Pages

Moh Follow ANAK JATI MALAYA

AMARAN ANAK JATI MALAYA

~Penulisan, foto, grafik dan lain-lain imej yang dipaparkan dalam blog ANAK JATI MALAYA ini adalah merupakan pandangan peribadi sebagai rakyat Malaysia yang bebas bersuara dan tidak mewakili mana-mana pihak

~Pengurusan blog tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan, kerugian, kelemahan dan ketidakpuashatian mana-mana pihak yang bakal terjadi disebabkan artikel yang disiarkan di sini.
Terima Kasih.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║▌║█
© ΘRIGINAL AJM PRΘFILE
✔ Verified Θfficial by BLOGGER
© Profile Θriginal & Θfficial®
Real ██████████ 1ΘΘ%

Tuesday 19 February 2013

Amah dera bayi sudah diambil Tindakkan?Tahniah Kerajaan


Wajah pembantu rumah warga Indonesia, Yuliana, 23, dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di Mahkamah Seksyen, Kuantan, Pahang selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan menghempas dan menganiaya bayi Mohamed Hareez Mohd Zamri berusia empat bulan.

Ustaz Nasha dedah rahsia Ah Jib



Kenapakah PAS masih ENGGAN dan MENOLAK sekerasnya usaha untuk Melayu dan ISLAM bersatu membina uhkwah dan kerjasama politik sebaliknya lebih rela bersama-sama KAFIR HARBI LAKNATULLAH DAP dan PKR PLURALISME dan LIBERALISME... kenapa???

Walhal Pemimpin UMNO tetap berusaha menjadi rakan dan berbuat baik kepada pemimpin PAS yang dibuktikan menerusi pelbagai peristiwa... antaranya sewaktu musibah atau kematian melibatkan pemimpin PAS... pemimpin UMNO segera menghulur tangan membantu, melakukan ziarah dan segala bantuan termampu atas kapasiti persaudaraan sesama ISLAM...

Rahsia Disini

Blogger Ucap Terima kasih Pada Pimpinan Pas


Mungkin ada yang tidak kene mengena dengan seorang rakan blogger ,atas sebab apa sebenarnya beliau ucap terima kasih ye.Hah kalau kome nak tahu meh klik sini..Mungkin SINI boleh ceritakan kat pembaca semua

Baik rupanya si Mamat NI?


heboh kisah mengenai Senator Australia, Nick Xenophon yang dihalang masuk ke Malaysia atas alasan menjadi ancaman kepada kestabilan serta keharmonian negara berdasarkan pembabitannya dalam perhimpunan haram Bersih 3.0.

Sebagai rakyat yang cintakan keamanan, penulis menyokong penuh langkah kerajaan itu yang bertujuan menjamin keselamatan negara daripada sebarang unsur atau kejadian yang tidak diingini.

Berdasarkan kepada laporan The Land Destroyer bertarikh 17 Februari, Senator Nick Xenophon dijadual bertemu dengan orang kuat IMF yang turut mendapat dana daripada Wall Street-London, Anwar Ibrahim.

Lagi :Artikel Penuh

Cerita yang tak kan perbah keluar UTUSAN


Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya,sedar awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir atau pun paling tidak kata mereka,tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik.Secara jujurnya,keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor,Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah. Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. 



Banjir IOI berpunca dari...




Banjir yang melanda IOI Puchong pada petang ini adalah sudah dijangkakan. Banjir yang sama pernah menyerang Klang beberapa kali dalam tahun lalu. Banjir yang sama juga pernah melanda Kajang tahun lalu.

Semua orang tahu, punca banjir-banjir kilat adalah kerana saliran longkang, parit dan sungai tidak diselenggara dengan baik oleh pentadbiran DAP, PKR dan Pas.

Walaupun kerajaan pusat memberikan bantuan sebanyak lebih dari RM350 juta setahun dari peruntukan MARRIS kepada kerajaan Selangor setiap tahun, namun kerana kelekaan Menteri Besar bermain politik setiap hari menjadi ianya lena dalam buaian politiking yang tak berkesudahan. Peruntukan yang sepatutnya dibelanjakan untuk baiki jalan, selenggara parit, longkang dan sungai dibazirkan kepada projek MES yang menguntungkan kroni politik PKR, DAP dan Pas sahaja.

Air hak rakyat seperti yang dilaungkan setiap hari oleh MB, adakah air banjir juga milik rakyat ? Mohon MB memberikan jawapan yang pasti.

Yang benar

Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS

18 Feb 2013
Shah Alam

PSY Terancam?


Sebelum ini, rata- rata pengamal media alternatif pro Pakatan Rakyat mempertikaikan  kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang berhubung dakwaan bahawa terdapat ancaman kepada keselamatan penyanyi terkenal Psy ketika memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang.

Sebagai buktinya, hari ini media mendedahkan segalanya;

TASEK GELUGOR 18 Feb. - Polis mengesahkan pengurus Psy sendiri yang memaklumkan adanya ancaman terhadap penyanyi lagu "Gangnam Style" itu ketika membuat persembahan pada sambutan Tahun Baharu Cina 1Malaysia, di sini 11 Februari lalu. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pengurus artis terkenal dari Korea Selatan yang hanya dikenali sebagai Dan itu ada mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pihak polis bagi memaklumkan perkara tersebut.

