Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Sunday 14 April 2013

PANAS !!! Siapa yang pasang Bendera Dap sebenarnya??? !!!




Walaupun senarai calon belum diumumkan oleh pucuk pimpinan YB Dato Hamidah Osman telah lama memulakan kempen untuk kemenangan Barisan Nasional.

Hari ini YB Dato Hamidah berada di Kampung Pengkalan Gate bersama jentera BN dan orang kampung Pengkalan Gate sambil bersarapan pagi bersama penduduk YB Dato Hamidah sempat membuat satu siri kempen dimulakan dengan Mej(B)Kamaruddin iaitu seorang bekas pegawau tentera dalam kor Infantri.


Beliau menceritakan bagaimana peritnya beliau dan anggota pasukannya menghadapi saat-saat getir ketika berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun1983-1985. Keperitannya dikongsi bersama dengan penduduk Pengkalan Gate Tambahan.

Beliau juga melahirkan rasa kekesalannya kepada bekas Jen.(B) yang menyertai pakatan pembangkang hanya tidak berpuashati kerana tidak dilantik menjadi mana-mana duta seperti Jen(B) Hashim Hussain @ Jack Palen, Lt Jen(B) Abdul Ghaffir pernah menjadi timb. Panglima Tentera Darat.

Mereka ini boleh diibaratkan petualang negara kerana sanggup mendedahkan rahsia tentera ketika berceramah.

Mungkin Anwar Ibrahim ada menjanjikan sesuatu yang cukup menarik seperti menjadi menteri pertahanan tetapi ingatlah janji itu hanyalah kosong semata-mata kerana 'track record' Anwar Ibrahim berjanji iaitu 10 yang dijanji 11 tidak ditunaikannya, kata Mej Kamaruddin lagi.

Kemudian bekas Ketua Cawangan Pas Pengkalan Gate yang menyertai Umno memberi ucapannya.

Menurutnya hanya kerajaan BN sahajalah yang dapat membantu rakyat dalam semua segi. Mengikut pengalaman saya selama 15 tahun dalam Pas, Pas hanyalah boneka kepada cina DAP depan cina pemimpin Pas mereka akan angguk dan mereka berjanji tidak akan memperkatakan tentang Islam waima negara Islam sekalipun tetapi bila mereka berceramah depan orang Melayu/Islam, orang kampung pulak tu mereka akan berkata Pas akan membangunkan negara Islam di negeri Perak dan jika Pas menang dan boleh mentadbir negeri Perak Pas akan melaksanakan hukum hudud di negeri Perak.

Oleh iaitu En Mohd Sarji mengingatkan penyokong atas pagar agar sokong dan undilah Barisan Nasional demi untuk kemakmuran dan masa depan yang cemerlang bagi anak dan cucu-cucu kita.

Undi Pas hanya akan memenangkan cina DAP sahaja.

YB Dato Hamidah pula mengambil tempat dan beliau merasa kesal kerana dalam kampung Pengkalan Gate ini pertembungan dua kumpulan orang Melayu satu UMNO dan satu Pas. Umno untuk mempertahankan apa yang sedia ada tetapi puak-puak Pas bermati-matian berjuang untuk mendapatkan  kuasa supaya kuasa tersebut boleh diserahkan kepada pemimpin Cina DAP.

Yang paling menarik orang Melayu Pas sanggup panjat tiang bendera tinggi bagi memasanag bendera cina DAP.

Malangnya cina DAP tidak pernah memasang bendera Pas dikawasan yang diwakili oleh pemimpin cina DAP. Contohnya seperti di Pasir Pinji, mengelembu dan di Bukit Merah penyokong cina DAP tidak pernah memasang bendera Pas. 


SG RAPAT ONLINE

PANAS !!! Berapi !!! Dr. Idris Ahmad Gegarkan Khalid ???


Ternyata desas-desus kononnya Khalid Ibrahim akan lari ke Pelabuhan Klang jadi kenyataan apabila pada semalam beliau secara tidak rasmi mengumumkan dalam 'twitter' peribadi beliau.

Tempat beliau pula akan digantikan dengan Dr. Idris Ahmad yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan. 

