Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, beliau tidak pernah memiliki cincin seperti yang sering dimainkan oleh pihak pembangkang.Beliau berkata demikian ketika di Majlis Perasmian Persatuan Peniaga-Peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor.
Moh Follow ANAK JATI MALAYA
AMARAN ANAK JATI MALAYA
~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak
~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Friday 18 January 2013
Blogger dedah video sebenar isu Bawani !!!
Sharifah Zohra: SW1M Full Video Part1
Mengamuk habis blogger Daeng Selili ni manakan tidak beliau sendiri ada sewaktu Forum Tersebut.Didalam blognya berkata "kepada student yang kononnya cabar-mencabar Sharifah Zohra berdebat tu, sekolah tak abis lagi layak ke nak mencabai?hihihi..."
Mengamuk habis blogger Daeng Selili ni manakan tidak beliau sendiri ada sewaktu Forum Tersebut.Didalam blognya berkata "kepada student yang kononnya cabar-mencabar Sharifah Zohra berdebat tu, sekolah tak abis lagi layak ke nak mencabai?hihihi..."
Rujukkan :
http://makancabai.blogspot.com/2013/01/harini-makan-cabai-swingbawani-memang.html
IMBAS KEMBALI:KRONOLOGI : PEMBENTUKAN KERAJAAN BARU BN PERAK
kemaskini : 10.55pm
Maklumat menyatakan hampir 60% yang berhimpun dan cuba membuat kekacauan adalah orang luar yang dibawa oleh pemimpin pakatan rakyat luar perak... 40% orang perak yg hadir adalah kebanyakannnya cina dan india... melayu yang hadir merupakan fanatik PR - Pakat Rela (jadi boneka DAP)... rakyat perak tidak mahu terikut-ikut rentak MB Nizar selaku boneka DAP lagi... walaupun kenderaan bertali arus bukan kerana mahu hadir memberikan sokongan sebaliknya kesesakan disebabkan perhimpunan dan kekacauan lalu lintas oleh penykong Pakatan Rakyat.
kemaskini 10.45pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.Tambahnya, Pakatan Rakyat tidak akan mengiktiraf sama sekali kerajaan baru BN dan akan terus membantahnya bersama rakyat di seluruh negeri.
kemaskini 9.15 pm
RTM menemuramah Y.B Dato' Zahid Hamididi TV 1 - Dato' Zaid berharap semua pihak dapat menerima secara terbuka kerana proses itu sah mengikut undang-undang waktu BN tewas kita terima dengan hati terbuka secara gentleman walau kita boleh pertikai kerana Pakatan Rakyat bukan gabungan berdaftar secara sah seperti BN yg mana ada ruang keraguan & pertikaian kerana kalau mengambil kira parti terbanyak menang pastinya BN layak...
Tapi kita akur... menerima hakikat dan kini apa bila BN memiliki majoriti mereka juga perlulah akur seperti BN dahulu... Dato' Zahid percaya kalau hal ini diselesaikan oleh ORANG NEGERI PERAK SAHAJA dia pasti tiada masalah melainkan ada org luar yang pula melebih-lebih memainkan isu ini ( Anwar, Azmin, Khalid, Lim Guan Eng, Karpal da lain-lain) bimbang lain pula jadinya.
Tambahnya orang Perak dah lama merana... hingga timbul kekesalan kerana mengundi Pakatan Rakyat... pelbagai isu yang merentap perasaan org melayu... kini kita harus bersyukur Allah SWT memberikan peluang kedua yg harus kita hargai bukan sahaja rakyat tetapi pemimpin BN [erak untuk membuktikan dan meraih semula kepercayaan rakyat.
kemaskini 8.35 pm
RTM menemuramah Datuk Dr Zambry Abd Kadir di TV 1 - Y.B Menteri Besar meminta semua rakyat perak bertenang dan kembali bersatu dibawah pimpinan baru demi masa hadapan perak dengan mementingkan proses Musyawarahm, tolak ansur dan menjadikan sejarah sebagai inti pati rujukan utama dalam sebarang keputusan.
kemaskini 8pm
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkur, Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak. Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam ini, sejurus tiba dari Perak i Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Dr Zambry yang juga ketua Umno bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.
Berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 - dijadual mengangkat sumpah di Istana Iskandariah jam 3.30 petang esok.
Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan ambry sebagai Menteri Besar.
Barisan exconya akan mengangkat sumpah Selasa depan.
kemaskini 7.50pm
Kira-kira 1,000 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar Perak. Lebih ramai sedang menuju ke situ, mencetuskan kesesakan lalu lintas sekitar kawasan terbabit.Walaupun polis memberikan amaran tegas, tidak kelihatan anggota-anggota pasukan itu kecuali bahagian trafik untuk melancarkan kesesakan jalan raya.Kediaman rasmi Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dikawal ketat oleh petugas-petugas Unit Amal PAS.
kemaskini 6.26pm
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan Istana Kinta jam 6.15 petang. Difahamkan majlis angkat sumpah menteri besar BN dan barisan exconya akan berlangsung esok.Sumber pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang sedang berkubu di kediaman rasmi menteri besar menyatakan, mereka tetap mengadakan perhimpunan besar di lokasi tersebut mulai 7 malam ini seperti dirancang walaupun diberikan amaran oleh polis.
kemaskini 6.13pm
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengutuskan surat rasmi kepada istana Perak, menjelaskan sebab beliau tidak melepaskan jawatan sebagai menteri besar Perak.Beliau juga menjelaskan barisan pemimpin Pakatan Rakyat "sebulat suara" meminta beliau tidak meletakkan jawatan sehingga krisis sekarang "diputuskan oleh mahkamah atau Dewan Undangan Negeri."
kemaskini 5.52pm
Perdana menteri tiba di Istana Kinta, Ipoh jam 5.50 petang, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru dan pembentukan kerajaan baru BN.
kemaskini 5.01pm
Perdana menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru.Timbalan perdana menteri, yang juga ketua perhubungan Umno negeri, dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan.
kemaskini 4.55pm
Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut
kemaskini 4.50pm
Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar .Mereka juga meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru daripada rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.
kemaskini 4.40pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau tidak akan meletak jawatan sebagai menteri besar. Beliau menggesa rakyat supaya menyokong kerajaan Pakatan.Beliau juga berkata,
"Kita tidak menolak titah Sultan, cuma kita merayu Sultan (agar) mengikut ketetapan dalam Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak," katanya.
Mohammad Nizar berkata bahawa semasa menghadap Sultan Azlan Shah, beliau dititahkan supaya meletak jawatan dan baginda juga tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri, lapor Bernama."Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda 'patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan'," katanya.
kemaskini 4.05pm
Setiausaha kerajaan negeri Perak, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim telah mengarahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan semua anggota exconya supaya mengosongkan pejabat masing-masing dengan segera.
Mereka juga diarahkan supaya memulangkan semua aset kerajaan negeri, termasuk kunci pejabat dan menyerahkan kenderaan rasmi dengan segera. Mereka juga dilarang memindahkan sebarang dokumen dari bilik masing-masing. kemaskini
kemaskini 3:04pm
Di saat kerajaan Perak di ambang kejatuhannya, kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah pula kini kononnya menjadii sasaran BN susulan terdapat beberapa wakil rakyat gabungan tersebut didakwa "berisiko tinggi" untuk melompat parti. Difahamkan bahawa wakil-wakil rakyat terbabit kini diletakkan dalam pengawasan ketat kepemimpinan Kedah dan Pakatan Rakyat.
kemaskini 3.20pm
Pemimpin-pemimpin atasan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat berada di dalam kediaman rasmi menteri besar Perak.Datuk Seri Nizar Jamaluddin - yang diarahkan meletakkan jawatan serta-merta bersama barisan exconya - dijangka mengadakan sidang media tidak lama lagi. Difahamkan beliau akan mengumumkan enggan melepaskan jawatannya itu.Suasana di luar kediaman itu kelihatan tenang dengan sekumpulan kecil penyokong dan wartawan. Kira-kira 30 anggota Unit Amal PAS mengawal kediaman tersebut. Tiada anggota polis berpakaian seragam kelihatan.
