Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Thursday 22 August 2013

GAMBAR !!! INILAH BARISAN PEGUAM ISLAM YANG MEMPERJUANGKAN ISU KALIMAH


Kami seluruh Umat Islam Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan kalian barisan peguam Islam yang mempertahankan Kalimah Allah , Kita sedar ini bukan berakhir lagi , perjuangan mesti diteruskan demi Agama Islam di Malaysia ini.

Kami akan terus menyokong anda semua barisan Peguam Islam !!! Terima Kasih Ya Allah !!! 

ALLAH YANG SATU 

TERKINI: KEPUTUSAN KES KALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN


Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan untuk menolak
permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan majlis agama Islam dan pihak lain berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald

Keputusan berkenaan diputuskan oleh tiga panel hakim yang diketuai Datuk Wira Abu Samah Nordin mula yang bersidang pada pukul 9.30 pagi dan berhenti rehad pada pukul 12.55 tengah hari kemudian bersambung semula 3.30 petang.

Dengan keputusan itu bermakna
prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.

Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.

Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.

Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.

GEMPAR !!!! DOKUMEN SULIT SKANDAL RASUAH SUSK PERDANA MENTERI DIDEDAHKAN ??? MOHON PENCERAHAN !!!!


Sumber Blog Sangkakala Mengatakan beliau telah dihubungi oleh sorang Dato ni yang mengatakan bahwa beliau telah ditipu oleh 2 orang lelaki yang mengatakan bahawa mereka boleh mambantu beliau dalam usaha untuk mendapat pengurangan cukai kastam.

Dua orang yang dimaksudkan bernama Asri dan Ehsan yang mana isteri kepada Ehsan adalah pembantu (PA) kepada salah seorang Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri iaitu Tan Sri Ab. Aziz hin Kasim.

Tapi macam biasa la, takkan buat kerja free kan, mesti ada imbuhan yang diberikan atas kerja kerja tersebut dan jumlah yang diminta oleh kedua dua lelaki ini adalah sebanyak RM 150k dan wang tersebut mengikut kata mangsa ni diserahkan di Kelab Tasik Putrajaya. 
Dan semua dokumen sokongan untuk pengurangan cukai tersebut telah diberikan oleh kedua dua lelaki ini kepada mangsa.

Tapi apabila wang sudah diserahkan, mangsa masih dikehendaki oleh kastam membayar jumlah cukai yang dikenakan keatas syarikat beliau.

Apabila beliau menghubungi kedua dua lelaki ini, mereka berdolak dalik hinggalah mangsa mengambil keputusan untuk berjumpa sendiri dengan Tan Sri Aziz Kasim dan apa yang mengecewakan ialah, Tan Sri serta dua orang lagi Setiusaha Sulit Kanan Perdana Menteri bertindak untuk mengatakan bahawa mereka tidak kenal dengan dua orang lelaki tersebut.

Persoalannya, bagaimana Tan Sri serta dua orang SUSK lagi tu boleh kata tak kenal sedangkan ketiga tiga mereka menurunkan tandatangan dalam surat sokongan tersebut dan tandatangan Perdana Menteri sendiri ada dalam surat sokongan itu.

Jom kita baca semua dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa.














Hairan juga kan? Tan Sri Aziz Kasim kata tak kenal dengan salah seorang daripada dua lelaki tersebut yang bernama Ehsan sedangkan isteri beliau adalah pembantu khas kepada Tan Sri Aziz dan adalah mustahil jika Tan Sri tidak mengetahui langsung tentang perkara ini.

Dalam dokumen tersebut juga ada terdapat tandatangan ketiga tiga SUSK Perdana Menteri dan jika mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu atau tidak terlibat Sangkakala rasa bertambah pelik dengan perkara tersebut tambahan lagi ianya telah di minit oleh Perdana Menteri sendiri.