Persoalannya, bagaimana seorang pemimpin di Kuala Lumpur dihantar untuk menjadi calon di Selangor. Adakah sudah tiada lagi calon atau pemimpin PKR di Selangor yang layak untuk menggantikan Khalid Ibrahim?

Menurut sumber, Dr. Idris Ahmad telah memulakan gerakan sebaik nama beliau dipilih oleh kepimpinan PKR. Beliau pada semalam telah mengumpul saudara-mara dan ahli keluarganya bagi meminta sokongan mereka untuk membantunya berkempen di Ijok. Beliau juga dikatakan berasal dari Kuala Selangor.

Namun, kepimpinan dan penyokong PKR Cabang Kuala Selangor dikatakan tidak senang dengan pemilihan Dr. Idris Ahmad sebagai calon di Ijok. Mereka turut kecewa apabila pihak kepimpinan PKR tidak pernah berbincang dengan kepimpinan Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan calon di sana.

Kemelut ini sudah pasti mengganggu persiapan PKR Kuala Selangor dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti. 

Jika tiada penyelesaian, Dr. Idris Ahmad kemungkinan berdepan dengan sabotaj oleh penyokong dan ahli PKR di sana.



PANAS BERAPI !!! Siapa Sebenarnya Wanita Ini yang Bersama #STOPAALI !!!???


'NO COMMENT1'

Itu yang ditegaskan oleh Cikgu Pa apabila ditanya berhubung video lucah membabitkan dirinya dengan seorang wanita di bilik hotel. Sebaliknya kes tersebut diserahkan kepada peguamnya, Awi Asmuni untuk sebarang tindakan undang-undang.

Walaupun terdapat berita yang mengatakan Cikgu Pa telah mengakui bahawa lelaki di dalam video tersebut adalah dirinya manakala wanita seksi bertubuh 'sedap dipeluk' itu pula adalah isteri mudanya, namun berita yang sama menunjukkan kemarahan Cikgu Pa terhadap PKR dan AMK.

Di sebalik tuduhan beberapa pihak bahawa UMNO-BN adalah dalang sebenar pembikinan dan pengedaran vcd lucah Cikgu Pa, namun berdasarkan sejarah, UMNO-BN terlalu BEBAL untuk tindakan sebegitu rupa. Yang pandai dan hebat dalam bidang perang saraf dan perang siber adalah PKR dan PAS sendiri!

Cikgu Pa dikatakan sedar dan mengetahui, ada di kalangan orang Pakatan Rakyat yang tidak sependapat dengan cadangan-cadangan yang dikeluarkannya, lantas mengambil jalan singkat dengan memalukannya di mata masyarakat awam.

Ada yang cuba menimbulkan persoalan, mengapa Cikgu Pa merahsiakan kehadiran isteri barunya dan mengapa pula menjadikan bilik hotel untuk melepaskan bebanan nafsu syahwatnya!

Jawapan untuk persoalan itu sebenarnya amat mudah, bukan semua perkara akan dan boleh dikongsi dengan ahli-ahli keluarga. Ada perkara yang boleh, dan ada perkara yang tidak boleh, terutama apabila ianya membabitkan poligami.

Benar atau tidak pengakuan Cikgu Pa seperti maklumat yang sampai kepada kami, itu tidak penting lagi. Sebaliknya yang terlebih penting ialah, apa yang berlaku kepada Cikgu Pa, menunjukkan dengan jelas kebusukan akal fikiran dan niat songsang PKR yang begitu tamak dan serakah dalam usaha mereka untuk menobatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.


PANAS TERIK !!! LAGI ORANG KUAT PKR KELUAR PARTI Akibat ...

Tan Kuda

Semalam aku baru sahaja menulis isu yang bergolak di Bagan Serai antara Tan Kuda (Ketua Cabang PKR Bagan Serai) dengan calon PRU13 PKR Muhamad Nor Manuty baca sini, terkini disahkan Ketua Cabang PKR tersebut telah keluar parti dan nekad bertanding atas tiket BEBAS pada PRU13.


