Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 17 February 2013

Pemimpin tetinggi umum tidak bertanding??


 

Setiausaha BN negeri, Datuk Omar Faudzar mengundur diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.

Katanya, keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada golongan muda mencurah bakti serta berkhidmat kepada masyarakat.

Selain itu juga, Omar menjelaskan bahawa pimpinan golongan muda serta muka baru mampu berikan perubahan besar dalam kancak politik di negeri itu.

“Saya memang tak akan bertanding kali ini, biar kita bagi ruang kepada orang lain pula kerana rakyat mahukan perubahan dan bagi saya golongan muda mampu bawa perubahan kepada cara pemerintahan kerajaan DAP sekarang,” katanya.

Ketika ditanya adakah beliau akan turut membantu jentera di kawasan Bukit Gelugor walaupun beliau tidak bertanding dan beliau mengulas bahawa pihaknya akan memastikan BN menang menerusi jentera yang ada malah beliau sendiri akan turun padang memberikan sokongan terhadap mana-mana calon BN yang bertanding.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Sukan Pemuda 2013 kawasan Bukit Gelugor di Batu Uban.

Dalam majlis itu, seramai 420 golongan belia hadir sama bagi meraikan fiesta sukan itu sebelum bersiap sedia ‘berperang’ sebagai jentera menghadapi bahang pilihan raya nanti.

Antara acara yang diselitkan dalam program itu termasuk sepak takraw, badminton, serta unit bermotosikal kawasan Parlimen Bukit Gelugor.

Tilawah Bible cube dibawa di Malaysia?


Di Indonesia sekarang fenomena Bacaan Bible yang sama iramanya dengan bacaan Al-Quran sedang cuba di manipulasi oleh pihak-pihak yang berkepentingan politik.

Apakah kita sudah bersedia untuk berhadapan dengan fenomena TILAWAH BIBLE dalam BAHASA ARAB pada masa hadapan? Apakah kita atau anak cucu kita akan dapat membezakan yang mana satu KALAMULLAH dan yang mana HASIL KERJA MANUSIA yang seringkali diatasnamakan sebagai GOD'S WORK?

Persoalan kita sekarang kenapa pihak pembangkang cube membawa propaganda politik yang mengetengahkan Kristian sebagai agama Rasmi??

Al-Fatihah:Kuswadinata Meninggal Dunia



Pelakon veteran Kuswadinata meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini pada kira-kira pukul 5.07 petang akibat penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar yang dihidapinya sejak empat tahun lalu.

Berita kematian Allahyarham disahkan anaknya Irwan, 26, ketika dihubungi mStar Online petang Sabtu.

Menurut Irwan, Allahyarham atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, berada dalam keadaan nazak sejak dimasukkan semula ke hospital sejak 9 Februari lalu akibat penyakitnya.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri Kamariah Mohd Said, 58, dan seluruh ahli keluarga.

“Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Taman Rasmi Jaya, Ampang untuk malam ini.

“Insya-Allah, solat jenazah pada pagi esok di Masjid Bukit Indah, Ampang tetapi kami belum pasti di mana akan kebumikan sebab tunggu pengesahan pihak masjid, berkemungkinan sebelum tengah hari esok,” katanya.

Sejak empat tahun lalu, Kuswadinata menderita penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar.

Pada 7 Oktober tahun lalu Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital sama kerana turut mengalami masalah buah pinggang yang kronik.

Selain Irwan, Allahyarham turut memilik tiga lagi anak iaitu Jasmine, 28, Hafsham, 27 dan Rizal, 24, hasil perkahwinan dengan Kamariah selama 30 tahun.

Pada Oktober tahun lalu, anak bongsunya Rizal memberitahu keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa.

Allahyarham yang memulakan kerjaya lakonan di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.

Filem pertama beliau adalah Orang Lichin pada tahun yang sama mula cukup dikenali menerusi filem Antara Dua Darjat (1959) arahan Tan Sri P. Ramlee.

Beliau yang terkenal sebagai pelakon versatil pernah menerima pengiktirafan Anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007.