Mengikut kata mangsa, kedua dua orang lelaki yang bernama Asri fan Ehsan juga memiliki kekayaan luarbiasa yang mana kedua dua mereka memiliki kenderaan dan rumah yang kalau diikutkan diluar kemampuan mereka sendiri kerana kedua dua mereka ini tidak bekerja dan apa yang diketahui oleh mangsa ialah mereka ini hanya mendapat pendapatan dari hasil mendapat surat sokongan daripada Perdana Menteri melalui SUSK beliau seperti yang dilakukan kepada mangsa.


Dan untuk makluman, itu adalah sebahagian daripada dokumen yang diberikan kepada Sangkakala oleh mangsa dan dalam masa terdekat akan ada pendedahan lagi yang akan dilakukan.

TERKINI !!! PEMUDA PAS MENGAMUK DI KONSERT METALLICA???







Diatas alasan untuk memberikan kesedaran kepada para penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert kumpulan legnda Rock Metallica di ibu negara, Pemuda Pas telah membuat bantahan yang dinamakan Ekspedisi Dakwah (XPDC Dakwah) di perkarangan Stadium Merdeka semalam.

Selain dari mengedarkan risalah membantah konsert berkenaan, seramai 7 orang Pemuda mewakili Pas juga bertindak memberikan ceramah secara individu kepada para peminat Metallica yang datang ke konsert tersebut.

Selain itu, wakil Pemuda Pas disitu mengecam pihak kerajaan kerana membenarkan program hiburan yang melalaikan masyarakat khususnya umat Islam. 

Mereka mendakwa masyarakat seharusnya disedarkan tentang isu-isu yang berlaku disamping menghulurkan sumbangan mahupun doa agar kesejahteraan ummah terjamin, bukannya disajikan dengan konsert yang merugikan.

Pemuda Pas turut mendakwa kumpulan rock Metallica tidak mampu mencerminkan budaya positif dan tidak mampu memberikan moral yang baik kepada masyarakat khususnya golongan muda. ~ MPP News

Terkini !!! Di Mahkamah Sebelum Pengumuman Keputusan Kalimah Allah!!!

Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada gabungan beberapa NGO Islam berkumpul di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk menunggu keputusan rayuan permohonan Ketua Biskop Roman Katolik Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam bible.

Antara NGO yang hadir ialah Persatuan Peribumi Perkasa (PERKASA) dan Gabungan NGO Persatuan Pembela Muslim (PEMBELA).
Turur hadir kelihatan di perkarangan mahkamah ialah bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Orang ramai yang mula berkumpul bermula jam 8 pagi di perkarangan mahkamah kini berselawat dan melaungkan dua kalimah syahadah sementara menunggu keputusan.
Kaum wanita yang hadir pula duduk berkumpul di perkarangan mahkamah sambil membaca al-Quran.
Mahkamah Rayuan menetapkan hari ini bagi mendengar permohonan Murphy untuk mengetepikan rayuan kerajaan berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible.
Jika permohonan itu gagal, mahkamah pada 10 September dijadual mendengar permohonan oleh pencelah dalam rayuan mereka.

Lagi Gambar Menarik Di Terengganu TODAY

TERKINI !!! VIDEO ZIZAN RAZAK MENGEMIS DI BUKIT BINTANG!


Benarkah Zizan Razak Seorang Pengemis,sama2 kita saksikan klip video di atas.HEHEHE

TERKINI !!! NAHAS NAHAS BAS DI GENTING!!!


Dilaporkan bahawa nahas bas kali ini adalah diantara yang terburuk pernah berlaku di Malaysia. Berikut 5 kemalangan ngeri yang pernah berlaku di Malaysia.


Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan angka kematian tragedi nahas bas perlancongan di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur adalah seramai 37 orang.

Seramai 16 lagi mangsa berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang dikeluarkan adalah seramai 53.

Daripada jumlah mangsa yang maut, 24 daripadanya ialah lelaki manakala 13 lagi ialah perempuan. Mangsa maut terdiri daripada rakyat tempatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 petang Rabu, bas ekspress yang membawa penumpang turun dari pusat peranginan menuju ke Kuala Lumpur itu terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 30 meter.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...