Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Saturday 24 August 2013

PANAS DAN TERKINI !!! KISAH SEBENAR ISU KHALIMAH ALLAH DI MAHKAMAH RAYUAN!!! SIAPA YANG TERLIBAT

MENITIS AIR MATA AKU TATKALA AKU DIBERI PELUANG MENDENGAR KISAH DIDALAM KAMAR MAHKAMAH,KAMAR MAHKAMAH YANG AKAN MEMBERI KEPUTUSAN SAMA ADA PENGGUNANAAN KHALIMAH ALLAH OLEH ORANG KRISTIAN.

SEMALAM AKU SEMPAT LEPAK-LEPAK DI KEDAI KOPI BERSAMA BEBERAPA RAKAN SAHABAT BLOGGER KU IAITU BUDAK BENTENG DAN SAUDARA IRWAN FAHMI YANG JUGA MERUPAKAN KETUA WIRA PERKASA MALAYSIA.

SUNGGUH AKU TIDAK MENYANGKA , SAUDARA IRWAN FAHMI (gambar)
TELAH DIBERI PELUANG OLEH ALLAH UNTUK MENDENGAR SENDIRI HUJJAH DARI KEDUA-KEDUA PIHAK TERUTAMANYA DARI PIHAK KITA DAN PIHAK KRISTIAN

MENITIS AYO MATA AKU BILA MANA BELIAU IAITU KETUA WIRA PERKASA MENCERITAKAN KEPADA AKU DAN SAHABAT AKU,SIAPA YANG TELAH MEMBENARKAN PENGGUNAAN KHALIMAH ALLAH S.W.T YANG SEBENARNYA

DALAM CERITANYA,ANAK JATI MALAYA MELIHATKAN AIR MATANYA SEDIKIT MENITIS MENGENANGKAN APA YANG TELAH DIBUAT OLEH ORANG YANG TELAH DIBERI KEPERCAYAAN UNTUK MENGETUAI JENTERA KERAJAAN

DALAM NADA SEDIHNYA,SAUDARA IRWAN FAHMI MENCERITAKAN SUASANA EMPAT PENJURU DIDALAM MAHKAMAH YANG AKAN MENENTUKAN HALA TUJU AGAMA ISLAM SERTA KHALIMAH ALLAH KHUSUSNYA.

AKU TIDAK MENYANGKA RUPANYA NAJIB RAZAK IAITU PERDANA MENTERI MALAYSIA ADALAH ORANG YANG TERLIBAT MENANDATANGANI SURAT YANG MEMBENARKAN KHALIMAH ALLAH DIGUNA PAKAI OLEH ORANG KRISTIAN.HANCUR 

HATIKU APABILA AKU MENGENANGKAN UNDI-UNDI MAKCIK-MAKCIK DI KAMPUNG,ATUK-ATUK DI KAMPUNG,PAKCIK MAKCIK DAN BERBAGAI LAGI YANG TELAH MEMBERI UNDI KEPADA NAJIB UNTUK MENJADI KERAJAAN.AKU HANYA BERFIKIR SIAPA YANG TELAH MEMBERI UNDI PADA NYA BERMAKNA SECARA TIDAK LANGSUNG TELAH SAMA-SAMA MENYOKONG PENGGUNAAN KHALIMAH ALLAH.


AKU SEDIKIT BEREMOSI KETIKA MENDENGAR SAUDARA IRWAN FAHMI MENGATAKAN SI PADERI SAMBIL BONGKAK BERKATA DIDALAM MAHKAMAH BAHAWA KENAPA TIDAK MEMBENARKAN KAMI MENGGUNAKAN KHALIMAH ALLAH SEDANGKAN NAJIB RAZAK TELAH MENANDATANGANI PENGGUNAAN KHALIMAH INI OLEH ORANG KRISTIAN.

NAJIB RAZAK HARUS MELETAK JAWATAN KATA SI KETUA WIRA PERKASA IRWAN FAMI IDRIS .BERULANG KALI DIA BERKATA SEDEMIKAN KEPADA KAMI.BAK KATA WIRA PERKASA LAGI DIA TIDAK MENYANGKA PM SANGGUP BUAT DEMIKIAN SAMBIL MEMERLI PM DENGAN BERKATA TANGAN KIRINYA MENGANGKAT DENGAN BERKATA AKAN MEMPERTAHAN KAN KHALIMAH ALLAH SEDANGKAN TANGAN KANAN NYA MENANDATANGANI PERJANJIAN KHALIMAH ALLAH

DISINI AKU KEPILKAN DOKUMEN YANG TELAH DISELITKAN OLEH PADERI KRISTIAN TERSEBUT TENTANG KRONOLOGI KES INI,SIAPA YANG MEMBENARKAN DAN SIAPA YANG TELIBAT. DAN ARTIKEL DARI MALAYSIA KINI  DAN ARTIKEL HARI INI DARI KETUA WIRA PERKASA YANG TELAH DI PUBLISH OLEH UTUSAN, SINI


SARANAN AKU PADA DS NAJIB RAZAK LETAKLAH JAWATAN KAMU,DENGAN KHALIMAH ALLAH PON SANGGUP KAMU GADAIKAN INI KAN PULAK NEGARA KAMU !!!

TERKINI : 5 DITEMBAK KETIKA MINUM TEH TARIK !!


Lima orang cedera dalam kejadian menembak oleh dua penyerang yang tidak dikenali di sebuah kedai kopi di Taman Kasawari, Nibong Tebal sebentar tadi.

Kedua-dua lelaki di atas motosikal Yamaha LC mendekati mangsa sebelum salah seorang daripada mereka mengeluar pistol dan melepaskan beberapa das tembakan pada lima sahabat berkenaan.

Mangsa-mangsa, yang semuanya mempunyai luka tembakan dan telah dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam. Keadaan mereka tidak diketahui.

Satu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Perai Selatan  dilihat mengepung tempat kejadian untuk mengumpul bukti-bukti.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi yang bergegas ke tempat kejadian namun enggan mengulas....

TUN M BERSUARA ,PAk LAH MULA GETAR LUTUT ???

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.

Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.

"Saya harap beliau tidak kisah dengan penjelasan saya atas apa yang menulis oleh penemuduga berkenaan," katanya.

Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."

Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."

Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.

Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.

Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.

RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.

"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dalam keadaan baik untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.

"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.

Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.

"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.

"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.

"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinangm KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya.

-mStar


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...