Antara filem lakonannya lain adalah Seniman Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, KLU, Kaki Bakar, Tarik-Tarik, Sikit Punya Gila, Jejak Bertapak, Kaca Permata, Kala Malam Bulan Mengambang dan Jalang.

ROS akan serbu DAP??


 

Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP berikutan parti tersebut gagal mengemukakan laporan ekoran kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tarikh akhir bagi DAP mengemukakan laporan adalah pada Jumaat (semalam).

"Saya dimaklumkan ROS sekarang ini sudah boleh membuat siasatan kerana laporan berkaitan DAP ini dibuat semalam.

"Cuma saya difahamkan mungkin ada isu lain yang boleh disiasat ROS, kesahihan jawatan-jawatan tertentu dalam DAP, pemilhan didalam proses mereka memilih pemimpin," katanya kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jelajah Anak Malaysia (Semenanjung) di Putrajaya di sini hari ini.

Seterusnya:Artikel Penuh

Adik Beradik bawani sokong 1 Malaysia?


Benarkah dakwaan yang mengatakan Adik beradik menyokong gagasan yang dibawa Perdana Menteri Ds Najib Tun Razak iaitu gagasan 1 Malaysia.

Hah tengok dan nilai lah bagaimana kan,Kaum india pon ramai dah yang dah menyokong kepimpinan BN.Tahniah Kerajaan

Dun SG Rapat kene gempur ...


Hari ini Dun SG Rapat dengan anjuran kerajaan BN terus mendekati rakyat di DUN SG Rapat dengan berkonsepkan konvoi jelajah.

Yang pastinya puak pembangkang akan menspin yang mengatakan program ini menghabiskan duit rakyat serta membazair.Sudah pasti pihak di sebelah sana tidak senang duduk dengan gelombang Biru yang telah berjaya mendekatkan kepada pengundi Setia Sungai Rapat.

Zahid Hamidi mengamuk dengan Ahli UMNO?



Ahli akar umbi UMNO diingat supaya menyayangi parti dan tidak mengulangi sejarah lama dengan bertindak menutup Pusat Daerah Mengundi setelah mengetahui pemimpin pilihan mereka tidak disenarai sebagai calon pada pilihan raya umum.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan itu menyebabkan parti kehilangan banyak undi sehingga beberapa kerusi jatuh ke tangan pembangkang ekoran protes terhadap calon lain yang dipilih.

"Perbuatan seperti itu janganlah diulangi lagi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana pasti ia akan merugikan parti dan membuka laluan kepada parti pembangkang untuk menguasai negara kelak," katanya ketika berucap pada pelancaran Jentera Pilihan Raya PRU-13 Barisan Nasional bagi Parlimen Besut di Dewan Gong Kemuntong hari ini.

Beliau berkata, pada PRU-12, sejumlah 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) ditutup oleh anggota Umno yang tidak puas hati dengan calon yang diputuskan pucuk pimpinan, menyebabkan kawasan terbabit kecundang dan dimenangi pembangkang.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih; Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Nawi Mohamad (ADUN Hulu Besut); Naib Ketua UMNO Bahagian, Muhamad Pehimi Yusof (ADUN Kota Putera; dan Bendahari Bahagian, Datuk Seri Dr. Abdullah Md Zin, yang juga Ahli Parlimen Besut.

Pada majlis itu, kira-kira 2,000 jentera parti empat peringkat diketuai Ketua Pegerakan Pemuda Mahadi Musa hadir dan melafaz ikrar taat setia dan menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan, terutama berkaitan calon yang bakal bertanding dalam PRU-13.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid, berkata UMNO tidak akan berkompromi dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh agama lain, dan umat Islam perlu bersatu meskipun berbeza fahaman politik berhubung perkara itu.

Beliau berkata, pemimpin bukan Islam dalam parti politik tidak wajar mencampuri urusan agama Islam sebaliknya perlu menyerahkan perkara itu kepada orang Islam untuk menyelesaikannya.

Katanya, dalam konteks ini, ulamak perlu memainkan peranan dengan memberi penjelasan serta nasihat, dan bukannya bertindak mengikut telunjuk pemimpin tertentu atau berpihak kepada parti yang dicenderungi sahaja. - BERNAMA

Senator Parlimen dihalau pulang




Senator Australia Nick Xenophon telah ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang hari ini setelah didapati mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

Xenophon, yang tiba dari Melbourne, Australia, pada pukul 6.50 pagi, ditahan pihak imigresen mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/1963.