Peluang UMNO/BN untuk merampas Parlimen Bagan Serai pada PRU13 ini cukup besar. Perpecahan yang berlaku antara PAS dan PKR Bagan Serai memberi laluan yang cukup baik untuk BN mengatur strategi bagi merampas Parlimen tersebut.

Tan Kuda dimaklumkan telah mengambil borang pencalonan di SPR untuk bertanding atas tiket BEBAS bagi Parlimen Bagan Serai. Pertandingan 4 penjuru bakal berlaku di kawasan tersebut antara PKR, PAS, BN dan BEBAS.

Sah bahawa dakwaan orang ramai selama ini bahawa PKR adalah Parti Keluar Ramai-ramai adalah sangat tepat. PRU13 adalah zaman kehancuran PKR.

SUMBER Tok Guru

Gempar!!!!Barisan Nasional siap sedia gegar kubu Kuat pembangkang Dun Tronoh

Barisan Nasional Batu gajah kali ini lebih bersifat siap siaga daripada pelbagai sudut tidak kira dari segi persiapan pilihanraya mahupon dari segi gerak kerja di Parlimen batu gajah.

Di khabarkan menurut info,Barisan Nasional akan sentiasa bersiap sedia mempertahankan calon yang bertanding tidak kira parlimen Batu Gajah mahupun Dun dun yang terlibat di Batu Gajah

Mengulas lanjut dari Pengerusi BN Batu Gajah,Datuk Yussof Kassimpembankang di batu gajah inihanya pndai berkata.Menurutnya lagi,beliau hanya berkata ahli parlimen pmbangkang hanya dapat bertahan selama 2 penggal duduk di satu dun mahupon di Parliment

Beliau turut mengulas lanjut tentang manifesto pembangkang yg akn membawa negarakepada bangkrap berbeza dengan kerajaan bn yang menepati janji sesuai dengan slogan janji ditepati,katanya dlm sidang media di Pejabat BN Batu Gajah


















Terkini dan Panas!!! Parah Ditetak Ketika Pasang Bendera Parti ???



Kuala Terengganu, 13 April - Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman malam tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.

Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

"Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.

Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.

PANAS TERIK !!! NASIB #STOPAALI Terkini DIdedahkan !!



Apakah nasib Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali selepas ini berikutan tersebar video seks mirip beliau dalam internet?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak berikutan tercetus desas-desus bahawa kepimpinan Pas mula menghadapi tekanan daripada peringkat akar umbi agar beliau meletakkan jawatan.

Difahamkan, walaupun enggan membuat sebarang ulasan berhubung penyebaran video itu, Mustafa sendiri dikatakan mungkin tidak mampu menghadapi tekanan agar beliau berundur bagi menjaga imej Pas.
Ini memandangkan di peringkat akar umbi, mereka mahu melihat kepimpinan Pas tegas dalam soal tersebut kerana menyentuh maruah dan kredibiliti parti itu.

''Berdasarkan maklumat yang kita peroleh, ahli-ahli Pas akar umbi sememangnya terkejut dengan pendedahan video berkenaan dan mereka mahu kepimpinan Pas memandang serius isu ini.

''Kita tidak kata individu berkenaan Mustafa tetapi ramai mengaitkan beliau,'' kata satu sumber itu ketika dihubungi di sini, hari ini.
Hari ini, ketika diminta mengulas video tersebut, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap video seks itu tohmahan dan fitnah yang tidak akan menjejaskan kredibiliti Mustafa selaku pemimpin Pas.

Mustafa pula enggan mengulas dan menyerahkan perkara berkenaan kepada peguamnya.
Diminta mengulas lanjut situasi di dalam Pas berikutan penyebaran video itu, sumber tersebut berkata, apa yang ahli-ahli parti berkenaan mahu ialah agar Mustafa meletakkan jawatan.

''Saya percaya Mustafa juga memahami sentimen ini kerana Pas adalah parti yang jauh lebih bermaruah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR),'' katanya.
Ditanya apakah maksud hujah tersebut, sumber itu berkata, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, mana-mana pemimpin Pas tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kontroversi apatah lagi melibatkan soal seks.

''Kalau PKR tidak apa kerana parti itu dilihat liberal, sebab itulah biar pun ada video atau gambar melibatkan pemimpin mereka, pemimpin berkenaan tidak meletakkan jawatan.