Kemaskini 2.33pm
Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak perkenan dewan undangan negeri dibubarkan, demikian menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak hari ini. Baginda juga menitahkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.
kemaskini 2.14pm
Tempat perhimpunan 100,000 orang untuk menyokong kerajaan Pakatan Rakyat telah dipindahkan dari kediaman menteri besar ke Stadium Ipoh.
kemaskini 2pm
Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin. Beliau dijadual mengadakan sidang akhbar bersama menteri besar dan Lim Kit Siang pada 3 petang. Naib presiden PKR, Azmin Ali turut hadir.
kemaskini 1:33pm
Difahamkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin enggan melepaskan jawatannya selepas menghadap Sultan Perak kira-kira jam 1 tengah hari tadi.Malaysiakini difahamkan DUN Perak tidak akan dibubarkan.Keputusan lanjut kedudukan beliau dan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak belum jelas.
Masa : 1.16 PETANG
“Alhamdulillah. Ia petanda baik,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Mohammad Nizar Jamaluddin sebaik keluar dari Istana Kinta di sini selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta pada 12.45 tengah hari kelihatan tersenyum selepas menghadap selama 20 minit.Beliau yang sebelum itu menghadiri majlis perasmian Ladang Padi Gedung Sime Darby oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Ladang Tali Air, Bagan Serai, kira-kira 130 kilometer dari sini, kelihatan tergesa-gesa meninggalkan majlis pada pukul 11.40 pagi.
Menteri Besar tersebut dilaporkan sempat memberitahu pemberita bahawa beliau telah dipanggil menghadap oleh Sultan Azlan Shah di Istana Kinta. Sebelum ketibaan Mohammad Nizar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim kelihatan memasuki istana pada pukul 12.15 tengah hari. - Bernama
Masa: 12.45 tgh
Mohammad Nizar yang tiba di Istana Kinta untuk mengadap DYMM Sultan PErak
Masa 11:48 pagi
Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin meninggalkan satu majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Bagan Serai.
Masa kira-kira 11.45 pagi
Menteri Besar Perak menerima panggil menghadap DYMM Sultan Perak menjelang tengah hari ini dipercayai berkaitan penyerahan kuasa kepada BN untuk pembentukan kerajaan baru.
Masa 11.35 Pagi
Dato' Seri Najib bersam 4 Adun keluar dari Istara Kinta kembali semula ke bangunan UMNO dengan disambut tepukan gemuruh pukul 11 pagi tadi. Najib akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri. Agenda utama mesyuarat tersebut dijangka adalah mengenai pemilihan calon untuk jawatan menteri besar yang baru.
Timbalan Perdana Menteri kini mengadakan sidang akhbar dipercayai bagi memaklumkan hasil pertemuan dengan Sultan Perak berhubung pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak. – Utusan
Masa : 10.55 pagi
Dato' Seri Najib kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, Adun Jelapang, Hee Yit Foong dan Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pada jam 10.55 pagi ini.
Masa : 10.35 - Dato Seri Najib Meninggalkan Istana
Najib meninggalkan istana pada jam 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.
Masa : 9.50 - Dato Seri Najib Mengadap DYMM Sultan Perak
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Istana Kinta pada jam 9.50 pagi tadi untuk mengadap dan mendapat perkenan Sultan Azlan Shah untuk Barisan Nasional (BN) menubuhkan kerajaan baru di Perak.Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Hamidi Hamid.Ahmad Zahid merupakan timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak.
BN PERAK:Debat Darul Ridzuan, buang masa dan politik murahan pembangkang !!!
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, pihak pembangkang terutamanya Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham sebenarnya begitu tertekan dengan pendedahan berkaitan transaksi tanah di Negeri Kelantan kepada syarikat yang dimilikinya hampir 100 peratus.