Ketika mengesahkan penahanan itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, Xenophon merupakan golongan yang tidak diingini dan dilarang masuk ke negara ini kerana mempunyai rekod memudaratkan kesejahteraan negara.

"Apabila kita semak sistem dia merupakan orang yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara kerana sebelum ini pernah menimbulkan isu yang cenderung ke arah menggugat keharmonian negara," katanya ketika dihubungi Bernama.

Alias berkata, Xenophon ditempatkan di pejabat Imigresen LCCT berikutan penahanan itu dan bukan di dalam sel atau lokap.Katanya Xenophon dijangka dihantar pulang ke Australia malam ini.

Menyangkal dakwaan kononnya Xenophon dinafikan hak untuk menemui sesiapa dan mengehadkan sebarang hubungan dengan pihak luar, Alias berkata, Xenophon dibenarkan bertemu Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Miles Kupa, yang datang untuk menemui beliau di bilik mesyuarat pejabat Imigresen LCCT pagi tadi.

Beliau berkata, Kupa yang turut menemuinya berhubung penahanan Xenophon itu, menyatakan rasa puas hati dengan layanan Imigresen Malaysia terhadap senator itu serta menegaskan bahawa beliau menghormati undang-undang negara.

Xenophon dilaporkan ialah antara 50 pengubal undang-undang di Australia yang mendesak supaya pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan pada Februari 2010.
Pengubal undang-undang Australia itu juga dilaporkan sering mengkritik sistem perundangan Malaysia, merujuk sebuah jawatankuasa Parlimen sebagai "mahkamah kangaru".

Dalam misi pencarian fakta pada April tahun lepas, Xenophon telah turut serta dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka dan mengadu gas pemedih mata disembur ke arahnya, dan berkata cara polis mengendalikan perhimpunan itu membuktikan kerajaan Malaysia ialah kerajaan “autoritarian."

Selain mengkiritik sistem politik Malaysia, Xenophon juga mengkritik industri minyak sawit negara.
Senator itu berulang kali mendakwa minyak sawit tidak baik untuk kesihatan orang ramai, dan menuduh rakyat Malaysia yang bekerja dalam industri sawit telah memusnahkan hutan tropika yang merupakan habitat Orang Utan.

Di MELBOURNE, Menteri Luar Australia, Bob Carr berkata, pegawai Australia di Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan pelepasan segera senator bebas itu.

Sementara itu, sekumpulan ahli politik Australia, yang menjadi delegasi senator itu, bagaimanapun membatalkan lawatan ke Malaysia selepas Xenophon tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Delegasi tersebut terdiri daripada Xenophon, Ahli Parlimen parti Liberal, Mal Washer; Senator John Williams dan Ahli Parlimen parti Buruh, Steve Georganas dijadual melakukan lawatan tidak rasmi menjelang pilihan raya umum di Malaysia.

Antara lain, delegasi itu bercadang untuk menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz; dan anggota kumpulan Bersih.
Senator Williams berkata, jadual lawatan delegasi itu, yang dirancang dua bulan lepas, kini tidak akan diteruskan.

"Saya baru sahaja bercakap dengan Mal Washer dan memberitahunya bahawa saya menarik diri. Saya telah bercakap dengan Julie Bishop (timbalan ketua pembangkang) dan menghantar pesanan teks kepada Nick Xenophon menyatakan kami menarik diri daripada lawatan itu dan beliau menjawab "OK", “ katanya kepada stesen television ABC.

Williams berkata, beliau berfikir adalah lebih baik untuk keadaan menjadi reda dan melakukan lawatan kemudian pada tahun ini.

"Mereka mempunyai sebab mengapa dia (Xenophon) ditahan di lapangan terbangan dan saya pasti ini boleh diselesaikan. Keadaan ini akan selesai dalam beberapa minggu ini dan kemudian kami akan melihat sama ada kami boleh melakukan lawatan kemudian," katanya.

