Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday, 23 July 2013

INFO PANAS UNTUK AHLI UMNO !!! Format Baru Pemilihan Umno Hanya Memberi Kelebihan Kepada Yang Berkuasa!!!


Format pertandingan sudah berubah. Jika dulu calon-calon hanya perlu menumpukan kepada 2500 perwakilan, kini dengan format baru mereka terpaksa pula menggerakkan kempen mereka hingga ke 19 ribu cawangan seluruh negara.

Perwakilan dari 19 ribu cawangan yang berjumlah 145 ribu orang dari 191 bahagian akan diberi mandat untuk memilih kepimpinan MKT.

Dengan 2500 perwakilan pun seseorang Ketua bahagian begitu sukar untuk mengawal dan menentukan undi G13, apatah lagi untuk mengawal berpuluh ataupun beratus-ratus cawangan yang berada di bahagian mereka.

Tapi pemimpin-pemimpin UMNO memang diakui, mereka sangat mahir berhadapan dengan apa juga format pemilihan dalaman parti. Buatlah macam mana pun, mereka tetap ada cara dan pendekatan bagi mengakses dan mendapatkan sokongan perwakilan untuk jaminan kemenangan mereka.

Cara jual nama presiden, jual nama Menteri dan Menteri Besar, larikan perwakilan, gunakan agensi-agensi di bawah jagaan mereka, tawaran projek dan jawatan, ikat perwakilan melalui ketua cawangan merangkap JKKK, dan pelbagai lagi kaedah yang luar kotak pemikiran ahli biasa, mereka boleh lakukan.

Jika perwakilan dari 19 ribu cawangan ini hanya ikut dan sokong saja nama-nama pemimpin yang di endorse oleh Ketua Bahagian, maka mudahlah kerja calon-calon ini. Mereka hanya perlu jaga Ketua Bahagian dan orang-orang ketua bahagian. Jika majoriti dari 191 Ketua Bahagian ini berpengaruh di peringkat cawangan, maka semakin tinggilah nilai atau harga diri seseorang Ketua Bahagian pada pandangan calon-calon yang bertanding.

Politik wang tak mungkin terhapus, malah dengan format baru ini calon-calon perlu "lipatgandakan" budget politik wang. Maklumlah, dulu setakat budget untuk beli 2500 undi saja. Sekarang nak beli 19 ribu ketua cawangan pula. Itu pun jika perwakilan cawangan taat dan ikut saja kehendak Ketua Cawangan. Jika perwakilan cawangan pun sudah "masuk angin", ketua cawangan pun akan hilang kawalan.

Melalui format lama dulu telah membolehkan perwakilan G13 kenal apa itu politik wang dan akhirnya mereka penyakit ketagih wang, maka dengan format baru ini nanti, budaya "ketagih wang calon-calon MKT" ini akan menular hingga ke 145 ribu perwakilan cawangan pula.Dulu orang cawangan ini hanya "dengar" perwakilan KL dapat banyak wang. Sekarang mereka sendiri sudah ada hak mengundi calon MKT. Jadi mereka pun mahu cuba macam mana rasanya dapat wang calon MKT.

Jika dulu wang calon-calon MKT hanya berlegar di kalangan 2500 perwakilan sahaja kali ini wang calon-calon ini akan berlegar dan turun hingga ke grassroot.

Yang paling beruntung ialah broker-broker pemegang dana, khususnya Ketua-ketua Bahagian. Malah Ketua-ketua bahagian dan calon yang mahu lawan ketua bahagian juga pasti akan bersaing di antara satu sama lain untuk mendapatkan dana dari calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan calon-calon MKT.

Dana yang berjaya dikutip dari calon-calon ini akan mereka gunakan untuk membolehkan mereka bertanding dan mendapat kemenangan dan menyelamatkan diri mereka terlebih dahulu di bahagian-bahagian.

Akan muncul ramai calon-calon yang mengaku "mereka proksi calon-calon" MKT tertentu yang menawarkan diri bertanding samada jawatan Ketua Bahagian, Tim. Ketua Bahagian, dan Naib hinggalah ke AJK bahagian.

Mereka akan bertanding tanpa mengeluarkan duit poket sendiri. Kos mereka bertanding akan ditanggung melalui kebijaksanaan calon-calon bahagian ini mendapatkan dana dari calon yang bertanding di peringkat pusat. Pandai mereka convince dan gelembong calon MKT, banyaklah dana mereka akan dapat.

Keadaan akan menjadi sangat meriah kerana dana pusingan modal akan bergerak lebih aktif dan menyeluruh berbanding dengan pertandingan mengikut format lama.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...