"Selama ini, mereka ini digambarkan sebagai parti yang bersih dan telus tetapi apabila timbulnya skandal pemilikan tanah seluas 10,526 ekar di Kelantan baru-baru ini, pembangkang jadi tertekan kerana transaksi ini berlaku di luar pengetahuan pucuk kepimpinan DAP sendiri.
"Oleh itu, saya melihat jemputan untuk menyertai Debat Darul Ridzuan anjuran Pakatan Rakyat dengan tajuk ‘Nik Aziz Rasuah Ngeh Koo Ham, Dr. Zambry Abd Kadir Kayakan Kroni - Siapa Berdusta' satu lagi kempen murahan pembangkang untuk menghadapi pilihan raya.
‘Bagi saya ini kerja buang masa. Banyak lagi kerja yang kita kena laksanakan untuk hulur bantuan kepada rakyat seperti yang diputuskan dalam Bajet 2013," katanya kepada pemberita di Ipoh, hari ini.
Hamidah mengulas surat jemputan yang dihantar Pakatan Rakyat Perak kepada Menteri Besar untuk menyertai debat rakyat yang dijadual berlangsung di 23 Januari pada jam 8 malam di Hotel Exelcior, dekat Ipoh.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat berkata, isu Rumah Perak yang dibangkitkan pembangkang juga sudah dibahas dan diberi penjelasan pada sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Disember lalu.
"Ini bukan isu baru dan ia telah dibahaskan secara terperinci dalam dewan tempoh hari dan mengapa kita perlu berdebat dan menjawab persoalan pembangkang semata-mata untuk memuaskan hati mereka.
"Walaupun kita telah jelaskan dalam dewan mengenai isu Rumah Perak di Pulau Pinang, Koo Ham sehingga hari ini masih gagal memberi penjelasan kepada rakyat berkaitan transaksi yang berlaku antara kerajaan negeri Kelantan dengan syarikat yang dimilikinya.
"Penjelasan berkaitan nilai tanah, imbuhan serta terma perjanjian antara kedua-dua belah pihak masih belum dirungkai oleh pemimpin DAP itu kerana pemilikan tanah di Kelantan itu yang hampir 100 peratus dimiliki oleh Koo Ham rupa-rupanya berada di luar pengetahuan pucuk pimpinan parti," katanya.
BN PERAK
PPM Jangan Bodoh je tentang Isu MBM !!!
Seluruh perwakilan ke Mesyuarat Agung MBM sudah tahu bahawa Dato Irmohizam Ibrahim J.P. mendakwa kononnya team beliau bersama Jais Karim (GPMS) diminta oleh Pejabat Perdana Menteri bertanding menentang Muhammad Maliki Rapiee.
Team Three Stooges ini sibuk mengatur agenda melingkupkan MBM tanpa pengetahuan Perdana Menteri. Sekarang ini hendak Pejabat Perdana Menteri jelaskan adaah benar dakwaan Irmohizam bahawa PM minta beliau bertanding. Jangan jadi macam Majlis Belia Selangor, sibuk jual nama PM tapi bila menang apa pun tak bergerak sehingga sekarang.
Cukuplah memalukan nama PM dalam pemilihan MBM yang lalu sehingga Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato Sahalan Nasution, terpaksa masuk campur meredakan keadaan dengan memaklumkan PM tidak memberi sebarang restu kepada sesiapa untuk bertanding dalam MBM melalui pejabatnya. Kalau benar Irmohizam mahu memegang jawatan tinggi dalam MBM, buktikan dulu melalui MBS, bukannya menjual nama PM.
Cukuplah menjual nama PM untuk mendapat pangkat dan juga anugerah. Takkan jawatan belia pun mahu guna nama PM. Mengapa orang sebegini masih mendapat tempat di pejabat PM? Berapa ramai pemimpin politik Selangor telah beliau burukkan di hadapan PM. Sekarang mahu menjahanamkan Majlis Belia Malaysia pula?
Benar atau tidak beliau menerima anugerah Belia Asean melalui jalan belakang?- [sumber]
Kerahan SPR !!!
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah itu meningkat daripada kira-kira 180,000 petugas SPR pada PRU-12 tahun 2008.