''Tetapi dalam Pas tidak boleh sebab ahli-ahli parti itu akan berasa tertekan apatah lagi dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13,'' kata sumber itu lagi.

PANAS Terik Ni !!! HASAN ALI KATA WAJIB MENGUNDI BN DALAM PRU13 #PRU13



KUALA LUMPUR 11 April - Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) membuat ketetapan bahawa semua pengundi Melayu Islam di negara ini wajib mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini.

Presidennya, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, ketetapan itu dibuat ekoran pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas ternyata gagal mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

Ujarnya, perkara itu terbukti apabila kalimah Allah disyirikkan, fahaman pluralisme mahu dijadikan sebagai asas beragama, berhasrat membentuk negara sekular, menggugurkan pembentukan negara Islam dan hukum hudud serta mahu menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

"Jati sememangnya tidak dapat menaruh walau sebutir keyakinan kepada pakatan pembangkang untuk mengagungkan Islam, memartabatkan Melayu dan mendaulatkan institusi raja.

"Bukan itu sahaja, malah ketetapan ini juga dibuat bersandarkan kepada hasil perbincangan serta pandangan pakar-pakar agama di dalam Jati sendiri selain dengan para mufti dan para ulama mengenai parti yang wajib dipilih oleh orang Melayu Islam pada PRU-13 kali ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di kediamannya di Bandar Utama dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali dan Naib Presiden Jati, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba.

Hasan berkata, apa yang lebih penting, ketetapan yang dibuat oleh Jati itu bersandarkan kepada empat kaedah fiqh iaitu;

"Sesuatu matlamat tidak menghalalkan cara; menolak sesuatu keburukan lebih baik daripada mengambil sesuatu kebaikan; memilih keburukan yang lebih kecil daripada dua keburukan bagi menolak keburukan yang lebih besar; perkara yang tidak sempurna wajib melainkan dengannya maka perkara tersebut menjadi wajib.''

Beliau berkata, BN jelas tidak mempunyai agenda negatif terhadap Islam.

Dalam sidang akhbar tersebut, Hasan turut melontarkan tiga persoalan yang perlu diberi perhatian oleh pengundi:

*Adakah tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang dengan tegas ingin membentuk negara sekular?

*Adakah rakyat dapat mengharapkan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun lalu akan terus disambung oleh pimpinan sedia ada yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya?

*Adakah masyarakat yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara ini dinakhoda oleh pemimpin parti pakatan pembangkang yang sedang bergelut dengan pemasalahan moral yang berterusan dan serius?"

Hasan berkata, itulah antara persoalan yang sentiasa bermain di benak pemimpin-pemimpin Jati yang perlu dirungkaikan.

"Oleh itu, amatlah diharapkan pada PRU-13 nanti, pengundi-pengundi Melayu Islam khususnya dapat membantu menyelesaikan masalah kenegaraan ini dengan menolak pakatan pembangkang,'' ujar beliau lagi.

Dalam pada itu, Hasan mengakui ketetapan itu mungkin akan dicabar oleh pihak-pihak tertentu namun atas nama prinsip, perjuangan dan jihad, Jati sedia berdepan dengan sesiapa sahaja untuk berdialog atau berwacana dalam usaha menyatakan kebenaran.

"Ketetapan kita ini bersandarkan kepada peraturan kaedah fiqh, bersandarkan kepada ilmu, bersandarkan pandangan para ulama dan juga bersandarkan integriti Jati itu sendiri.

"Individu seperti Datuk Aidit, seperti Profesor Sidek Baba, Dr. Yusri Mohamad (bekas Presiden ABIM) dan ramai lagi dalam Jati tidak pernah dikaitkan bahawa mereka ini pernah diperalatkan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN),'' katanya.

Menjawab satu soalan, beliau berkata, Jati akan melancarkan siri jelajah ke seluruh negara bagi menyuntik keyakinan dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam iaitu ketetapan yang dibuat oleh Jati itu merupakan pilihan paling tepat untuk Islam, Melayu dan institusi raja.