Selebriti sertai ceramah tak cukur bulu

gambar hiasan

Selebriti selalu mempersiapkan diri mereka dengan maksimal sebelum datang ke suatu acara. Tapi kerana kesibukan boleh saja ada persiapan yang terlewatkan. Seperti dialami Beyonce yang tak mencukur bulu ketiaknya. Ups!

Beyonce tampak tidak mencukur bulu ketiaknya saat menghadiri premier film dokumenterinya yang akan tayang di HBO 'Life is But a Dream'. Premier diadakan di New York, Selasa (12/2/2013) lalu.

Menghadiri premier filmnya, Beyonce tampak cantik dengan gaun sheer berwarna silver. Gaun tanpa lengan dengan detail transparan itu membuatnya terlihat sangat seksi.

Namun ada satu yang terlewat dari penampilannya tersebut. Jepretan kamera fotografer menangkap foto area ketiaknya yang tampak belum dicukur bersih.

Boleh jadi kerana kesibukannya Beyonce tidak sempat lagi memperhatikan penampilan ketiaknya. Beberapa hari belakangan ini dia memang sibuk mempromosikan film dokumenternya tersebut.

Bagi penyanyi 31 tahun itu, film perdananya tersebut sangat berarti. Dia sudah lama menunggu momen merilis film dokumenter ini.

"Ini berarti besar untukku dan aku merasa sudah waktunya orang melihat siapa diriku. Film ini dibuat dalam waktu tiga tahun," katanya dalam wawancara dengan Oprah Winfrey.

Dalam film dokumenternya tersebut, Beyonce menampilkan sisi dirinya yang selama ini tidak terungkap di publik. Mulai dari pernikahannya dengan Jay-Z hingga kesedihannya saat sempat keguguran sebelum akhirnya hamil dan melahirkan Blue Ivy.

Ditembak dan ditetak bagai binatang


mengusung jenazah

Seorang isteri melalui detik tragis dalam hidupnya apabila melihat sendiri kesengsaraan suaminya yang maut ditembak dan ditetak dalam sebuah warung di Kemasin, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, bekas tentera, Sauti Muda, 57, maut ketika bersama isterinya, Sarina Abdullah, 40, bersarapan di kedai sepupunya yang terletak 600 meter dari rumah mereka.

Menceritakan detik cemas itu, Sarina berkata, ketika bersarapan, dia ternampak dua lelaki memberhentikan motosikal di depan warung lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah suaminya kira-kira jarak enam meter.

“Arwah sempat melompat masuk bersembunyi bawah meja. Namun suspek  masuk ke dalam warung dan melepaskan beberapa lagi tembakan sebelum seorang lagi suspek datang menetak mangsa dengan pedang sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian dia hanya mampu meraung, malah pelanggan yang ada di kedai juga tidak mampu membantu kerana tergamam dengan suasana tengang di warung tersebut.

Sarina berkata, dia tidak menyangka sarapan pagi semalam adalah kali terakhir bersama suaminya.

“Pagi semalam arwah kejutkan saya sebab waktu Subuh sudah lewat. Selepas itu kami keluar membeli nasi di Beris Kubur Besar sebelum makan di warung itu,” katanya yang mempunyai enam anak.

Sarina berkata, minggu lalu anak lelakinya yang berusia 16 tahun pernah dikejar lelaki bermotosikal dan  mengacukan pisau kepada anaknya.

Malam kelmarin juga rumahnya dikatakan dikelilingi beberapa lelaki kerana terdengar bunyi itik bising dan kelibat orang di luar rumahnya.

“Malam tadi (kelmarin) juga ada orang kelilingi rumah kami. Tetapi kami tidak pedulikannya.  Ketika kami keluar membeli sarapan, anak beritahu ada orang datang mengelilingi rumah kami,” katanya yang redha dengan pemergian suaminya itu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani yang mengesahkan kejadian percaya kes tersebut bermotifkan dendam dan siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Suspek yang tidak bertopeng dikenalpasti oleh saksi dan dipercayai aktif menjalankan aktiviti jenayah di sekitar Bachok,”katanya.

Ab Rahim berkata, gerakan mengesan suspek dijalankan segera dengan mengadakan sekatan jalan raya di beberapa lokasi.SINAR

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...