Beliau menjelaskan pertambahan petugas itu disebabkan beberapa faktor seperti jumlah pengundi yang bertambah saban tahun.
"Sehingga suku ketiga 2012, terdapat seramai 13.1 juta pengundi berdaftar dengan SPR. Sekiranya pilihan raya diadakan selepas bulan Mac, kita menjangkakan pertambahan seramai 164,000 pengundi lagi yang didaftarkan pada suku keempat tahun lepas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi taklimat PRU-13 dan isu-isu berkaitan proses pilihan raya kepada petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)di Wisma Bernama di sini, Khamis.
Turut hadir ialah Pengerusi Bernama, Datuk Abdul Rahman Sulaiman dan pemangku Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong.
Pada PRU-13 akan datang, sebanyak 8,139 pusat mengundi akan dibuka di seluruh negara melibatkan 24,522 saluran tempat mengundi.
Wan Ahmad menjelaskan 80 peratus daripada pusat mengundi melibatkan bangunan sekolah, manakala selebihnya melibatkan dewan serbaguna dan balai raya.
Selain itu, katanya lebih ramai petugas juga diperlukan bagi memastikan proses pengundian awal yang pertama kali diperkenalkan dapat dijalankan sebaik mungkin.
"Kami benar-benar mahu memberikan yang terbaik. Petugas yang lebih ramai perlu untuk membantu pengundi dan pemerhati yang dilantik sepanjang proses pilihan raya berlangsung," katanya. Dalam pada itu, Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri akan ditandingi, sekali gus pertambahan petugas diperlukan bagi menampung tanggungjawab yang bakal dipikul badan itu.
"Berdasarkan senario politik sekarang, kita rasa tak mungkin ada lagi kerusi yang menang tanpa bertanding," katanya.
Semasa sesi taklimat hari ini, petugas Bernama didedahkan dengan simulasi proses pengundian di mana dakwat kekal akan digunakan buat kali pertama. - BERNAMA
TMJ nafi anggota Timbalan Setia Negeri berada di Stadium Sultan Muhammad IV !!!
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mereka yang lengkap bersenjata itu merupakan anggota tentera daripada pasukan Timbalan Setia Negeri Johor (TSN).
"Mereka (anggota Gerak Khas) berada di stadium kerana menerima arahan yang menyatakan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan mencemar duli menyaksikan perlawanan itu," titah baginda pada sidang media di kediaman baginda di sini hari ini.
Baginda bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan persediaan keselamatan sekiranya Sultan Johor, yang juga Kolonel Komandan GGK menyaksikan perlawanan terbabit.
Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor bertitah kehadiran anggota Gerak Khas itu merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan dan tidak perlu dijadikan isu oleh mana-mana pihak.
"Kita boleh tanya kepada para pegawai mereka (Grup Gerak Khas), mereka ditugaskan bersedia untuk kehadiran Sultan Johor," titah baginda.
Media hari ini melaporkan ketidakpuasan hati penyokong pasukan Kelantan berikutan kehadiran anggota tentera lengkap bersenjata yang disangka daripada TSN pada perlawanan antara kedua-dua pasukan dua hari lepas.
Sementara itu, Tunku Ismail juga melahirkan kekecewaan terhadap Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang tidak melakukan persediaan bagi mengawal keselamatan penyokong Johor yang hadir di stadium semasa perlawanan itu.
Tindakan Kafa tidak meletakkan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bagi mengawal keselamatan penyokong Johor sepanjang mereka berada di stadium adalah amat dikesali, titah baginda.
Tunku Ismail bertitah pihak baginda menerima banyak aduan penyokong Johor dibaling batu dan botol oleh penyokong fanatik Kelantan.
"Selain itu para pemain dan penyokong Johor terpaksa menyelinap keluar melalui pintu lain selepas lampu limpah dipadamkan dan diiringi Polis Diraja Malaysia sejauh 20 kilometer meninggalkan stadium," titah Tunku Ismail. -
DS @NajibRazak Balun Deepak!!
Sungguh pun sudah ada banyak pendedahan tentang kredibiliti si Deepak ini, mereka masih terus memainkan isu ini.