"Kawasan yang akan kita beri tumpuan ialah kawasan-kawasan panas khususnya yang ditandingi oleh kumpulan parasit dalam Pas dan tidak terkecuali kawasan-kawasan yang ditandingi oleh pemimpin-pemimpin PKR,'' kata Hasan.

PANAS !!! PAS KUALA KURAU GOYANG BILA AHLI KELUAR PARTI !!!


Di Kampung Tok Adam, Batu Kurau ceramah hangat dan kecoh dengan riuh rendah hadiran yang hadir ke Program Megasak Perjuangan Alif, Ba dan Ta', rata-rata yang hadir terdiri peringkat dewasa. Paling membanggakan bila semua yang hadir terdiri dari Pengundi dan pemuda yang pertama kali mengundi

Ustaz Abdul Khodir Rejab dalam ceramahnya membuat penonton senyap tekun mengikuti setiap kupasan beliau, sekali sekala riuh rendah dengan sorakan apabila khodir menyentuh bagaimana liciknya dia hanya mementingkan cita-citanya sebagai Perdana Menteri. Pemimpin yang rosak dan terbukti tidak berakhlak.

PAS adalah sebagai balaci kepada ROKET sehingga sanggup menjual agama sepatutnya di tentang kerana mereka lebih jauh menyimpang apatah lagi sanggup mejadi sekutu DAP hanya mahukan kuasa, apa lagi yang mereka hendak sehingga terpaksa menipu serta fitnah yang jauh dari amalan maupun tuntutan dalam Islam
Sebelum ini didedahkan bagaimana seorang yang jenin jadi PM didedahkan dengan perihal kerosakan akhlak, mungkin dulu aljubri dikatakan fitnah, bagaimana pun ditakdirkan rakyat kini kita didedahkan dengan perilaku seorang yang berupa warak dan beriman dan kononnya memperjuangkan Islam sebaliknya lagi teruk dari syaitan apabila mereka lah yang merosakan Islam.

Tengok jer bagaimana terbongkar video bagaimana kali ini pemimpin Pas sendiri yang nampak warak hebat sebaliknya terlibat dalam kegiatan paling keji dengan perempuan disalah satu hotel. Nyata Dan jelas tetapi kita tahu macam-macam pekara akan dilonggokan salah ke UMNO, sehingga apa sahaja kemungkaran bagi PAS tak akan berdosa 

Hampir 1500 yang hadir tetap menunggu dan mendengar ceramah tanpa berganjak sehingga berakhir, melihat kepada perkembangan begini nampaknya Batu Kurau kali ini milik BN, insyallah 

SUMBER ABG TUAH















PANAS TERIK !!! : Hadi Dakwa Islam Benar Aibkan Pemimpin?!



SAYA ingin memetik semula kenyataan dari Harakah (16-31 Mac 2008), Keburukan Calon Pemimpin Perlu Didedah, iaitu wawancara bersama Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia, Ustaz Abdul Ghani Samsudin. Memetik 3 perenggan kata-kata beliau dalam lidah rasmi Harakah tersebut :


1. Keburukan pemimpin dan orang yang melakukan kejahatan moral sangat perlu didedahkan supaya masyarakat tidak mengundi dan memilih mereka’.

2. Menjadi seorang pemimpin mesti di kalangan orang berilmu, bertakwa, ada intergriti moral, iaitu bercakap benar, jujur, amanah, boleh diharap, telus, cekap dan pelbagai sifat kepimpinan seperti yang dihuraikan dalam Al Quran.

Seorang pemimpin yang menipu rakyat tidak mempunyai intergriti moral. Pemimpin seperti ini mempunyai kecacatan serius menyebabkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat kepada kepimpinannya terhakis.

3. Justeru, apa yang diterangkan oleh Presiden PAS berkenaan pimpinan PAS boleh mendedahkan keburukan calon BN selaras dengan tuntutan agama dan keperluan rakyat yang mendesak.

Kenyataan Abdul Ghani ini adalah disebabkan Presiden PAS ketika itu telah menyerang dan mengaibkan moral calon BN di Kota Tinggi yang menarik diri dari menjadi calon PAS.

