Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 31 January 2013

'P' Punya Pasal ??


Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit. Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang. Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga! Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong . Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan … Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang ….. Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa … Pup …. Pelita Padam 

Kerajaan Kejam:Wanita bersalin di penjara bebas awal

Foto

Shah Alam: Seorang wanita warga Tibet yang melahirkan bayi lelaki dalam penjara berjaya dalam permohonannya apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam meminda hukuman penjara 15 bulan kepada 10 bulan atas tuduhan memiliki pasport Malaysia palsu, Julai tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah meminda hukuman itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan Gangri Dolma, 28, supaya sabitan terhadapnya dikurangkan.


Abdul Alim berkata, selepas tamat tempoh penjara itu, Gangri perlu segera pulang ke negaranya.

Mahkamah Sesyen Sepang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.


Gangri mengaku memiliki pasport Malaysia yang dipalsukan di pejabat Imigresen Bahagian Operasi balai Ketibaan Aras 3, MTB Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, jam 3.10 petang, 6 Julai 2012.


Ibu kepada seorang anak berusia tiga bulan itu bersalah mengikut Seksyen 12 (1) (a) Akta Passport yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Hmetro

Ust Nasha lega digugurkan calon Pas



KUALA LUMPUR 30 Jan. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berasa lega dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon Pas bagi mempertahankan kawasan Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawabnya selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang.

''Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik.

''Mudah-mudahan sesiapa sahaja yang diangkat menjadi calon selepas ini dan di mana sahaja mereka dicalonkan, mereka akan dapat meneruskan agenda parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam sesi taklimat dan pembentukan Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan di Masjid Negara di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengesahkan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada PRU-13 nanti.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Nasharudin tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi itu selepas namanya tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri.

Sementara itu menjawab satu soalan, Nasharudin berkata, setakat ini berdasarkan laporan media beliau hanya dipecat sebagai ahli majlis syura dan bukannya ahli parti.

Ditanya desas-desus yang beliau akan dipecat sebagai ahli parti, beliau berkata;

''Saya tidak pasti. Semacam petunjuk saya dipecat itu ada tetapi saya tidak pasti.''

Beliau berkata, setakat hari ini surat pemecatannya secara rasmi sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas masih belum diterima.

''Saya tidak berbohong jika saya telah terima surat tersebut,'' katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan tindakan merugikan parti itu ada kaitan dengan tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

''Ada kemungkinan, sebab kenyataan terbuka ini (pemecatan sebagai ahli majlis syura ulama) dibuat selepas saya pulang dari Gaza,'' katanya.

UTUSAN

Xclusive : Beli Popcorn Dapat Rambut di AEON Rawang



Anak Jati terima satu email tentang ketidakpuasahati seorang penonton wayang dengan respon oleh pihak TGV Aeon Anggun Rawang .Siapa tak marah jika beli popcorn tiba-tiba rambut yang dijumpai. Makan rambut. Bukan makan popcorn.

Pengadu berkata "pastu aku terus pegi ke kaunter jumpa manager cawangan tu, aku tunjukkan rambut tu kat dia. boleh lak dia cakap "OH ADA RAMBUT YA" itu jer, mintak maaf pun tidak. apa punya manager.. malam tu gak pas tengok wayang aku terus buka laman web TGV dan buat komplen."

Adalah baik tindakan segera diambil bagi menyelesaikan masalah kebersihan di TGV AEON Rawang. Pengadu adalah pelanggan yang harus dilayan dengan baik. Ada peruntukan undang-undang boleh diambil ke atas TGV AEON Anggun Rawang. Aduan pengadu tidak dilayan dengan baik.

Dibawah adalah email pengadu mengenai perkara tersebut.


assalammualaikum dan salam sejahtera.

pada 15hb Jan 2013 yang lalu kira kira jam 9:00mlm, tajuk cerita PARENTAL GUIDANCE aku dan kawan aku pergi menonton wayang di TGV cawangan AEON Anggun Rawang. sebelum masuk panggung aku beratur beli popcorn royal. aku tengok awek yang jaga kaunter tu pakai topi tapi rambut dia panjang keluar. so aku pikir lantak ko lah janji jaga kebersihan. ceritapun dah start, punyalah kusyuk tengok wayang sambil makan popcorn tetiba semasa aku kunyah popcorn tu aku rasa sesuatu dalam mulut aku, aku terus ke tandas dan keluarkan popcorn yang ada dalam mulut aku tu dan letak atas tisu. alangkah terkejutnya aku ada sehelai rambut kat popcorn tu.

pastu aku terus pegi ke kaunter jumpa manager cawangan tu, aku tunjukkan rambut tu kat dia. boleh lak dia cakap "OH ADA RAMBUT YA" itu jer, mintak maaf pun tidak. apa punya manager.. malam tu gak pas tengok wayang aku terus buka laman web TGV dan buat komplen. pastu pihak TGV ada call aku keesokanya dan dia kata dia orang akan buat siasatan, setelah siasatan selesa dia orang send email kat aku dan bagi tahu bahawa segala kerja mereka adalah mengikut prosuder yang ditetapkan, itu jer. aku pun pelik tengok TGV. setakat ni dah 2 kali aku hampir tertelan rambut dalam popcorn yang aku beli kat TGV.