MiM faham propaganda jahat mereka yang berulang-ulang menyatakan perkara yang sama dengan harapan ada yang terbeli dengan modus operandi mereka itu.
Bagi MiM, Najib Razak tidak perlu pun menjawab isu Deepak ini dek kredibiliti dan motif di sebalik isu ini tetapi beliau telah menjawab juga isu ini.
Sila baca :
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menangkis dakwaan yang ditimbulkan Deepak Jaikishan dan menyifatkan ahli perniagaan itu sebagai individu yang tidak boleh dipercayai.
Beliau juga yakin dakwaan yang ditimbulkan Deepak tidak akan menjejaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang.
"Ianya tidak benar. Dia bukan orang yang boleh dipercayai.(Dakwaan Deepak) bukan satu isu. Ia tak akan beri kesan (pada BN)," kata Najib ketika ditanya pemberita dalam satu sidang media di Kuala Lumpur lewat malam ini. - MI
Siapa Lebih Layak Didalam Majlis Belia Malaysia (MBM) !!!
Daripada pemerhatian yang dibuat anak jati melihat persaingan merebut jawatan dalam pertubuhan besar ini adalah satu proses biasa dalam kematangan demokrasi.
Menurut sumber Dikhabarkan akan berlaku satu pertandingan secara besar-besaran antara dua kumpulan. Kumpulan pertama merupakan sebahagian besarnya penyandang jawatan yang diketuai oleh Presiden sekarang, Saudara Mohammed Maliki Rapiee dan Setiausaha Agung sekarang, Mohd Zaidi Aziz. Bagi kumpulan dijangka akan turut disertai saudara Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MBM. Jawatan Timbalan Presiden kosong berikutan penyandangnya, Tuan Haji Shukor Yussof telah melebihi usia 40 tahun.
Menurut sumber daripada Blog Daeng Selili sepanjang dua tahun terakhir ini telah banyak perubahan dan pembaharuan dibuat oleh Maliki biarpun beliau bukanlah tokoh pemimpin yang dikenali ramai ketika mengambil alih MBM. Sepanjang dua tahun ini kepimpinan MBM sedia ada telah berjaya menyelamatkan Wisma MBM yang dirancang untuk dijual sebelum ini kerana masalah kewangan. Sebaliknya anak-anak muda ini telah menghidupkan kembali Wisma MBM dengan pembukaan kafe siber dan hostel. Ini seklaigus mewujudkan pendapatan sendiri bagi Wisma terbabit.
Selain itu, khabarnya banyak hutang-hutang lapuk MBM dengan Dewah Bandaraya Kuala Lumpur, Wisma Zhulian, Hotel dan pembekal telah distruktur semula. Beberapa saman pihak pembekal ke atas MBM sebelum ini juga telah ditarik balik dan diselesaikan secara bijaksana oleh kepimpinan sedia ada.
Sumber daripada blog NadiBelia juga sedang sibuk mempromosikan calon-calon yang akan bertanding untuk pemilihan nanti.Antara yang ada adalah seperti yang dibawah ini.
Manakala sumber daripada blog Tipu Gila pula,dalam artikelnya yang bertajuk Pejabat Pm Jangan Buat Pekak Badak Sahaja ada mengulas tentang seorang calon iaitu Seluruh perwakilan ke Mesyuarat Agung MBM sudah tahu bahawa Dato Irmohizam Ibrahim J.P. mendakwa kononnya team beliau bersama Jais Karim (GPMS)diminta oleh Pejabat Perdana Menteri bertanding menentang Muhammad Maliki Rapiee.
Team Three Stooges ini sibuk mengatur agenda melingkupkan MBM tanpa pengetahuan Perdana Menteri. Sekarang ini hendak Pejabat Perdana Menteri jelaskan adaah benar dakwaan Irmohizam bahawa PM minta beliau bertanding. Jangan jadi macam Majlis Belia Selangor, sibuk jual nama PM tapi bila menang apa pun tak bergerak sehingga sekarang.