Malah Harakah dalam beberapa ruangan telah mendedahkan banyak gambar-gambar esklusif Pak Lah bersama beberapa kenalan dalam satu majlis di rumah beliau. Tujuan utama dan niat paling jelas oleh Harakah adalah untuk mengaibkan dan menjatuhkan Pak Lah yang didakwa sangat tidak bermoral.

Pembongkaran Eskay mengenai video seks Anwar memang mengujakan banyak pihak termasuk di seluruh dunia. Ianya belum pernah berlaku dalam sejarah tamadun moden yang kini semakin dekat kepada hari kiamat.

Masyarakat di seluruh dunia telah mengesahkan bahawa pelakunya adalah Anwar, tetapi segelintir rakyat Malaysia percaya Anwar yang mempunyai masalah tulang belakang tidak mampu beraksi seperti itu dan tidak rela menontonnya termasuk Wan Azizah dan Nurul Ezzah.

Penafian yang mengundang ketawa dan pandangan sinis masyarakat dunia kepada kebodohan rakyat Malaysia yang kononnya bertamadun tetapi masih boleh terpedaya dan mengangap CCTV sebagai video besi yang tidak relevan,,sangat-sangat melucukan!!

Tetapi HIKMAH BESAR dari kuasa Yang Maha Esa, video ini dapat ditonton sebelum Anwar bakal ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 !!.

Sabda Nabi SAW: “Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya.

Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamanya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, walaupun dilakukan didalam rumah dan bilik yang tertutup rapat”. (riwayat Abu Daud).

Anwar banyak menyerang peribadi musuh politiknya dengan menuduh mereka rasuah dan berbagai penghinaan. Penghinaan Anwar kepada seteru politiknya kekadang sangat keterlaluan.

Penyokong pembangkang telah mengadakan solat hajat bertahun-tahun tetapi semakin lama semakin terdedah..siapa Anwar? Hinggakan hari ini segala-galanya sudah lebih dari terdedah, sikapnya yang suka menenjalangkan orang lain kini telah Allah kembalikan kepadanya.

Dunia telah melihat Anwar ‘menelanjang bogel’ dirinya ditambah pula dengan aksinya sebagai lelaki Melayu yang ‘tidak bertenaga’ dan ‘cepat kecundang’.

Salahkah tindakan Trio T dan Eskay dari sudut agama dan moral dalam isu ini? Patutkah Eskay mendedahkan keburukan bakal calon PM kita? Apakah niat Eskay itu jahat atau demi kepentingan peribadi dan mencari glamor dunia? Apakah Trio T tidak takut azab hari pembalasan dengan mendedahkan aib Anwar? Hanya Allah SWT Yang Maha Mengetahui akan setiap niat hamba-hambanya.

Namun jika dirujuk kenyataan ulama dalam Harakah tadi maka tindakan Eskay dan Trio T ini adalah sangat patut dan harus disokong..bukan begitu? Namun kini nada ulama tersebut berubah 360 darjah dan membuat U turn tanpa meneliti kenyataan-kenyataan sebelum ini.

Anwar mempunyai banyak cara untuk menafikan bahawa beliau adalah sebagai pelaku dalam video itu. Hanya dengan menunjukkan jam OMEGA beliau sebenarnya boleh menutup mulut Eskay, atau hanya membuat ujian Poligrafi jika sudi.

Paling tidak pun hanya perlu bersumpah membersihkan fitnah yang sangat dahsyat terhadap dirinya yang suci seperti disaran oleh Dr Asri.

Kalau itu pun tidak mampu dilakukan oleh manusia yang ingin merebut takhta di Putrajaya, bagaimana lagi kita harus meletakkan kepercayaan kepadanya? Paling hebat dan sering kali dilakukan Anwar adalah dengan menyaman fitnah.

Peluang untuk membersihkan diri dari najis kekotoran dari tuduhan oleh Eskay boleh membuatkan Anwar kayaraya. Mahu saya mencadangkan agar Anwar untuk menuntut gantirugi RM500 JUTA sebagai pengajaran buat Eskay dan Trio T !!…Ada berani jika benar, atau memang takut kerana bersalah ?.

Malang bagi umat Islam khususnya pendokong pro pembangkang sudah tidak menganggap pelaku video itu sebagai satu perkara yang sangat penting.

