agama Islam daripada dilacurkan oleh parti-parti politik yang sanggup bersengkongkol dengan wakil rakyat kafir harbi untuk menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat ini"

katanya lagi "Kami sentiasa akan berada di barisan hadapan demi untuk mempertahankan Agama Islam"
Katanya lagi, "Lee Bon Chye dan parti yang bersekongkol dengan kafir harbi diingatkan, jangan terlalu bertindak biadab ke atas Agama Islam, kami tidak akan berdiam diri jika Agama Islam di permainkan".


Demonstasi ini kemudiannya turut membuat gimik penyerahan surat kepada Pengerusi Ketua-ketua Kampung DUN Sungai Rapat haji Alang Abdul Rahman untuk diserahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam negeri Perak.




watikah yang akan dibawa menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak sebagai Ketua Agama Islam negeri Perak.







Selepas itu kumpulan demonstrasi ini berarak disekeliling Taman Desa Aman dan Pegoh Aman seterusnya berada ditepi jalan ke Lahat.














Sambil berteriak Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! peserta demo penuh bersemangat akan mempertahankan Sekolah Agama Rakyat ini hingga ke titisan darah yang terakhir.



Gurubesar Sekolah Agama Rakyat Ustaz Jamaluddin berkata,"saya bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana masih ramai umat Islam yang berani tampil untuk mempertahankan Sekolah tempat anak-anak umat Islam belajar".
Katanya lagi" umat Islam yang tidak menyokong pembinaan sekolah Agama Rakyat ini diminta datang dan lihat sendiri keadaan anak-anak umat Islam yang belajar dalam ruang yang tidak selesa, tidakkah mereka kasihan melihat anak-anak ini belajar?"
Demonstrasi aman telah bersurai dengan penuh tertib pada lebih kurang 11.00 pagi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...