jawapan yang pihak TGV bagi sebijik macam SIAL dan langsung tidak mahu bertanggungjawap. apa punya syarikat macam ni. apa terjadi jika yang empunya rambut tu ada penyakit berjangkit seperti HIV ker TB ker atau apa sahaja penyakit. pihak TGV hanya bagi jawapan "KAMI TELAH MENGIKUT PROSUDER YANG DITETAPKAN" kalau lah betul dia orang ikut prosuder yang betul dah pasti tak akan berlaku dan berulag hal sebegini. kepala BABI sungguh TGV ni.

aku rasa amat kecewa dengan TGV, bagi jawapan sebijik macam haram jadah. duit pengguna dia nak, tapi tak berani nak bertanggungjawap. bila aku mintak dia bertanggungjawap atas apa yang berlaku, jawapan yang sama gak TGV bagi, hanya kata kami telah mengikut prosuder yang ditetapkan. apa punya sial TGV ni. langsung tak nak bertanggungjawap.

kalau dia buat tak tahu gak aku nak bawa hal ni ke mahkamah, bukti masih ditangan aku, kalau buat DNA sah staff dia punya rambut maka aku nak saman TGV RM10juta sebab cuai. 

jawapan TGV bagi langsung tak masuk akal. nampak sangat TGV penipu dan hanya nakkan duit pengguna jer. memang SIAL sungguh TGV ni. aku nak tuntut agar dia bayar ganti rugi kat aku.jangan jadi macam YAHUDI yang mencekek darah orang palestin. so TGV ni pun sama macam YAHUDI cekek darah pengguna. nak tunggu aku mati akibat penyakit dari rambut tu baru dia orang terhegeh hegeh nak cari aku, babi sungguh TGV. tak der akal langsung dan langsung tak tahu nak bertanggungjawap.

yang benar
pengadu  


Memorandum Pertahan Khalimah Allah



KUALA LUMPUR - Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan akan menghantar memorandum kepada Majlis Raja-Raja yang dianggotai Sultan dan Raja Melayu selaku ketua agama Islam di setiap negeri supaya mengeluarkan satu ketetapan khusus untuk menghentikan sebarang tindakan yang boleh mencemarkan kesucian agama itu.

Pengarusikan Sekreteriat, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang juga bekas Ketua Hakim Negara berkata memorandum tersebut mengandungi petisyen daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang menolak sama sekali sebarang cubaan untuk mengganggu gugat kesucian Islam.

Memorandum tersebut akan diserahkan kepada pihak Majlis Raja-Raja pada penghujung Februari.

Jelasnya, isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaannya hanya untuk orang Islam sahaja.

“Semua pihak seharusnya menghormati peruntukan undang-undang tersebut dan tidak mempersoal mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali,” kata beliau.

Tegasnya, Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, justeru semua pihak termasuk bukan Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.- UTUSAN

Ustaz Azhar Bikin ceramah Di Masjid Seputeh Malam ni.

gambar sekadar hiasan
Malam Ini bertempat Di perkarangan Masjid Seputeh,Seputeh,Perak akan berlangsungnya majlis ceramah ilmu,bukan ceramah politik ye bersemperna dengan Maulidurrasul.Majlis ini akan dimulakan dengan solat maghrib berjemaah,selepas itu muslimin dan muslimat akan diberitahu tempat iaitu di perkarangan Masjid Seputeh.

Penceramah yang didatangkan khas dari perak.fm iaitu penceramah Al-Fikrah Iaitu Al-Fadhil Ustaz Azhar Latif.Diharapkan dengan ceramah ini masyarakat sekitar dapat memanfaat kan dengan sebaik yang mugkin insyallah

Artis Bangga jadi Penganggur


PELAKON Anne Hathaway memberitahu dia gembira kerana sedang “menganggur” kerana aktiviti itu membolehkan dia berehat seketika daripada dunia lakonan.

Aktres berusia 30 tahun ini memberitahu Access Hollywood, walaupun dia telah mempunyai beberapa projek untuk tahun ini tetapi dia amat gembira apabila diberitahu kerja berkenaan ditangguhkan.

"Berita semua projek itu ditangguhkan adalah sangat baik kerana saya dapat meluangkan lebih masa bersama suami dan anjing peliharaan di rumah kami di New York," jelasnya.

Kata Anne, ini adalah masa paling sesuai untuk dia berehat dan mengadakan lebih banyak jamuan makan malam di rumahnya bersama rakan-rakan dan keluarga.

Mstar

Mb Perak buat PROJEK di Tapah !!!


Golongan berpendapatan rendah dan sederhana di seluruh negara bakal memiliki rumah sendiri apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina sebanyak 21,000 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan SPNB Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata, pada tahun lalu, pihaknya membina 10,000 unit rumah berharga RM65,000 setiap satu dan jumlah itu adalah dua kali ganda berbanding 5,455 unit rumah yang disiapkan pada 2010.

