Moh Follow ANAK JATI MALAYA
AMARAN ANAK JATI MALAYA
~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak
~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%
Sunday 27 January 2013
Budak 4 kaki di anggap "syaitan"
KJ BALUN LIM KIT SIANG
Pa ke heinya yop,pasal mcm ni pon nk dipolitik kan jugak ke?pelik betul kn!! hah yang time HKR #kl112 tu budak 2 dibawa time hkr tu tk merbahaya pada kanak-kanak ke?
SUMBER:MyMassaVoice
Ahli akar umbi gesa DAP diubah kepada "AAP"
Keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP baru-baru ini jelas menunjukkan satu penipuan terhadap sistem demokrasi dan wujud amalan `ala kuku besi atau autokratik dalam parti berkenaan.
Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia Senawang, Richard Francis ketika membuat dakwaan itu berkata, jika benar parti tersebut menggunakan nama Democratic Action Party (DAP) sebagai prinsip perjuangan mereka, sepatutnya ia diamalkan secara telus ketika berlangsungnya pemilihan parti tersebut.
"Saya adalah perwakilan yang mengundi pada pemilihan itu di Pulau Pinang. Saya sedih apabila mendapati kaum saya, masyarakat India kurang mendapat tempat dalam parti berkenaan. Eloklah DAP diubah kepada 'Autocratic Action Party' (AAP), katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN
Calon yang bekerja dan banyak bercakap pilihan rakyat ??
Menteri besar Perak,Ds Zambry bin Abd Kadir begitu yakin bahawa BN berada didalam keadaan baik sekali untuk menawan semula Taiping.Zambry juga dalam temubualnya menegaskan beliau bukan angkuh namun berdasarkan dalam reaksi penduduk Taiping terhadap BN sejak kebelakangan ini.
Menurut laporan SINAR Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan Datuk Tan Lian Hoe yang turut hadir, berkata BN telah bekerja keras untuk merampas semula kerusi Taiping.Pembangkang sudah diberi peluang sepenggal di kerusi itu dan pengundi kini tahu ragam mereka yang tidak menunaikan janji, sedangkan BN berusaha menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat di situ, katanya.
"Kita berharap rakyat kini dapat membezakan calon yang bekerja dan calon yang hanya banyak bercakap," kata Tan yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Mengulas mengenai kedudukan kerusi itu yang sebelum ini ditandingi Parti Progresif Penduduk, Tan berkata perkara tersebut telah selesai dan pengundi boleh menjangka siapa calon BN.
Siapa pemimpin UMNO yg sambut Shahrizat ???
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafiee Apdal berkata, langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga parti.
"Kita sangat menghargai keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ianya adalah baik dan tepat pada masanya untuk pastikan kejayan kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
"Ini juga tidak ada kaitan dengan dia bersalah atau tidak, tapi semuanya dilakukan adalah demi kepentingan kerajaan dan juga parti, katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika dihubungi.
Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat 8 April depan.
Bagaimanapun, katanya beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN), selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.
Dalam pada itu, Mohd. Shafiee meminta agar golongan wanita tidak berasa terjejas dengan pengunduran Shahrizat selaku menteri kerana kerajaan memberi jaminan tidak akan mengabaikan kepentingan dan sumbangan wanita kepada pembangunan negara. BERNAMA
sumber
Bukti kroni dalam UMNO ???
Co ni apa heinya wei,aduhai nye pon kih kih kih...kan dah kantoi..tu la kata dulang paku serpih,kata org dia yg lebih kan dh kena balik.Hah jawab jgn tk jwb...???
SUMBER; Afiq KL Town
[WAJIB BACA] : USTAZ NASHA JAWAB KECAMAN TERHADAP KUNJUNGANNYA KE PALESTIN!!!
Beliau menegaskan tidak akan melayan sebarang tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh sesetangah pihak khususnya di dalam PAS.
Sambil menyifatkan tindakan kelompok yang berbuat demikian sebagai tidak berasas, Nasharudin berkata, lawatan itu tidak ada kena mengena dengan parti dan ia dibuat atas dasar beliau sebagai seorang Islam yang prihatin kepada nasib orang Islam lain.
"Serangan dan tohmahan yang dilakukan ke atas saya, semuanya tidak berasas serta dibuat dalam bentuk andaian. Ia dilakukan atas sebab ketidakyakinan yang boleh mendatangkan dosa," katanya dipetik Utusan Malaysia, hari ini.