Kononnya kumpulan ulama yang warak ini tidak ‘bercadang’ melihat video ‘lucah’ tersebut kerana ‘tidak bermoral’. Bagaimana jika benar pelakunya adalah Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri Pakatan Rakyat? Sanggupkah berketuakan seorang PM yang mempunyai rakaman aksi dengan pelacur China Doll?

Ketika ini pendoktrin jumud ini menggunakan juga hujah Al Quran dan Hadis untuk ‘menyelamatkan’ maruah Anwar yang merundum teruk dengan mencerca orang seperti Eskay, Trio T dan juga sesiapa sahaja yang ingin mengetahui kebenaran.

Malangnya mengikut pengalaman bersama rakan-rakan penyokong pembangkang, mereka jugalah pengemar aksi Vijidran, Chua Soi Lek, Luna Maya dan seorang pelakon drama di Malaysia yang video seks mereka ‘terlepas’ ke pasaran.

Tidak pula timbul soal ‘tidak bermoral’ dan ‘dosa’ ketika sibuk mencari bahan lucah tersebut. Malah rakan-rakan penulis yang dikategorikan sebagai ustaz dan alim dari kumpulan pro pembangkang ini turut tidak terkecuali mencari bahan ‘panas’ ketika itu.

Hari ini, kumpulan ulama politik ini mula bersuara sebaliknya dan mencari nas atau hadis baru untuk mengatakan usaha menjatuhkan Anwar dan mendedahkan salahlakunya sebagai satau perkara yang ‘salah’ dari sudut agama pula.

Dahulunya mereka inilah juga yang sentiasa mencari-cari keaiban pemimpin BN dan dibongkar di dalam Harakah. Bila terkena batang hidung mereka sendiri, ulamak ini mula gelabah dan mula celaru minda.

Ayat-ayat Quran sudah mula hilang dari hati dan lidah mereka. Ikhlaskah ulama politik ini dalam memperjuangkan kebenaran? Atau kerana politik kepartian yang jumud, maka lidah mereka sudah menjadi ‘lidah syaitan’ yang mengeluarkan fatwa dan pendapat sesuka hati demi sikap assobiah dan mempertahankan kumpulan sendiri sekalipun melakukan kesalahan yang nyata.

Pendedahan Eskay mengenai salahlaku Anwar bagi ramai orang adalah hanya satu pembuktian jelas tanpa keraguan. Eskay memberikan kita satu sumber yang terang dan bukan omong kosong, Beliau membawa fakta yang langsung tidak dapat dipertikaikan oleh manusia yang rasional, bijak dan terbuka.

Seperti Firman Allah yang menghendaki manusia menggunakan akal yang sihat untuk menilai sesuatu perkara, Masih ada segelintir manusia yang mentafsir dan menilai dari sudut emosi, dendam dan kebencian dan tentu menjadi penghalang untuk menilai hakikat sesuatu kebenaran.

Namun semakin ramai penyokong pembangkang sudah mula berfikir secara rasional dan muak dengan pemimpin mereka. Semakin terdedah pekong dan kurap di tubuh kesan segala pembohongan yang tidak ‘menjadi’.

Kepada penyokong kumpulan pro pembangkang, tinggalkan perjuangan yang terlalu bodoh dan sia-sia bertaksubkan ulama politik yang rela bersahabat dengan syaitan DAP.

Kebenaran semakin nyata dan jangan biarkan kita tertipu dengan pandangan mata hanya kerana mereka berjubah dan berserban. Islam disebarkan oleh Nabi SAW bukan hanya dengan pakaian dan rupa paras (berjanggut) atau ucapan yang berapi-api yang mengandungi pembohongan dengan mengadaikan ayat-ayat suci Al Quran.

Islam ditegakkan oleh Rasulullah SAW juga dengan akhlaknya yang terpuji dan menjadi contoh sepanjang zaman. Hari ini, ciri-ciri akhlak Rasulullah SAW sudah semakin terhakis dikalangan ulama politik yang kononnya membawa fahaman Islam dan doktrin agama dalam perjuangan mereka.