“Setakat ini, setiap kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia yang dibina dan golongan layak memohon rumah ini adalah mereka yang berpendapatan antara RM750 hingga RM3,000, berkahwin serta memiliki tanah tapak rumah sendiri,” katanya selepas majlis penyampaian kelulusan permohonan 21 pemohon yang berjaya serta majlis pecah tanah projek pembinaan 150 unit rumah di Kampung Ulu Tupai di Perak, semalam.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, pihak SPNB akan membelanjakan sekitar RM650 juta tahun ini bagi membina rumah berkenaan dengan subsidi sekitar RM200 juta ditanggung kerajaan.

“Individu yang berjaya memohon rumah ini perlu membayar RM45,000 sahaja berikutan RM20,000 adalah subsidi daripada kerajaan dan pemohon yang berjaya hanya membayar kira-kira RM150 sebulan selama 25 tahun dengan rumah berkeluasan 1,000 meter persegi yang memiliki tiga bilik serta dua bilik air,” katanya.



Budak Berteduh bawah lori mati digilis


LAHAD DATU –  Tindakan seorang murid berusia lapan tahun berteduh daripada panas terik di bawah lori seberat 10 tan sementara menunggu ketibaan bas sekolahnya berakhir tragedi apabila badannya hancur digilis tayar kenderaan berat itu selepas pemandunya dikatakan tidak menyedari kehadiran kanak-kanak berkenaan.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Jalan Kastam Baru di sini semalam, mangsa Syarif Junior Langbas Jul Husin ditemui dengan masih berpakaian seragam dan menggalas beg dengan hampir seluruh badannya hancur digelek tayar kenderaan itu.
Pemandu yang menyedari menggilis sesuatu kemudian melakukan pemeriksaan sebelum terkejut apabila mendapati badan murid Sekolah Kebangsaan Pekan III itu hancur sebelum melarikan diri.

Difahamkan, mangsa dikatakan menunggu bas untuk ke sekolah dan berteduh di bawah lori berkenaan.
Pemandu lori berkenaan dipercayai cuba mengundurkan kenderaan itu untuk membantu seorang lagi rakannya membaiki kenderaan.
Akibat tragedi itu, mangsa mati di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Superintendan Samsudin Mat ketika dihubingi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut dijalankan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat dan polis masih memburu pemandu lori yang dipercayai melarikan diri sebaik menyedari kejadian itu.

"Polis giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.10 pagi sebelum mengarahkan sebuah jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati mangsa berada di bawah tayar lori dalam keadaan badan dan otak bersepai. "Mayat mangsa yang masih menggalas beg dan berpakaian sekolah dikeluarkan selepas mengalihkan tayar lori itu," katanya.- Harian Metro

Ahli kecewa Kerana membisu Khalimah Allah


SUNGAI PETANI - Sekumpulan penduduk dan ahli Pas di sini hari ini mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran kenyataannya yang mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.

Kumpulan tersebut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah, Bedong di sini selepas solat Zuhur dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang itu memohon maaf kepada umat Islam di negara ini secara terbuka dengan segera.

Jurucakap kumpulan itu yang merupakan ahli Pas kawasan Guar Chempedak, Abdul Mannan Khan Arshad Ahmad, 48 berkata dia kesal apabila melihat isu agama menjadi taruhan politik sesetengah pihak.

"DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan isu ini untuk mengambil kesempatan bagi meraih undi di kawasan bandar dan saya kecewa apabila Pas berdiam diri.

"Ulama-ulama Pas sepatutnya menegur dengan lebih awal Guan Eng dalam isu ini tetapi nampaknya mereka tidur sahaja.

"Hanya orang Islam boleh menggunakan kalimah Allah dan kami bantah jika mana-mana pihak yang bukan beragama Islam mahu menggunakan kalimah Allah," katanya kepada pemberita ketika perhimpunan aman di Masjid Al-Khariah di sini hari ini.

Seorang ahli Pas kawasan Gurun, Jasmi Rosli, 36 pula berkata dia berasa marah apabila isu ini dimulakan oleh Guan Eng.

"Saya juga sedih apabila soal agama dipermainkan dan saya harap pemimpin Islam di negara ini bersatu hati dalam isu kalimah Allah ini," ujarnya.

Sebelum ini, pada Jumaat lalu, satu perhimpunan aman untuk mendesak Guan Eng memintaa maaf telah diadakan oleh penduduk Islam di hadapan Masjid Muzzaffar Shah manakala semalam perhimpunan yang sama diadakan di Masjid Kampung Sepom Tikam Batu di sini.

Daeng Selili

[VIDEO]Cina Kurang Ajar kena ludah di Johor..



Kejadian ini dikatakan berlaku di perhentian bas berhampiran Kastam Johor-Singapura. Seorang remaja Cina ini telah menaikkan darah pemandu bas sehingga menyebabkan Cina tersebut dihalau keluar bas. Yang menaikkan darah remaja Cina ini tidak dipastikan.

Dia yang dipaksa turun pemandu bas merasa tidak puas hati dengan menunjukkan isyarat lucah menyebabkan dia diludah dan dimaki pemandu bas terbabit.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...