Nasharudin berkata demikian mengulas tindakan pelbagai pihak pro pembangkang khusus di dalam PAS yang mengecam Ahli Parlimen Bachok itu kerana menyertai rombongan Perdana Menteri ke Gaza.
Ini merupakan kali kedua Nasharudin menerima nasib sedemikian apabila kali pertama turut dikecam oleh penyokong PAS dan pembangkang kerana menyertai rombongan Najib ke Mekah pada Ramadan tahun lalu.
Menurutnya, lawatan Perdana Menteri itu sama sekali tiada kaitan dengan politik sebaliknya berasaskan kepada semangat keprihatinan yang tinggi terhadap nasib rakyat Palestin.
Beliau juga menegaskan tidak akan memberi penjelasan kepada kepimpinan PAS berhubung penyertaannya bersama rombongan Perdana Menteri tersebut.
"Waktu saya menyertai rombongan Perdana Menteri ke Mekah dulu, saya tidak diminta untuk memberi penjelasan oleh parti kerana ramai kepimpinan PAS yang faham. Begitulah juga dengan lawatan ini, saya berpendapat tidak perlu saya memberikan penjelasan. Ramai pemimpin dan ahli PAS yang menyatakan sokongan, dokongan dan ucap tahniah ke atas kehadiran saya dalam rombongan ini.
"Bagi saya kalau hendak tuduh, tuduhlah, itu hak mereka, hak saya adalah untuk maju ke depan. Saya ingin memberi sumbangan semaksimum mungkin bagi membantu saudara seagama dan saya sandarkan penglibatan saya ini atas kehendak agama dan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim," katanya.
Sumber
Jauh Ke Syurga,Doa lagu Ana Raffali
Ana yang berkahwin dengan kawan baiknya, Ahmad Aznaim Abdullah Februari tahun lepas, baru-baru ini turut mengakui masih menantikan kehadiran anak untuk menyerikan kehidupan mereka berdua.
Apa kata anda dengarkan sendiri lagu Ana melalui video unik ini. Untuk makluman, lagu dan lirik Jauh Ke Syurga adalah ciptaan Ana sendiri.
Berjudi pon nak nangis ke???
Remaja berkenaan merayu dilepaskan dan berjanji tidak akan melakukan perkara itu selain mengaku wang RM2 yang digunakan itu diminta daripada ibunya dengan alasan mahu membeli barang.
Ketika ditanya alasan dia bermain judi, remaja yang sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai buruh binaan itu mengaku pernah melihat bapanya berbuat demikian sebelum timbul rasa ingin mencuba.
Dalam serbuan jam 9.45 malam oleh Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya itu, polis menahan 19 kaki judi termasuk seorang penjaga premis warga Indonesia berusia awal 20-an.
Semua yang ditahan berusia 16 hingga 40 tahun.
Serbuan dikenali sebagai Ops Dadu itu diketuai Asisten Superintendan Mohd Nazri Daut bersama empat pegawai dan 19 anggota dari IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara Utama.
Menurut Mohd Nazri, pemeriksaan lanjut mendapati dua lelaki yang ditahan adalah warga tempatan, dua lagi bertaraf penduduk tetap (PR), 10 daripadanya memiliki pasport dan lima lagi tiada dokumen sah.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati premis yang dibuka 24 jam berkenaan baru beroperasi seminggu lalu dan sebilangan besar pelanggan mereka warga asing di kawasan berkenaan.
“Dalam serbuan itu, polis merampas 11 unit pemprosesan komputer (CPU) digunakan untuk aktiviti judi dalam talian dan dua mesin judi menggunakan syiling serta wang RM500.
“Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk pemeriksaan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 4B (A) Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya.
Masalah Air di Selangor berpunca dr UMNO !!!