Kerana itu Nabi SAW bersabda: Di akhir zaman nanti, menjelang kiamat, orang faqih (ulama) pada zaman itu akan menjadi sejahat-jahat manusia (gelagat serta pendapat dan fatwa mereka) yang menimbulkan fitnah dalam masyarakat, Tapi fitnah itu berbalik kepada mereka sendiri (Hadis riwayat Ibnu Umar & Imam Al Hakim dalam kitab Tarikh Naisabur ) …

Siapakah mereka di ketika dunia sudah terlalu tua, kalau bukan ulama politik bisu, pekak dan tertutup minda. Topeng agama dan akhlak mereka sudah mula terbongkar dan semakin hilang intergriti sebagai ulama berwibawa, maka sudah selayaknya kini mereka digelar ulama politik yang tiada bisa dan mengundang bahaya kepada agama Islam dan negara Malaysia.


Lagi sini:

PANAS BERAPI !!! Objek2 Pelik Kelihatan Dijumpai Di Nibong Tebal ???




Ini Bukan cobaan Tapi Benar- benar Berlaku.
Kereta Kebal BN Ini Bukan Tipikal Replika Kereta Kebal Yang Dihasilkan Sekadar menjadi Penghias Di Tepi Jalan Sahaja.
Inilah Hasil Kreatif Anak Muda Nibong Tebal penyokong Kuat Bn Yang Menghasilkan replika kereta Kebal yang Aku Boleh Katakan Yang Pertama Yang Benar-benar bergerak Di Jalan Raya.

Kereta Kebal Ini dihasilkan Oleh Pemuda PDM Sg KECHIL Bersama KELAB 1 MALAYSIA Sg Kechil yang terletak Dalam DUN Sungai BAKAP di Dalam Kawasan Parlimen NIBONG TEBAL.
Tahniah A.S ucapkan Kepada Anak Muda Sungai Kechil Yang Begitu Kreatif Dan Bersemangat Serta Mengeluarkan Belanja Sendiri Untuk Menghasilkan Produk Yang Sungguh Kreatif dan Mampu Menggerunkan Pihak Pakatan Haram.
Replika Helikopter Yg Dihasilkan oleh Mereka Sebelum Ini

InsyaAllah, Dari Situasi Semasa Yang Diperhatikan, Bn Mampu Merampas Kerusi PARLIMEN NIBONG TEBAL kali Ini..

BN BOLEH !!!

PANAS !!! Teknik PSywar Anwar Didedahkan !!!

13 tektik propaganda dan pys war Pakatan Rakyat dalam media konvension dan media sosial

1. Mengulang perkara yang sama beratus kali sehingga orang percaya walaupun salah
2. Baling kotoran pada muka lain, biar orang cuci sendiri, bunuh karektor diri 
3. Mencipta cerita yang tiada 
4. Melagakan musuh mereka
5. Membongkar kelemahan musuh
6. Melalaikan dan mengalihkan orang ramai kepada isu lain 
7. Menawarkan sesuatu yg radikal 
8. Wujudkan kebimbangan dan kekeliruan
9. Mengekploitasi faktor ketiga
10. Memerangkap musuh dengan X, dan dirakam
11. Mencipta bukti tiruan untuk musuh
12. Membina dan meningkat momentum secara bersiri, berterusan
13. Psikologi songsang 

90% tektik inii adalah tektik Yahudi laknat.

10 Mayat yang Tidak akan Reput Di Dalam Kubur !!!




Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.

Panas !!! Lagi Org PKR Kecewa Keluar PKR !!!


Sebentar tadi di TV3 melaporkan seramai 100 ahli PKR keluar parti di Permatang Pauh kerana rasa tertipu dengan MP mereka, Anwar Ibrahim yang langsung tidak menjalankan tugasnya.

Memang itu yang telah berlaku. Anwar Ibrahim hanya sibuk berceramah - maki hamun kerajaan siang malam. Anwar Ibrahim hanya ada masa untuk 'anak-anak ikan' yanhg dia terkammmmm!

Kalau gitu, mana ada masa utk rakyat? Makan gaji buta. Siang Malam tipu rakyat !

Lagi mau sokong ka? Ingat Rakyat bodo ka?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...