Menurut sumber lagi Angkara Datuk Irmohizam J.P., menggunakan nama pejabat Perdana Menteri, sekarang ini wujud perang besar dalam Majlis Belia Malaysia (MBM).
Daripada sumber blog Daeng Selili Jika benar Irmohizam merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri wajarlah beliau memikirkan cara terbaik membantu Perdana Menteri bukannya menambah masalah kepada Perdana Menteri. Jika beliau tidak mempunyai kaitan dengan pejabat Perdana Menteri, maka eloklah beliau membuat kenyataan umum menafikan dakwaan ini.
Ambillah iktibar pada pemilihan penggal lalu apabila ada mereka yang berkepentingan dikatakan cuba mencaturkan pucuk kepimpinan MBM menggunakan nama Perdana Menteri. Akibatnya, banyak masa terpaksa digunakan untuk memulihkan keadaan antara kepimpinan MBM dengan kerajaan.
Oleh kerana pencalonan jawatan hanya akan dibuka esok, mereka yang terbabit berfikirlah dengan waras sebelum memporak-perandakan Majlis Belia Malaysia.
PENDIDIKAN PERCUMA ATAU SUBSIDI KERAJAAN !!!
boleh klik gambar utk lebih gambar yang lebih besar |
Nilailah betapa prihatinnya kerajaan Malaysia berbanding Kerajaan di luar Negara ni...Nilai lah dan bandingkan lah !!
2 pilihan atau melayu jadi hamba di negara sendiri !!!
Dalam mencapai matlamat itu, bekas Perdana Menteri berkata, orang Melayu sebenarnya boleh membuat keputusan sama ada yang akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukan terhadap masa depan bangsa mereka sendiri.
PRU13 dilabel sebagai ibu kepada segala pilihan raya umum negara ini.
Malah katanya, “orang Melayu boleh membuat pilihan yang akan memberi kebaikan hanya pada masa ini tetapi masa depan yang akan terkubur.
“Jadi, apa yang kita nak ramal untuk masa depan kita? Saya berpendapat, orang Melayu cuma mempunyai dua pilihan.
Seterusnya [CLICK HERE]
Wanita bersalin di Kompleks Mahkamah,bukan di hospital !!!
Mengejutkan apabila seorang wanita tiba-tiba bersalin di kawasan Tempat Menunggu orang awam di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 11 pagi ini di Kangar.
Menurut sumber , wanita berkenaan berada di mahkamah kerana menunggu suaminya seorang orang kena tuduh (OKT) yang didakwa atas kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).
Shahidawati Shabudin, 37, dikatakan sudah mula menunjukkan tanda untuk bersalin ketika sedang menunggu suaminya itu. Dia sebenarnya baru sahaja keluar dari mahkamah di mana dia dilihat seperti menahan sakit tetapi digagah juga melangkah untuk mencari tempat duduk.
Salah seorang tukang cuci di mahkamah berkenaan mula perasan wanita itu telah mula mengalami pendarahan.
"Tukang cuci itu kemudian membantu wanita tersebut termasuk memeriksa kandungannya dan mendapati kepala bayi sudahpun kelihatan pada waktu itu. Dia kemudian membantu sehingga wanita itu selamat melahirkan bayinya.,'' cerita seorang peguam, Suhaila Ahmad.
APA nak jadi dgn anak Melayu sekarang !!!
Allah SWT berfirman:
“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya:
“Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya).
Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu),
bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak
dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).” (QS. an-Naml: 54-55)
Najib lancar siaran radio baru untuk tangkis dakyah pembangkang !!
Didalam ucapannya Najib berkata "ia merupakan satu perkembangan yang sangat baik dimana Barisan Nasional (BN) selangor memikirkan cara-cara terkini untuk mendekati rakyat mengikut peredaran zaman.
"Saya percaya melalui radio SelangorBN.fm ini ia merupakan satu medium yang baik untuk kita menyampaikan maklumat BN."
Tahniah UMNO/BN
Tarikh-tarikh Dun akan terbubar secara automatik !!
21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu
28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.
Subscribe to:
Posts (Atom)