Di pihak Syarikat SYABAS pula mereka telah berusha menjelas kan kedudukan mereka dengan had had kuasa dan kerja yang mereka boleh laksana kan sebagai pihak lantikan kerajaan negeri. Penjelasan SYABAS nampak sekali hal ini bergantung kepada kerajaan negeri.yang mempunyai kuasa penuh.dalam menetukan pelbagai peraturan. ( Di Sini )
Perang air di negeri Selangor ini sudah melimpah sehingga ke Pahang apabila Datuk Seri Adnan Yakob turut memberi kenyataan tentang projek air Langat dan betapa ianya harus di sokong dan di laksana kan dengan segera.Malah menambah kata bahawa terpulang kepada rakyat negeri Selangor untuk menentu kan nasib mereka di dalam hal ehwal air ini
Kerajaan Selangor ketika menuduh Syarikat SYABAS sengaja mahu menyusahkan rakyat dan mensyaki kerja sabotaj oleh SYABAS untuk kepentingan SYABAS dan agenda bersama kerajaan pusat, tuduhan ini telah dijelaskan bahawa amat mustahil SYABAS mahu membuat perkara ini kerana SYABAS terpaksa keluar kan kos lebih tinggi dengan kerja penyewaan lori dan kerja tambahan untuk membawa bekalan kepada penduduk dianggap tidak masuk diakal.
SUMBER
Siapa pilihan rakyat di PRU 13??
Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL). Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.
Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka. Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam.
Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.
Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam. Pas seterusnya meneruskan sikap hipokritnya dengan membuat slogan Pas menuju ke arah negara berkebajikan.
Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi.
Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan, mengaku mereka bersepakat.
Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.
Baru-baru ini dalam isu kalimah Allah yang ditimbulkan sendiri oleh cina DAP mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible Kristian.
Kenapa DAP ingin benar nak keluarkan bible dalam bahasa Malaysia, siapakah yang akan baca bible ini kalau bukan orang Melayu sendiri.
Pas telah membuat satu kesilapan yang amat besar dengan sanggup menggadaikan kalimah Allah untuk kafir harbi. Walaupun Majlis Syura pas tidak bersetuju namun Anwar telah memainkan peranannya sebagai ketua pembangkang tetap dengan keputusannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut Agama Kristian
DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun. DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.
Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka. Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.
Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina. Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.
Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.
Namun, yang mengambil ëtugasí berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.
Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP. PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi. Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Datoí Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR. PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kalimah Allah, kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.
Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.
Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu? Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.
Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP. PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara. Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.
Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP. Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya. Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.
Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.
Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.
Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini. DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya.
SUMBER
Benarkah Blogger Pisau.net mati dibunuh !!
Mereka juga meminta semua pemimpin Pas di negeri Perak membantu untuk memulihkan reputasi Ngeh dan Nga lebih-lebih lagi kepada orang Melayu.
Bila keluar entri ralat oleh pisau.net maka apa lagi harakah mula memainkan peranannya dengan menceduk artikel daripada beberapa blogger pembangkang tentang ralat daripada pisau.net.
Hiruk-pikuk nampak pembangkang terutamanya Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengusung artikel ralat yang dibuat oleh pisau.net. Mereka tunjuk sana tunjuk sini kononnya mereka dah selamat pisau.net sudah menyerah kalah hanya dengan ugutan saman dan ugutan mengupah samseng mencari pisau.net. maka pisau.net akhirnya tewas juga.
Mereka membuat sidang akhbar kononnya blogger pisau.net telah tersungkur menipu dan fitnah malah lebih teruk lagi si Nizar Jamaluddin terus menuduh isu tanh adalah fitnah untuk menutup kesalahan menteri besar Perak.
Cerita sebenarnya adalah, sememangnya pisau.net tidak ada bukti perjanjian syaitan yang dibuat oleh Nik Aziz dan cina DAP Perak dengan menukarkan tanah seluas 10,526 ekar di Relai Gua Musang Kelantan dengan jawatan menteri besar Perak ketika rejim cina DAP berkuasa, itu diakui tak kanlah mereka perlu adakan perjanjian secara bertulis dalam proses pertukaran itu.
Seterusnya [Boodak Sri Kinta]
Pelakon Nafi bercuti ???
Nama pelakon Zahiril Adzim tidak asing lagi buat semua peminat filem,drama-drama tempatan.Pelakon Zahiril Adzim yang merupakan watak utama dalam filem Bunohan menafikan sekeras-kerasnya bahawa daripada dunia seni seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.
Laporan itu menyebut Zahiril bercuti panjang demi isterinya, Shera Ayob yang sedang hamil anak pertama mereka.Menurut sumber sinar online, beliau menegaskan yang beliau bukannya bercuti dari dunia lakonan malah beliau cuma lari daripada 'limelight'.
"Saya masih lagi berlakon, cuma tak pergi majlis-majlis yang gah dan glamor kerana saya mahu fokus pada lakonan dan keluarga...Shera pun sedang hamil empat bulan," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas tayangan filem Bunohan sempena Program Merakyatkan Filem, hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)