"Polis terima satu SMS daripada pengurusnya memaklumkan mengenai ancaman bunuh ke atas penyanyi itu pada pukul 8 malam 10 Februari lalu, sehari sebelum penyanyi itu membuat persembahan. 

"Dalam SMS itu juga, pengurus Psy meminta kawalan keselamatan yang ketat diberikan kepada penyanyi itu semasa beliau tiba di lapangan terbang sehinggalah beliau pulang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Sahsiah Unggul Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad di sini hari ini. - UTUSAN

Ahli Parlimen dihina?


Seorang pengulas kanan Australia menganggap senator bebas Nick Xenophon bertindak “bodoh atau sengaja mempromosi diri” berhubung episod di Malaysia hujung minggu lalu.

Editor berita luar negara akhbar The Australian, Greg Sheridan berkata tindakan Xenophon meminta kerajaan Australia memantau pilihan raya umum di Malaysia nanti adalah “bodoh dan tidak praktikal”.

Sheridan juga menuduh Xenophon “berkempen hanya untuk sebelah pihak politik Malaysia – pihak pembangkang”.

Beliau berkata Menteri Luar Bob Carr bertindak betul dengan tidak memperbesarkan isu pengusiran Xenophon dan dengan bersetuju terhadap kenyataan rakan sejawatannya dari Malaysia bahawa isu itu tidak akan menjejaskan hubungan kedua-dua negara.

“Carr tidak perlu mengambil tindakan lanjut berhubung perkara itu dan kemungkinan pun tidak,” katanya.

“Mereka (Malaysia) sepatutnya sama ada memberitahu Xenophon lebih awal yang beliau tidak diterima masuk atau sepatutnya membiarkan sahaja lawatan itu tanpa disedari.

Bagaimanapun, apabila berdepan dengan ahli politik Australia yang mencampuri urusan politik negara dalam beberapa perkara akan memberi kelebihan kepada parti pemerintah.

“(tindakan) beliau boleh mencerminkan bahawa pihak yang beliau sokong mungkin mempunyai elemen paling kukuh sebagai parti Islam paling ekstrem dalam arus utama politik di Asia Tenggara,” kata Sheridan.

Memberi contoh masalah pilihan raya di Vietnam dan Kemboja, Sheridan berkata Malaysia dalam sudut apa sekalipun ialah antara negara paling demokratik dan bebas di Asia Tenggara.

“Pilihan rayanya mungkin tidak sempurna, tetapi mereka lebih baik daripada kebanyakan negara lain di dunia.

“Malah, keterbukaannya membolehkan individu seperti Xenophon untuk menunjuk-nunjuk di sana”.

Tolak Hudud?


BEKAS Perdana  Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata,  hukum hudud yang diperjuangkan Pas sebelum ini  tidak mengikut tuntutan Islam yang sebenar  kerana ia tidak menghukum pesalah secara adil  dan saksama.

Katanya, apa yang ditekan dalam hukum hudud  yang diperintahkan Allah dan ditekankan di dalam  al-Quran adalah menghukum pesalah secara adil  antara orang Islam dan bukan Islam.

"Secara terbuka dia (PAS) buat kenyataan kata  orang Islam sahaja yang akan
kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak  kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka. 

"Jadi apabila dua orang, Islam dan bukan Islam  berpakat lakukan jenayah, yang Islam kena potong  tangan, yang bukan Islam hanya kena penjara dua  bulan, itu sudah tidak adil.

“Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang  ditekankan dalam Al-Quran berkali-kali, adalah  jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan  kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam.  Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang  hukum Allah," katanya  ketika berucap pada Majlis  Bersama Negarawan Ulung anjuran Felda di sini  hari ini.

Dr. Mahathir mengulas sikap pemimpin Pas yang  tidak konsisten tentang pendirian mereka  berhubung isu hukum hudud dan kerjasama  dengan pakatan pembangkang.

Beliau berkata,  Malaysia selama ini cuba bersikap  adil dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam  menjatuhkan hukuman serta tidak menuduh  secara membuta-tuli.

Katanya, kerajaan berpegang teguh kepada  hukum hudud Islam dan melaksanakannya secara  adil supaya sesiapa sahaja yang melakukan  perbuatan jenayah menerima hukuman yang  setimpal dan adil.

“Jadi jangan kata kerajaan tidak mahu  melaksanakan hukum Islam di negara ini tetapi kita  harus melaksanakannya dengan kehendak iIslam  dan laksanakan dengan adil,” katanya.

Beliau berkata,  selain saksi, Islam juga  membenarkan bukti-bukti lain dikemukakan untuk  menyokong pertuduhan yang dibuat.

"Kalau tiada saksi yang cukup, adakah kita nak kata  bahawa seseorang itu tak kena rogol? Padahal kita  tahu apa terjadi pada dia. Tak boleh," tegasnya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...